Showing posts with label Diary. Show all posts
Showing posts with label Diary. Show all posts

March 27, 2012

Diari : Nak Marah Tak Jadi

Yey!! Balik rumah! CUTI!


(tarik nafas dalam-dalam). Segarnya. Nyamannya suasana desa. Indah permai tak macam di kota. Dapat lihat wajah mak ayah. Hoii riang gembiranya saya. Salam mak ayah peluk cium, terus tuju meja makan kat dapur, letak beg, makan. Ops, baca Bismillah~


Ok dah puas hati dapat makan cekodok air tangan mak yang masih hangat baru sahaja masak, baru tuju bilik. 


Krekkk~
(bantal berterabur. Pen marker bertarabur. Barangan kesayangan berjalan sendiri. Hp berlari-lari.)


Ok, ini bukan tumbrio. Bukan cerita thriller mahupun hantu. Itu hiperbola sahaja. Tengok cermin, ada tulisan. cermin cermin cermin. Ya, menggunakan marker yang sepatutnya berada dalam mug di atas meja. -.-''


Tak lain dah. 
Tak lain dah. 
Tak lain dah.


Memang kerja anak-anak buah aku ni. Barang-barang yang comel semua dah jadi comot! Kipas yang sangat ceria dengan warna dah di tambah dengan :) di setiap kelopak. Adehh ni tak lain, ANIS UMAIRAH!!!!


Dalam berura-ura hendak mencari askar-askar di bawah pemerintahan Ahmad Supian's territory, tiba-tiba aku gelak sendirian. Senyum sorang-sorang.


Duduk. Tak jadi marah. Sebab?


conteng dia. conteng dia.

Sebab dulu aku pun macam tu jugak! haha Dulu................................ pintu rumah habis aku conteng huruf alif sampai ya. Tak cukup lagi, a sampai z. Tak puas, 1 sampai 10 tah berapa kali ulang. -.-''


Belum aku tulis ball lah, lukis bintang lah ikan lah. Haha Last-last, mak abah pun tak larat nak marah, marker abang kakak aku jahanam kan, belum yang conteng-conteng kat kaki lagi. hehe Sebagai penyelesaiannya, mak abah kakak abang aku kami sekeluarga ke pasaraya, mencari papan hitam, pemadam dan kapur!


Dulu masa zaman 4 5 tahun tu masih kapur lagi. Sekarang ada lagi ke sekolah yang masih pakai kapur? Ok ok back to the story. Nak dijadikan cerita, dorang suruh aku pilih, ha pilih pilih. Ambik lah pemadam kapur sekotak, papan hitam. 


"cik, pasni tak mau conteng-conteng dinding lagi tau? Nanti abah marah. Tengok pintu rumah dah buruk dah. Macam rumah india."

Haha rumah dah banyak berubah. Tak dapat nak tunjuk kat sini, betapa hodohnya pintu rumah kami dulu, aku lah yang mencontengnya. haha


Haha. So sekarang, lepas aku dah senyum sorang-sorang. Aku tau dah, penyelesaian untuk anak-anak buah aku ni, kena belikan dorang ni whiteboard, marker pen dan juga pemadam. Tak adalah bilik aku jadi mangsa pulak kan?


What you give you get back!


Tulah, dulu pi conteng dinding umah, pintu rumah, sekarang? Cermin, meja aku semua depa pakat lukis-lukis conteng-conteng. Tak apa, dorang tengah merangsang minda tu. Buat apa nak marah. Kena sokong. Dengan belikan alat-alat yang boleh membantu mereka berimaginasi lebih kreatif!


my good nephews and nieces with their beloved atok and nenek.


Tiada dalam gambar si cilik yang sedang bertatih. I see they grow. I pray for their success. I hope, Anis, Amir, Wafa, Hariz, Aisyah and Darwish will be anak soleh wa solehah. Usu luv all of you from the bottom of my heart! ^^


Klik sini. tq~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 8, 2009

Semalam vs Hari ni

Apa beza semalam(07-05-2009) dengan hari ni(08-05-2009)?

Test kereta JPJ semalam dengan pegawai JPJ

Testing bawak kereta hari ini dengan mak kat sebelah

Dada berdebar-debar juga semalam masa bawak kereta

Cool & steady jer hari ni bawak kete walaupun mak kat sebelah agak bising

Hahahaha

Gembiranya semalam bila lulus ujian jalan raya dengan parking

Tak berapa nak seronok lah masa bawak kereta hari ni nak gi speedmart sebab aku baru bawak dalam 40lebih km/j mak aku dah bising..

Tapi agak kecewa semalam sebab pegawai JPJ tu,bukannya betul2 tengok aku bawak kete, masa ujian jalan raya,pegawai JPj tu sibuk gayut..tau2 dia main bagi je markah and main tanda jer ikut suka dia..nasib baik lulus..lau tak…..

Bangga kejap lah aku hari ni bila mak aku puji..
^pandai juga ko bawak kerete ye^

Yuhu……..


Sekian..

FasiHaH:blink blink,wiyu wiyu..yippi yippi!hehehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Adik Nur Fazrina

08 Mei 2009

Aku tak sangka hari ini aku mendapat khabar yang tak berapa baik dari Acik. Pagi tadi, acik call dalam pukul 7, dia kata, cikgu Hafizi call dia, minta tolong drive kereta sampai hospital Klang. Anak cikgu kat ICU, sakit. Bila aku dengar cukup simpati, selepas mematikan panggilan,aku terus menulis mesej untuk cikgu Hafizi dan cikgu mengucapkan terima kasih. Dalam hati aku,aku sentiasa berdoa dan cukup bersimpati atas apa yang menimpa cikgu dan keluarganya. Anak sulungnya terlantar sakit, padahal dia kecil lagi, tapi siapa sangka, kesihatannya tidak sebegitu baik. Acik kata, cikgu penat dan tak larat nak drive, pasti cikgu sangat risau dan tak tentu arah. Ibubapa mana yang tak sayangkan anak, lagi-lagi anak nya baru sahaja berapa tahun bersama mereka. Kecil-kecil lagi sudah diuji oleh Allah, pasti nanti dia menjadi anak yang menanti ibubapanya dipintu syurga..InsyaAllah…

Nur Fazrina bt Norhafizy; Umurnya baru 3tahun, semalam baru dimasukkan ke hospital, sekarang berada di ICU,Hospital Ampuan Rahimah,Klang.. Ibunya teramat sedih,menangis dia bila melihat anaknya yang terlantar sakit. Adik Fazrina mengalami kompilikasi yang agak parah..tekanan gula dalam darahnya tinggi hingga menyebabkan otaknya tidak boleh berfungsi disebabkan oleh badannya yang lemah.

Dalam jam 2.30 lebih tadi,aku keluar sebentar untuk membawa mak aku pergi membeli barang di Speedmart, Acik kata,dia dah nak balik dari hospital. Tapi,bila sesampainya di rumah, aku mendapat mesej, Acik mengatakan yang dia dengan cikgu tak jadi balik lagi kerana adik Fazrina dah tenat, waktu aku menulis ni, ada 3doktor sedang merawat adik Fazrina. Sungguh, kalau aku dah dapat lesen,aku pergi melawatnya di ICU tadi,tapi sekarang ni,aku hanya ada lesen terbang, semalam baru test jpj.. aku sangat bersimpati atas apa yang terjadi,pasti cikgu Hafizi sangat sedih,tapi aku tahu, dia pasti kuat untuk menghadapi semua ini..

Kawan-kawan,sama-samalah kita berdoa agar adik Fazrina pulih semula seperti sediakala..Semoaga doa kita dapat mengurangkan rasa sakit dan bebanan keluarga cikgu Hafizi..

Sebagai bekas anak muridnya, aku cukup simpati terhadap cikgu Hafizi, dia seorang guru yang amat berdedikasi..

04:19 pm
Berita terbaru, adik Fazrina akan discan otaknya, doctor kata takut ada jangkitan kuman di otaknya,kerana otaknye membengkak. Sama-samalah kita doakan adik Fazrina selamat..

FasiHaH:sedang ternanti-nanti berita selanjutnya. 04:20pm
TERIMA KASIH SUDI BACA^^