Showing posts with label keywords. Show all posts
Showing posts with label keywords. Show all posts

April 10, 2012

Panjang Sangat ....

Ok, dah lama tak online. Notification banyak kat fb! haha poyo kan? Tapi sangat berterima kasih kepada incik Google yang sangat selalu membawa pelawat dan pembaca ke blog yang tak seberapa ni dengan kata-kata kunci yang berkaitan dengan blog ni. Dah lama rasa tak update. Tadi tengok keyword, rasa macam lawak pula. senyum sorang-sorang. Meh tengok 1 keyword ni..

keyword panjang sangat

Motif?? huhu siapa yang cari ni? ayat sebijik-sebijik dalam entri kot..huhu kat enri Perempuan tapi menipu, hipokrit!!

Perempuan tak lawa tak apa, tapi baik hati budi bicara akhlak memang 1 aset kecantikan sepanjang zaman. Mencuri, menipu, memukau tu langsung tak comel ok! -.-''

Tak tahulah, kenapa dicari, ade yang buat status ke? hehe poyo betul =D
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 10, 2011

Spontaneous Thursday #8 | Yang Seksi Juga Yang Dicari



"Ada ramai orang hok molek-molek bertudung comey, bershawl cun, kenapa hok yang seksi jugak yang mu cari kat google tu?"


Analisa keuword bulan Oktober


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 30, 2011

Antara Perempuan Dengan Lelaki, Siapa Yang Lebih Banyak Cari Tips Cinta?

Morning! Happy Thursday ;) Semoga hari ni lebih baik daripada semalam. Serasa semalam baru cerita tentang perempuan dan cinta kan? Ala.. yang INI. Rasa macam dah belog pakar-pakar cinta je belog ni hailaa. Harap ada manfaat. Bukan kosong semata-mata. Pagi ni, rasanya nak buat sedikit analisis.


Antara perempuan dengan lelaki, siapa sebenarnya yang selalu cari petua cinta?


Anda rasa siapa? Agaknya siapa yang lebih rajin cari, petua memikat hati lelaki atau perempuan. Bagaimana hendak mendekati perempuan dan sebagainya. Fuhh demi cinta, boleh kita simpulkan, ramai juga rupanya yang segan nak bertanya, tetapi rajin mengGoogle.


Hour Hour Love by VictoriaAsh

Kalau nak bertanya tentang cinta kat den, den tak reti nak jawab sangat. Den jawab apo yang patut jo laa..


Mungkin ada yang kata, tanda-tanda orang jatuh cinta islah bila seseorang itu angau. Mandi tak kenyang. Senyum tak bertempat. Makan tak basah dan sebagainya. Tapi menurut pendapat saya, Macam Mana Nak Tahu Lelaki Suka Pada Kita? Itu perkara simple! haha ayat poyo! Padahal sendiri pun tak ada pengalaman lolz!


Dahlah, tak payah cerita panjang-panjang. Sebenarnya, antara lelaki dengan perempuan, siapa yang selalu mencari tips cinta ialah ...


Jawapan ada kat atas. Pastilah lelaki kan yang cari, macam mana nak tahu perempuan suka kat kita. Kan? Lebih sikit je daripada macam mana nak tahu lelaki suka kat kita.


Jadi kesimpulannya? Haa..korang buatlah sendiri. hehe



p/s: Bukankah cinta itu indah? Cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan. Tetapi.. apalah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada Khaliqnya belum tercapai..?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

August 25, 2011

Spontan Khamis : Tak Pandai Masak Macammana Nak Kawin?

Salam Ramadhan ke-25 kak abang adik. Puasa tak? hehe



Nak kawin jumpa tok kadi ye. 
Terima kasih. 
haha


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 31, 2010

Bila Gambar Ben Ashaari Kena Curi, Tak Kisahlah, Dia Memang Blogger Terpopular Abad Ini, Tapi ..

Assalamualaikum penduduk maya. Penat. baru lepas pergi meninjau orang training ping pong, lepas itu, pergi Female Sport Complex sebab kawan-kawan ajak buat BBQ kat situ. tepat jam 12:30 kurang lebih sampailah depan gate mahallah (asrama) tadi. Memang seronoklah ber BBQ tadi. Esok boleh rojer-rojer gambar-gambar sewaktu majlis.

Azhani kata, " eh seha, you jangan lupa tau. cerita kat blog you nanti apa kita buat ni. "


Aku kata, " Owh.. boleh je Hani, nanti I buat entri aweks cun UIA ye. Haha "

So, insyaAllah ada kelapangan nanti aku cerita lah aktiviti tadi. Sangat ceria. We are having so much FUN! Rasa macam baru lepas exampula. Bagus juga buat macam ni, dapat sama-sama merapatkan lagi network kawan-kawan. At the same time, relax sekejap. Lepaskan tension baa kata orang Sabah ba. hehe ;)

Ok, nak tahu antara orang kuat tadi, ada seorang ni blogger juga. Blogger dia hebat. Dia pernah menang peraduan MAxis tak silap. Dapat Hp FREE tu dari Maxis. Nak tahu sapa? Saffawati. Boleh terjah sini.

Ok, nanti sambung cerita BBQ lain kali.

Nak cerita yang tajuk tu. Hmm, tadi balik-balik, entri  Encik Ben Ashaari pasal gambar dia kena curi. Huhu tak kisah lah Encik Ben, anda memang famous. Nak baca selanjutnya, baca kat sini.

So, mesti korang macam fikir aku sengaja nak buat entri panas kan? Taklah, aku tengok search keyword tadi. Ada keyword gambar fasihah. Aku ni mana popular macam blog Encik Ben ni. Apa pulak nak sampai search gambar aku kan. Meh tengok sini list keyword tu.

Hmm, aku terus macam.. Blur kejap. Takut pun ada, uih, takut la, kita bukan tahu orang nak buat apa dengan gambar kita kan? Jadi aku cuba lah serach kat google semua. Nasib baik tak ada gambar aku. Aku dah cuba sebaik mungkin tidak menyebarkan gambar secara berleluasa.

Tapi, pada masa yang sama, mungkin fasihah yang dimaksudkan itu bukan aku kot. Fasihah entah mana entah kan? Aku sahaja yang perasan lebih-lebih. ialah, siapa pun aku ni orang nak kenal. Tak macam abang Ben yang memang dikenali ramai tu pun kan. :)

Apapun, nak amik gambar orang jangan lupa mintak izin atau letak link sekali dari mana sumber tahu? Jangan buat macam sendiri punya gambar. Tak elok. Kurang bermoral. Hehe masuk sivik sekejap.

Oklah, nak tido. Dah malam. entri di taip jam 2:15 pagi. Tapi ini autopost. Bakal published jam 8.00 pagi esok. Selamat bercuti semua! Wassalam

TERIMA KASIH SUDI BACA^^