Showing posts with label masyarakat melayu. Show all posts
Showing posts with label masyarakat melayu. Show all posts

December 11, 2011

Bercerai Dah Dia?

I Love You ~ Google
Dulu, masa belum nak kahwin, heboh sekampung. Bakal suami dia jurutera. Bakal suami dia anak dato. Esok dah kahwin senang. Dapat anak kaya. Dan macam-macam lagi. Dah macam jadi norma masyarakat, bila ada majlis perkahwinan, dah biasa kan? Mesti nak tahu, dapat orang mana? Anak siapa? Kerja apa? Itu memang standard questions.


Tapi lagi kepoh kalau macam tu lah, anak dia dapat anak datok. Bakal suami dia jurutera. Budak tu dah ada PhD dan macam-macam lagi pangkat dan darjat yang sibuk diceritakan. Itu yang kita suka banggakan kan? Kalau dapat ustaz sahaja, rasa macam apelah sangat kan? Tapi itu memang norma masyarakat. Tak payah nak tepis. Saya balik kampung ni, pergi mana-mana wedding invitation memang macam itulah.


Telur pun sehati sejiwa wak.

Masa bercinta memang indah. Semuanya wangi semuanya baik. Lagi hebat bila bakal suami ada sedikit pangkat. Heboh satu kampung. Bangga nak dapat menantu anak raja kan?


Yang tak seronoknya, bila balik, dapat tahu orang yang dikenali, umur atas saya je. Umur baru 22. Dah jadi janda muda. Kasihan kan? Mungkin belum bersedia sebenarnya nak mendirikan rumah tangga tapi dah berkahwin. =___='' Atau pun, dah memang tak ada jodoh, nak buat macam mana kan?


Aku ceraikan kau talak satu.

Tapi lagi tak seronok bila mana dulu masa nak kahwin ke main lagi kan? Grand. Sibuk canang anak dia dapat pegawai lah apalah.


Tak berapa seronoklah norma yang macam ini. 


Kalau benar seseorang itu baik, kita tak perlu nak bangga dengan apa yang dia ada, tapi biarlah kebaikannya terlihat dengan kelakuannya.


Selamat pengantin baru yang baru berkahwin dan akan berkahwin hari ini. Sebenarnya gerbang perkahwinan adalah permulaan seorang perempuan atau lelaki untuk mengenali hati budi dan perangai sebenar pasangannya.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 11, 2011

Sayang Make-up Kak!

Dalam 10 orang perempuan yang boleh sembahyang aku kira 1 ke 2 orang je yang sanggup solat setelah masuknya waktu solat. Lelaki pun tak kurang juga. Padahal lelaki senang, tak perlu buka tudung pun.


Tapi kesedaran solat awal tu tak semua orang ada kesedaran tersebut.


Lagi-lagi musim kahwin ni. Iyelah, hantar pengantin nikah, surau azan dah. Tapi ramai yang memilih.. Ala kejap je ni lepas makan kita terusla balik.


Makan tunggu driver perjalanan balik sampai rumah pukul berapa nak asar nya tu?


Meh kita fikir sama-sama. Sayang mekup ke sayang waktu awal solat? Laki tak payah nak tunjuk macho sangatla dengan rokok. Cukup tak suka orang yang merokok dalam majlis keramaian camni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^