Baru 13 Hari Berada Di Bulan Januari, Statistik Pembuangan Bayi Untuk Minggu Pertama Bulan Januari Dah Keluar | fasihah.com


January 13, 2011

Baru 13 Hari Berada Di Bulan Januari, Statistik Pembuangan Bayi Untuk Minggu Pertama Bulan Januari Dah Keluar

Assalamualaikum semua. Selamat petang! [Entri autopost] Semalam, dalam entri yang ini ada janji nak promote blog brother pulak. Tapi semalam tak sempat nak promote lah pula. Jadi nak kotakan janji, nak promote lah blog brother nie.

Sebab apa? Haih, dia ni pelajar Ekonomi, tapi pandai-pandai sahaja dia nak buat analisa kes pembuangan bayi untuk minggu pertama bulan Januari. Jom terjah blog dia. Suka suki dia saja nak buat analisa. Macamlah dia kerja kat jabatan statistik pembuangan bayi kan? [ Huhu Sory Zul ;) ]
Klik link di bawah untuk terus ke entri yang beliau analisis kan. Kes pembuangan bayi bagi minggu pertama bulan Januari Tahun 2011.

Ok, dia buat analisa bukan main suka-suka rupanya. Tapi berdasarkan berita yang dia baca. Nak tahu apa berita dia? Mana dia dapat sumber dah 7 kes pembuangan bayi dilaporkan? Oh, dia dapat daripada sini rupanya. Apa berita nya?


KUALA LUMPUR: 9 Jan – Tahun 2011 baru seminggu membuka tirainya tetapi dalam tempoh itu tujuh kes buang bayi dilaporkan.

Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.

“Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen ‘Kami Prihatin’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, Sabtu.

Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Shahrizat berkata kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat.

Beliau berkata media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu.
Iklan seminit. cuba fikir, apa perasaan bayi tu? Dia sikit punya nak jumpa Mummy dia. Nak lihat dunia. Tapi Mummy dia? Hmm, korang baik-baik kan? Ingat pesan aku ok? Jaga diri elok-elok. Especially perempuan.
Punya comel bayi ni bila dah besar kalau dah pandai masuk tandas. Korang tengok gambar ni. Sikit punya comel!
Ihsan Google. Baby in the toilet with news paper. ahha Gorgeous!


Oh ho, begitu. Jadi cuba lihat analisa si anak jawer tu cakap apa. Dia kata ini anak-anak Valentine Day. Haha Entahlah. Wallahua'lam. Mungkin ada benarnya. :)
Apapun, bijaklah menjauhi zina. Hukumannya bukan setakat di dunia. Oh ya, cerita kawan FS malam tadi.

Afiqah: Oh kes yang tu ke? Aku pernah dengar gak. Kes budak tu bersalin dalam tandas kan? Orang semua tak perasan yang dia pregnant.
Fizah: 1 kelebihan orang yang mengandungkan anak luar nikah ni kan. Dia senang nak bersalin dan bila mengandung perut tak berapa nampak. Sebab tu lah dengar macam senang je dia bersalin dalam tandas tu kan. 
Afiqah: Memula lecturer tu pelik gak nampak budak tu. Chubby semacam. Ingatkan dia tambah selera makan ke apa. Sekali tu lecturer tu tau dia bersalin dalam tandas. 
Fizah: Tu lah, orang yang dah ada pengalaman mestilah boleh nampak kot-kot budak tu ada rupa mengandung ke macam na. Kita ni mana nak tahu. Dah perut pun tak nampak. 
Aku: Haha tapi sebenarnya memang ada beza pun orang yang pregnant ni. Jalan dia lain oo. Aku pernah buat analisa meh. hehe
Ok, itu drama sebabak malam tadi. Kami memang macam-macam isu berbangkit kalau berkumpul. Jangan kata isu belajar ja. Yang paling penting memang isu kawin punyalah. haha Opss, terlepas sudaa. Ala, biasalah tu, kawan-kawan aku semua excited sangat nak kawin. Haha Korang kalau baca, jangan "jotos" I tau.
Oklah, bukan setakat jenayah membawa padah. Tapi Zina satu dosa besar. Jagalah hubungan kita dengan Allah. Semoga Allah menjaga kita pula. :)

Kalau suka. Boleh like :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

12 comments:

Anonymous said...

zina tu dah satu hal,,buang bayi lak tambah ag dosa,,,mintak dijauhkan :) amin

aTiKa aTeRkaH said...

ish ish.....manusia manusia

Fasihah Supian said...

@iszieylyanziy betul tu isz...minta kita semua terpelihara..amin...

Fasihah Supian said...

@aTiKa aTeRkaH hmm manusia bukan binatang..tapi berperangai lebih teruk dari binatang?

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

seha...ko salah bg link la...tu link blog...bkn link post...hehehe

apdm said...

salam...

itulah pelik, knp mereka yang berzina ni mudah sangat beranak, tu yang buat depe tak serik kot..

ANISRAHIM said...

kalau la baby mmg bleh bace surat khabar smpi camtu..ahaiii...kene bukak byk skolah elit la ni...hehe

Eja Kamel said...

budak2 zmn skrg mmg cmtu. pandai buat tp x pandai tanggung. kalau ye pun xleh nk tahan goadaan nafsu sgt, pki la protection. ape la dorg nih.

Fasihah Supian said...

@muhd zulazwan ::jawer:: da betulkan zul..

Fasihah Supian said...

@sissyira mungkin gak tu sis...

Fasihah Supian said...

@PG hehehe dak kecik pun da gi skula elit la nanti..hehe

Fasihah Supian said...

@eja kamel huhu agama dah larang....kadang Allah nak bagi balasan tu direct je kan....huhu