Niat Berblog Kena Betul, Jangan Fikir Kita Bagus Sangat | fasihah.com


January 9, 2011

Niat Berblog Kena Betul, Jangan Fikir Kita Bagus Sangat

Salam uolls. [Ramai guna uolls sekarang, unik kot?] ok, semua pembaca, tengah buat apa? Dah solat maghrib? Hari ni aku berkesempatan lah juga nak melihat blog lama lebih sikit. siang tadi, aku cancel kan semua aktiviti. Tak larat nak jalan dah. Dari pinggang sampai tapak kaki sakit. Banyak sangat jalan kot.

Ok, walaupun agak down pagi tadi bila membuka blog. Tapi aku terus positif kan diri balik. Down kenapa? Down sebab...


Malam tadi, aku balik dari training, ada buka blog sekejap, jadi silent blogwalker kejap. Pastu aku tidur. Penat. Follower malam tadi ialah 465. Aku tak kisah sangat follower ramai ke tak. Tapi aku kisah bila follower yang follow hanya kerana nak aku follow balik. Haih Bila buka tengok pagi tadi, jadi 464. Aik, mana yang masuk malam tadi? Aku baru nak jenguk. Alih-alih dah tak ada.

Down juga. Rasa macam, nampak sangat follow sebab nak aku follow balik. Aku bukan tak nak follow. Aku balas jejak pun tak sempat lagi. Kenalah faham, aku bukan blogger tegar 24 jam online. 

Seorang kawan aku ni hari tu nasihatkan aku. "Hai, ni berblog sebab Duit ke apa? Jangan lari dari niat asal." huhu masa ni rasa nak bersara sebab traffik merudum. aku memang tak sempat nak update. Jadual pack sangat. Thanks kepada beliau yang menasihatkan aku. 

Terus aku nasihatkan diri aku balik. Jadi, sekarang. sedang menjadi positif. Cuma itulah, kalau berblog sebab duit, so, duit lah yang dapat. Sebab nak follower ramai. Follower ramai lah yang kau dapat.

Macam dunia ni juga. Kalau kau hidup semata-mata kerana dunia, pangkat darjat. Ya, kau boleh dapat itu semua. Tapi perlu diingatkan, dunia ni bukan kat sini sahaja. Bakal ada lagi dua dunia. alam kubur nanti dan akhirat. So, aku cuma nak beringat sama-sama.

Berblog biar gembira. Bukan terpaksa. Bukan kerana duit. Kita nak berkongsi cerita kan? Berkongsi ilmu kan? Jadi janganlah terkeluar dari landasan. Sama-sama ingat mengingati.

Ya, aku juga orang biasa. Blog aku pun tiada apa. tapi kan baik kalau sama-sama mengingati. Setiap blog ada keunikan tersendiri.

Follow pun biarlah ikhlas. Janganlah mengharapkan balasan. Aku bukan sengaja tak follow balik, aku cuma tak sempat lagi nak jejak semula. Tak mengapalah. Chill sudaa ;)

Ok, ok, kena pergi final meeting untuk University Sports Carnival bermula esok.
Majulah sukan untuk negara! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

14 comments:

aQi + GenGkey said...

la..ni pun ley jd isu gak ke..
tp kan..tu hak masing-masing..
die de sbb t'sendiri kot..
kte xboley sangka buruk..
peace..:D

zaMir said...

betul tu...
blog nih sekadar suka2 je...
x perlu la sampai nak obses sangat pasal follower tu kan...=)

Izamir Ridzwan said...

lah sapa yg ckp mcmtuh

nazirulhazwan~ said...

buat ape2 pon kene ikhlas, bende2 lain tu akan dgn sendirinye dtg:)

kiwi said...

adoi sbr2 ^^

Muhammad Hamidi Zamri said...

jaga niat anda.. (",)

Fasihah Supian said...

@GenGkey baik GenGkey.......

Fasihah Supian said...

@zaMir betul tu zaMir..tenang suda...chill kan...;)

Fasihah Supian said...

@Izamir Ridzwan entahlaaaa

Fasihah Supian said...

@nazirulhazwan~ betul tu naz...sokong 250 % hehe

Fasihah Supian said...

@kiwi sabar2..hehe

Fasihah Supian said...

@Muhammad Hamidi Zamri baik encik hamidi...

airaniez wirdani said...

huhu..sabar jela sis.My follower pun tak banyak,tapi trafik alhamdulillah ok.sbb apa?isi entri yg kita nak *share* tu.I'm happy coz people read my blog for knowledge.
apa2 pun,i'll still follow u..^_^

Fasihah Supian said...

@airaniez wirdani yup...sokong ngan sis...blog sis pun comey :)