Showing posts with label etika blogging. Show all posts
Showing posts with label etika blogging. Show all posts

March 6, 2012

Blog : Menulis Bukan Kerana Nama

Ada orang fikir, bila kita ada blog ni, kita mesti dapat duit daripada blog kita. Ada orang fikir, bila kita ada blog ni, kita popular. Ada yang fikir, kita berblog untuk duit dan nama semata-mata. Well said.. Tak semua yang kita fikir tu betul, dan tak semua yang betul tu apa yang kita fikir.


"Seha, berapa banyak ko dapat daripada blog?"


"Berapa banyak apanya...."


"Alaaa, tak payahla malu-malu sangat. Kan ko pasang iklan kat blog ko kan. Macam aku tak tahu, ko dapat duit kan.."


"Tak lah, aku tak pernah dapat apa-apa daripada blog aku tu."


"Alaa tak percaya lah dengan ko Seha."



Kalau budak kecik pun boleh berblog, kenapa tak dengan aku?


Well, I dont want to force you to believe in me. It is up to you. Mungkin ya, masa mula-mula macam teruja gila nak tahu Nuffnang tu apa, mungkin pada masa tu rasa hangat-hangat jugalah nak ada banyak income daripada Nuffnang kononnya. Nak ada visitors riban-riban macam blog yang famous amous. Yang pemilik blognya punya banyak likes dan subscribers. Tapi, sirius, itu pada SATU MASA DAHULU.


Dan, memang tak dinafikan masih ada lagi Nuffnang tu ada lagi tiga. Tapi biaq pi lah, jadi perhiasan. Nanti bila betul-betul dah meluat tengok, cheq buang lah. Tapi satu kenapa cheq biaq saja dia kat situ sebab cheq nak tahulah kenapa walaupun cheq tak update, still ada orang datang. Nak tahu, keywords apa yang depa cari.


keywords fasihah.com 29 Feb - 6 Mar 2012


Alhamdulillah, semenjak kemaskini pengisian blog hari tu, tak ada dah keywords yang pelik-pelik. Jadi apa maknanya tu? Maknanya, betapa pentingnya kita berkongsi menyampaikan sesuatu yang baik dan orang nak tahu. Biar menulis dari hati. Bukan komen beribu yang kita cari pun. Dan saya juga tahu, kuasa pembaca senyap itu turut memberikan 1 impak yang besar. Sebab saya boleh lihat, bila saya update tiba-tiba statistik pelawat meningkat double ketika ada update terbaru. Dan saya tahu antara mereka yang membaca adalah kawan-kawan saya sendiri.


Kalau boleh, berblog janganlah sibuk menghina mencaci orang lain. Janganlah menyebar fitnah. Janganlah menyebarkan berita yang tak tahu kesahihannya. Jangan buat pembaca keliru. Jangan buat pencari maklumat keliru. Sungguh, penat nak cari berita yang benar-benar sahih daripada alam maya sekarang ni. =.=''




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 21, 2011

Follower Beribu-ribu Tak Semestinya Pelawat Pun Beribu-ribu!

Morning ;) Selamat bekerja, belajar, mengemas rumah, ops, ada ke yang tidur lagi? Ok, blogger pasti tahu kepentingan follower bukan? Dan rasanya, setiap blog pasti ada widget follower bukan? Jadi, semua blogger pasti dah faham apa itu follower. Follower bukan flowers ye. Tapi mereka memang flowers di taman kita. Taman itu ialah blog.



Followers by *Kameolynn on DeviantArt

Tapi kalau follower berbelas puluh ribu raban tu dah kompem dah tu, memang femes ames. Jadi, tidak lah aku nak tulis kepentingan followers, ramai dah cakap kan? Dan tak semestinya macam belog cikai ni, followers ade bape tu? 100 je kan~ jadi, pelawat dia pun mesti 100. tak. Bukan semua orang online setiap hari. Bukan semua followers baca entri kita. Kadang ada yang terlepas pandang.


Lagi-lagi yang sibuk mengalahkan PM macam aku ini kan. Ingat senang ke nak belog jogging ni. Tapi, cuba belajar bagaimana nak menarik pembaca dan menjadi seorang blogger yang disenangi ramai dengan berkenalan dengan ostad jiji yu.


Berblog, sama juga macam belajar. Kita perlu rajin. Kalau sibuk nak belog fames ames tapi tak ada usaha, janganlah sibuk nak kutuk-kutuk orang yang dah popular. Mereka memang berusaha ke arah itu kan. Pokok pangkalnya usaha.


Sebenarnya, main point dia kat sini, BUAT FOLLOWERS BLOG INI, SIAPA DAH FOLLOW SAYA, TAPI SAYA TAK FOLLOW DIA BALIK, HARAP DAPAT TINGGALKAN LINK DI KOTAK KOMEN. SAYA TAHU, BANYAK JEJAK YANG TAK BERBALAS. saya memang bukan contoh terbaik okeh. hoho takpe, asalkan hati happy bro! belajar lagi penting.huhu


Cer terjah blog comel ni >> SweetTedy


Oh lagi 1.


okbai, nak gi kelas!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 13, 2011

Bloggers : Jangan Tinggalkan Link Di Ruangan Komen


Penat yaw kemas umah. Sat lagi nak masak. Duduk depan PC kejap, terus jenguk latest update daripada Hans. Jadi terus jenguk sumber terulung pula Entri Cikgu Dahlia. Jadi dapat disimpulkan bahawa..

Korang janganlah letak link korang kat ruangan komen lagi dah ye. Setakat komen je, tak perlu letak latest update.

Sebabnya.. lah kan dah baca kat blog Hans dengan Cikgu Dahlia, patut dah tahu sebab! hehehe Oklah, kenapa jangan letak komen yang tuan blog boleh access terus ke entri anda kerana Google akan kategorikan blog anda sebagai blog spam. Huii, aku tak maulah blog aku bayaq domain ni hilang suatu hari nanti..


Jadinya, aku pun tak nak letak link, jadi korang pun, jangan letak link ye. Klik je lah nama tu, nanti keluarlah link belognye kan? Taknaklah blog kena delete sebab ada link tu..


Jadi selepas ini, sesiapa yang tinggalkan link beserta komen, tak akan di approve. Bukan sombong, tapi saya sayang belog saya ok. =.=''


p/s:kalau pakai intensedebate ke lain citer lah..

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 30, 2011

Blogger : Adab, Budi Bahasa, Fitnah, Juga Aib Sesama Manusia

Assalamualaikum, selamat pagi menginjak ke tengah hari. Hari ni nampak ramai yang ping cerita Wardina vs politik. Ada yang cerita pasal saman yang hendak dikeluarkan. Ada yang cerita mengutuk. Siap panggil dia betina lagi. Berblog kerana traffik semata kot? Laju je orang masuk baca post dia. Kalau post yang macam INI tak apalah.


Hati-hati dalam menaip entri. Jaga perasaan sesama manusia. Jika kita ditempatnya, kita dah bertudung, suka kahkita melihat orang menyebarkan gambar semasa kita tidak bertudung? Tak perlulah kutuk orang lain macam diri kita ni baik sangat. maksum tiada dosa. 


What you give, you get back. 
Kalau hari ini, kita mengutuk orang, tak mustahil suatu hari yang lain orang akan mengutuk kita.
Kalau hari ini, kita membuka aib orang lain, tak mustahil, pada suatu masa yang lain orang lain akan buka aib kita pula.



Gunakan medium yang ada sebaiknya.

Al-Baqoroh 191

"Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah). "   
(Hadith riwayat Abu Daud)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 22, 2011

Buat Yang Sungguh Teristimewa..

Assalamualaikum to all my beloved readers. I am pleased to welcome you to read my new post after long hours and days have not published any entries. Hiyaaa, exam kak, abang, adik, mak cik, atok, nenek.. Subjek pulak semua reading. Tiga hari berturut, nak pecah otak ni kena push suruh keluar semua. Haih. 3 hari berturut... Umpama dia begini..

Makan tak basah..
Tidur tak kenyang..
Mandi tak lena..
Pendek kata..
Buku buku buku..
Ini lah penangan sebuah CINTA yang bernama peperiksaan..

Jadi disebabkan penangan CINTA yang terhebat itu tadi..kewujudan blog ini telah diketepikan demi kemaslahatan sejagat. Cheq rasa, mana yang lebih patut diutamakan, patut diutamakan terlebih dahulu...Oklah, malas nak cerita panjang-panjang. Tadi Kak Sunah kongsikan 1 artikel ni. Sangat menarik, lagi-lagi untuk semua bloggers, YOU MUST READ THIS!! (bolehlah sambil-sambil diiringi music Music Box II Eternally)



Ok, mari mulakan..
AMARAN daripada KEMENTERIAN KESIHATAN FS anda dikehendaki melapangkan minda sebelum mebaca artikel ini. Terima kasih.

Ketika tulisan mulai jadi sebutan orang
Ketika pendapat di blog dipuji-puji
Ketika 'post' di Forum mendapat penghargaan
Ketika idea-idea dikatakan sangat bernas

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Terangsanglah semangat mencari idea-idea segar
Terangsanglah untuk mencari bukti-bukti menguatkan argumentasi
Terangsanglah untuk 'komen' di blog orang lain, untuk promosi blog sendiri
Terangsanglah untuk mem'famous'kan diri sendiri!

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Niat asal sudah lari
Niat bukan lagi untuk tujuan dakwi
Niat kini untuk promosi diri
Niat kini untuk naikkan NAMA sendiri!

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Dalam blog:
Tiap hari 'check' brape pelawat dah datang arini?
Tiap hari 'check' brape 'comment' dalam entri kali ni?

Dalam forum:
Tiap hari 'check' brape respon untuk 'post' tempoh hari?
Tiap hari 'check' brape 'post' lagi nak naik status ni?

Tiap hari...cari ruang promosi NAMA sendiri
Sebabnya...

Aku Menulis Hanya Kerna NAMA


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Tulisan ini bukan untuk mencela sesiapa
Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa
Tulisan ini bukan untuk mereka-reka cerita
Tulisan ini buat renungan diri SENDIRI la!

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...
6-5-2009 3-39-56 PM
"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (An Nasr 110:3)


p/s: renung-renungkan dan selamat beramal... :)
Sekali lagi..entri autopublish...



psst: entri lama yang tak terpost, punyala set autopublish, kat draft rupanya =.='' 

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 9, 2011

Niat Berblog Kena Betul, Jangan Fikir Kita Bagus Sangat

Salam uolls. [Ramai guna uolls sekarang, unik kot?] ok, semua pembaca, tengah buat apa? Dah solat maghrib? Hari ni aku berkesempatan lah juga nak melihat blog lama lebih sikit. siang tadi, aku cancel kan semua aktiviti. Tak larat nak jalan dah. Dari pinggang sampai tapak kaki sakit. Banyak sangat jalan kot.

Ok, walaupun agak down pagi tadi bila membuka blog. Tapi aku terus positif kan diri balik. Down kenapa? Down sebab...


Malam tadi, aku balik dari training, ada buka blog sekejap, jadi silent blogwalker kejap. Pastu aku tidur. Penat. Follower malam tadi ialah 465. Aku tak kisah sangat follower ramai ke tak. Tapi aku kisah bila follower yang follow hanya kerana nak aku follow balik. Haih Bila buka tengok pagi tadi, jadi 464. Aik, mana yang masuk malam tadi? Aku baru nak jenguk. Alih-alih dah tak ada.

Down juga. Rasa macam, nampak sangat follow sebab nak aku follow balik. Aku bukan tak nak follow. Aku balas jejak pun tak sempat lagi. Kenalah faham, aku bukan blogger tegar 24 jam online. 

Seorang kawan aku ni hari tu nasihatkan aku. "Hai, ni berblog sebab Duit ke apa? Jangan lari dari niat asal." huhu masa ni rasa nak bersara sebab traffik merudum. aku memang tak sempat nak update. Jadual pack sangat. Thanks kepada beliau yang menasihatkan aku. 

Terus aku nasihatkan diri aku balik. Jadi, sekarang. sedang menjadi positif. Cuma itulah, kalau berblog sebab duit, so, duit lah yang dapat. Sebab nak follower ramai. Follower ramai lah yang kau dapat.

Macam dunia ni juga. Kalau kau hidup semata-mata kerana dunia, pangkat darjat. Ya, kau boleh dapat itu semua. Tapi perlu diingatkan, dunia ni bukan kat sini sahaja. Bakal ada lagi dua dunia. alam kubur nanti dan akhirat. So, aku cuma nak beringat sama-sama.

Berblog biar gembira. Bukan terpaksa. Bukan kerana duit. Kita nak berkongsi cerita kan? Berkongsi ilmu kan? Jadi janganlah terkeluar dari landasan. Sama-sama ingat mengingati.

Ya, aku juga orang biasa. Blog aku pun tiada apa. tapi kan baik kalau sama-sama mengingati. Setiap blog ada keunikan tersendiri.

Follow pun biarlah ikhlas. Janganlah mengharapkan balasan. Aku bukan sengaja tak follow balik, aku cuma tak sempat lagi nak jejak semula. Tak mengapalah. Chill sudaa ;)

Ok, ok, kena pergi final meeting untuk University Sports Carnival bermula esok.
Majulah sukan untuk negara! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 31, 2010

Bila Gambar Ben Ashaari Kena Curi, Tak Kisahlah, Dia Memang Blogger Terpopular Abad Ini, Tapi ..

Assalamualaikum penduduk maya. Penat. baru lepas pergi meninjau orang training ping pong, lepas itu, pergi Female Sport Complex sebab kawan-kawan ajak buat BBQ kat situ. tepat jam 12:30 kurang lebih sampailah depan gate mahallah (asrama) tadi. Memang seronoklah ber BBQ tadi. Esok boleh rojer-rojer gambar-gambar sewaktu majlis.

Azhani kata, " eh seha, you jangan lupa tau. cerita kat blog you nanti apa kita buat ni. "


Aku kata, " Owh.. boleh je Hani, nanti I buat entri aweks cun UIA ye. Haha "

So, insyaAllah ada kelapangan nanti aku cerita lah aktiviti tadi. Sangat ceria. We are having so much FUN! Rasa macam baru lepas exampula. Bagus juga buat macam ni, dapat sama-sama merapatkan lagi network kawan-kawan. At the same time, relax sekejap. Lepaskan tension baa kata orang Sabah ba. hehe ;)

Ok, nak tahu antara orang kuat tadi, ada seorang ni blogger juga. Blogger dia hebat. Dia pernah menang peraduan MAxis tak silap. Dapat Hp FREE tu dari Maxis. Nak tahu sapa? Saffawati. Boleh terjah sini.

Ok, nanti sambung cerita BBQ lain kali.

Nak cerita yang tajuk tu. Hmm, tadi balik-balik, entri  Encik Ben Ashaari pasal gambar dia kena curi. Huhu tak kisah lah Encik Ben, anda memang famous. Nak baca selanjutnya, baca kat sini.

So, mesti korang macam fikir aku sengaja nak buat entri panas kan? Taklah, aku tengok search keyword tadi. Ada keyword gambar fasihah. Aku ni mana popular macam blog Encik Ben ni. Apa pulak nak sampai search gambar aku kan. Meh tengok sini list keyword tu.

Hmm, aku terus macam.. Blur kejap. Takut pun ada, uih, takut la, kita bukan tahu orang nak buat apa dengan gambar kita kan? Jadi aku cuba lah serach kat google semua. Nasib baik tak ada gambar aku. Aku dah cuba sebaik mungkin tidak menyebarkan gambar secara berleluasa.

Tapi, pada masa yang sama, mungkin fasihah yang dimaksudkan itu bukan aku kot. Fasihah entah mana entah kan? Aku sahaja yang perasan lebih-lebih. ialah, siapa pun aku ni orang nak kenal. Tak macam abang Ben yang memang dikenali ramai tu pun kan. :)

Apapun, nak amik gambar orang jangan lupa mintak izin atau letak link sekali dari mana sumber tahu? Jangan buat macam sendiri punya gambar. Tak elok. Kurang bermoral. Hehe masuk sivik sekejap.

Oklah, nak tido. Dah malam. entri di taip jam 2:15 pagi. Tapi ini autopost. Bakal published jam 8.00 pagi esok. Selamat bercuti semua! Wassalam

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 18, 2010

Jadi Blogger boleh Dapat Serangan Sakit Jantung

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Sihat lagi pagi ni. Hari ni Ihsan Cik Fizah untk BW dan update blog. Sedang sibuk membaca dari 1 blog ke 1 blog ni. Tiba-tiba dikejutkan dengan 1 bunyi yang agak kuat. Sebab dah lama tak BW. Nasib baik tak ada sakit jantung. Boleh pengsan juga kalau tiba-tiba terkejut begitu. Jadi, apa masaalahnya pagi ni dengan FS? Haii..potong mood nak BW.

Credit.

Jalan-jalan dan jalan. Tiba-tiba dengar bunyi lagu. Kuat. Memang agak terkejut lah. Tak terkejut sangat sebab tak ada sakit jantung. Alhamdulillah sihat lagi. 

Mungkin sebab itu orang kata, tak perlu letak lagu kat blog. Kalau nak letak, bukan yang autoplay. Kalau orang nak dengar, dia klik play, tak nak dengar, tak ada lah lagu.

FS faham, kadang-kadang kita suka GILA-GILA lagu tu kan. Sebab FS dulu pun macam itu. Kalau kita pergi blog orang tu, lagu dia kita suka, FS boleh terima. Kalau bukan taste kita? Memang kadang-kadang boleh gugur jantung. Huhu

Salah ke tak ye letak lagu kat blog sebenarnya? FS rasa, ramai bloggers yang ada cakap pasal ni. Pasang lagu sendiri kat winamp sudaa. Lagi best kan. Senyum sambil kenyit mata. ;)

FasiHaH Kata: By the way, dulu FS pun macam itu juga. Letak lagu, tapi masa mula-mula tak tahu sangat dunia blogging ni. Blog pun FS je yang buka hari-hari. Suka lah letak lagu. Tapi dah tak ada sekarang. Nanti lambat pulak loading blog kan. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 13, 2010

Permulaan Yang Menyihatkan!

Assalamualaikum. Jam menunjukkan 3:06 pm. Tak sharp nak update pukul 3. Apa kes? Ok, kes tak ada laptop. Broadband kalau tak ada laptop pun tak guna. Traffik merudum habisan semalam. 115 UV sahaja. Tak apalah, aku pun tak dapat blogwalking sangat semalam sebab sibuk dengan kenduri kahwin kononnya. Dapat posting pun 1 entri sahaja semalam. Oklah, TERIMA KASIH kepada semua yang menjengah ye! Aku sangat menghargai jasa yang menjengah sini. Senyum sambil kenyit mata. ;)

Credit. Hampir bunuh diri bersama Broadband kerana tiada laptop. Haha

Mana ada nak bunuh diri macam gambar kat bawah ini. Dosa besar lah. Tipulah nak bunuh diri sebab tak boleh online pun. Haha

Credit.
Hari ini hari pertama sekolah!! Aiyoo, aku bukan budak sekolah la. Aku budak Universiti. Tapi tadi dah mula pergi sekolah. Teringat kawan mak cik cakap aku budak darjah 6, aku nak cakap aku mula sekolah la tadi. 

Ok, hari ni kelas pagi je, dari 8.30 pagi sampai pukul 12.50 pm. Straight! non-stop! Pastu, penat! Apa taknya.... 
  • pukul 8.30 am - DECISION SCIENCE. Kelas kat ECONS.
  • 10.00 am - ETHICS & FIQH FOR EVERYDAY LIFE. Kelas kat ADMIN. [ Ini penyebab penatnya, dari ECONS pergi ADMIN, lepastu pergi ECONS semula. Memang pagi-pagi lagi dah ada aktiviti yang menyihatkan badan! ]
  • 11.30 am - MARKETING PRINCIPLE. Kelas kat  ECONS.

Pagi tadi? Masuk kelas terlewat. Haih, azam Tahun baru hijrah kata tak nak jadi penjenayah kuliyyah. Aih,, kena tukar attitude ni. FasiHaH, FasiHaH, apa mahu jadi......?? Permulaan sem dah buat hal. Haihhh.. 
Dalam kelas ETHICS itu, nama lecturer ABDUL KABIR HUSSAIN SOLIHU. Ini bukan KABER HERO KABER ZERO ok. ;) 

By the way, cerita ETHICS ni. Nak cerita sikitlah. ETHICS berblog. Gaya macam aku ni blogger yang sangat beretika je lah kan? Tak adalah, aku macam nak tekankan yang 1 ni. 

Sila tinggalkan LINK selepas anda jejaki blog ini. Tolonglah ya..... Terima Kasih. ;)

Kelas MARKETING pulak? Haih, TERSILAP MASUK KELAS!!!!!!! Malunyaaaa =____='
Credit. Haih..Malu! Nasib baik kelas tu tak ada sapa-sapa.
FasiHaH Kata: Okeyh. Cukuplah tu. Terima kasih ya yang menjenguk sini! Yang jadi Follower, yang pergi sini, jangan lupa tinggalkan link ok!!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^