Showing posts with label Kes Asyraf Hafiz. Show all posts
Showing posts with label Kes Asyraf Hafiz. Show all posts

May 26, 2011

Apa Kejadahnya Lelaki Nak Tukar Jantina Sekali Dengan Nama Ni?

Asyraf Hafiz yang ke mahkamah dengan berbaju kurung.


Assalamualaikum ladies juga jejaka kacak lagi bergaya. Harap tak ada yang terlintas mahu tukar jantina, hari ini, mahupun esok dan selamanya. Nanti Allah laknat, macam mana? Tak takut ke? So ni kisah abangkak kita seorang ni yang nak bertukar jantina juga nama.



KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjadi tumpuan gara-gara kemunculan seorang lelaki berpakaian wanita yang hadir untuk mendengar keputusan berhubung permohonannya mendapatkan kebenaran menukar nama kepada nama wanita.

Bagaimanapun, hajat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, itu tertangguh apabila Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 18 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti petisyen yang dikemukakan pemohon melalui peguamnya, Horley Isaacs.

Ashraf yang berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonannya untuk mendapat kebenaran menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz.

Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pemohon telah melakukan pembedahan jantina, mahkamah tetap berdepan kesukaran untuk membuat keputusan. -Kosmo

Manusia akhir zaman. Ini petanda orang yang tidak bersyukur barangkali? Bagaimanalah Allah tak turunkan bala. Nama sedap dah Asyraf Hafiz, pergi sibuk-sibuk tukar Aleesya Farhana buat apa.


Astaghfirullahalazim...


p/s: Perempuan dah makin ramai, kenapalah sibuk nak meramaikan lagi, macam manalah Salleh Yaakob tak kahwin 4 kan? hehe Gurau je! Selamat menjamu selera :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^