Kau Janda Dia Bujang Perlu Kisah Ke? | fasihah.com


January 31, 2011

Kau Janda Dia Bujang Perlu Kisah Ke?

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Semoga permulaan hari ini lebih baik daripada semalam. Kalau hari ini tak lebih baik daripada semalam, kita dah tergolong dalam kategori KECUNDANG di tengah jalan.

Hari ini, 31 Januari 2011! Ho yeah, kursus berakhir hari ini. Boleh balik umah. Itu yang pasti! hehe Hurmm,, dah lama tak buat nature blog ni yang dulu, dulu aku suka bercerita tentang masyarakat setempat.Jadi aku baru sahaja mendengar berita yang kurang enak didengar. Jom layan perbualan yang direkodkan!

Shaf: Hari tu sibuk-sibuk cerita kaki Fulan tu bengkak besar kan cik?
Cik: Fulan yang anak Maulan tu ke Shaf?
Shaf: haah, itulah, mak aku beritahu aku. Dia bersalin.
Cik: hah? Anak siapa pulak? Kata hari tu bengkak kaki segala bagai, kena buatan orang lah. Bekas suami buatlah. Bersalin pula? anak siapa?
Shaf: Entahlah, bila ditanya, mak aku kata dia tak nak mengaku. Pastu dia cakap, "tengoklah, muka dia sama macam muka bekas suami saya". Tapi masalahnya, dia dah lama bercerai dengan suami dia kot.
Cik: Itulah pasal. Mana ada anak tak ada bapak. Ini bukan Kisah Mariam wey. ini bukan anak main-main macam anak patung, anak manusia ni.
Shaf: Entahla wey. Aku kesian kat mak dia. Macam-macam masalah anak dia. Yang sorang macam tu, yang sorang macam ni. Dah tua-tua semua pun harap mak lagi.
Cik: Habis tu, sampai ke sudah tak tahu ke anak siapa tu?
Shaf: status dia janda. Tak sedap kalau orang kampung tahu wey. Dia memang ada kawan dengan lelaki, lebih muda dan masih bujang. Tapi dia kata tak ada buat apa-apa dengan laki tu.
Cik: ini bukan masalah dia janda, tak sedap dan tak enak orang bercakap. Ini bukan setakat maruah seorang Janda dan perempuan. Ini melibatkan agama, bangsa dan masyarakat. Sampai bila kita nak biar masyarakat biar sahaja maksiat, zina berleluasa?
Shaf: hmm, itulah, bila agama ditolak ke tepi.
Ok, cukuplah dulu. Itu cerita benar. Nama dalam cerita adalah rekaan semata-mata. Tapi ceritanya bukan rekaan atau bahan gurauan. Ia memang benar terjadi. Jadi, kita sebagai seorang yang beragama Islam, seorang yang tahu agama, apa peranan kita?


IKLAN BABY COMEL!

Apa yang kita dah lakukan? Adakah hidup di dunia ini, hanya perlu memikirkan pangkat darjat harta dan wang ringgit? Ke mana hilang nilai kemanusiaan?

Bayi yang comel tanpa mengetahui siapa ayahnya! Malah ada ibu yang berniat membuangnya tanpa belas kasihan. apakah mereka itu haiwan yang tidak punya akal fikiran? Apakah masyarakat kita sendiri yang sebenarnya kurang peka dengan agama dan etika kehidupan?

Sampai bila kita nak jadi begini?

Marilah, kita sama-sam muhasabah diri kita semula. Kalau bukan dari sekarang kita ambil langkah, apa akan jadi generasi akan datang?

Tak kan kita nak biarkan anak-anak kecil-kecil lagi dah terjebak dengan masalah sosial?

Segala atas semuanya, punca penyelesaian, tidak lain tidak bukan, balik kepada fitrah asal. Bali kepada Al-Quran & As-Sunnah.

Mood: sedih bila masyarakat terdekat dah mula terjebak dengan masalah yang dahulunya cuma dibaca di akhbar dan terlihat di tv. Sekarang depan mata. Siapa yang harus dipersalahkan?


Agak serius! hehe dalam kehidupan, adakalanya kita perlu ketawa, ada kalanya kita perlu menangis dan adakalanya, kita haru serius. Kalau suka boleh like :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

6 comments:

mr.k_boy said...

kalau dah nafsu menguasai diri, dah tak kisah tua ka, muda ka. Dah tak pandang suma tu. Yang penting nak puaskan nafsu... harap2 aku dihindarkan daripada semua ni...

De Mois said...

Hmm..memang pun. Due2 cerita betul. Cerita pasal mengandung pun betoi, cerita pasal jiran mengumpat pun betoi.

Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

Wan Gerrard said...

banyak kes begini sekarang, didikan agama penting..harap kita boleh sama-sama nasihat-menasihati :)

Jom: Kalau Gerrard jadi Boss

Fasihah Supian said...

@mr.k_boy amin, semoga kita semua terhindar daripada perkara begini..

Fasihah Supian said...

@De Mois hmm,betul tu..

Fasihah Supian said...

@Wan Gerrard yup, sama-sama banteras :)