Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi-pagi cuti Maulidur Rasul, for sure ramai yang ambil cuti daripada hari Sabtu sampai Selasa. Wah, seronoklah kalau dapat cuti macam tu. Senyum sampai ke telinga jawabnya! :)
Ingat lagi mengenai entri Mati Yang Bagaimana Dianggap Mulia? Jadi pagi-pagi ni, kita santai-santai lah kejap kan. Ok, ada yang kata, mati yang hari Jumaat. Wah, ramai yang nak mati hari Jumaat. Tapi ada yang kata, 'depends'.
Aku suka dengan jawapan Hamba Illahi
pandangan saya, tidak terlalu dikisahkan bagaimana sesorang itu mati. tetapi yang diambil kisah adalah dalam keadaan apa dia mati.
contoh, A mati di tanah haram Mekah. B pula mati di dalam kelab malam. sekali pandang macam A dapat husnul khatimah, dan B su'ul khatimah. tapi, selidik punya selidik, rupa-rupanya A mati bunuh diri, B pula mati akibat dipukul dengan teruk ketika cuba menyampaikan dakwah (nasihat). kan dah terbalik tu.
Ok, itulah jawapannya. :)
Sebenarnya untuk entri Bagaimana Mati Yang Dianggap Mulia tu, tak habis lagi. Cuma kita lah macam mana nak fikir dengan secara lebih rasional.
Kisah yang sebenar, si mati yang meninggal di dalam Masjid waktu hening pagi itu sebenarnya mencuri tabung Masjid dan entah bagaimana, mati ditempat kejadian.
Tapi yang meninggal dalam tandas pula, sempat melakukan adab-adab memasuki tandas, baca dooa, masuk kaki kiri, menutup kepala.
Jadi antar 2 situasi tersebut, yang mana lebih baik? Jadi yang masuk tandas tadi tu lah. Yang mencuri tu, sempat ke dia nak bertaubat? Fikir-fikirkan lah. :)
Jadi macam itu jugalah kehidupan seharian kita di dunia.Mati itu pasti dan kita tak tahu bila.Tapi kita perlu lah bersedia.Jangan kata tunggu dah bersara.Takut tak sampai masa bersara, Allah jemput kita dulu dan meninggalkan dunia.Siapa yang rugi? Pastilah mereka yang alpa.
Jadi awal-awal pagi ni, kalau rasa moody je, tak ada semangat, tak sempat nak balik kampung lah, tak sempat nak shopping lah dan sebagainya. Jangan merungut, insyaAllah pada suatu ketika yang lain nanti, urusan lain pula dipermudahkan. :)
Apapun rasa gelodak, kejora, huru hara payau,pahit masam manis, mulakanlah hari anda dengan senyuman. Kerana Awak Comellah Bila Senyum! :)
Macam Heliza senyum, comel kan? ;)
11 comments:
salam maulidur rasul
Subhanallah... nice entri di pagi Maulid Nabi ni. ^_^
Sy stuju sangat. Smoga Allah akhirkan khidupan kita dlm husnul khatimah. InsyaALLAH.
salam fasihah...
akak pon tertarik baca komen tu..analogi yang berinti..;)
Salam Maulidur Rasul...
Sollu..Sollu..Sollu..
cute la heliza...hehehe
naper heliza je yg senyum comel? naper smua agung2 kn dier? pelik btul.....
Good point Fasihah..Ajal itu tak terjangka...hari ini kita hidup,esok tak tau hidup ke tidak..jadi sediakanlah payung sblm hujan..sedikan ibadah..dan sediakan *insurans*..huhu
yep yep..mati dalam iman,itu yang utama,bukan lokasi :)
even orang mati di mekah,tapi kalau sedang zina,still,neraka kan..urm
sama macam ceramah yg saya dengar dulu...
ustaz tu pun ada tanya soalan dan jawapan dia macam tu jugak...
salam maulidur rasul..
:)
Salam Maulidur Rasul
niat kene betol,
biar dpt mati dlm iman
pembetulan : masuk tandas kaki kiri ;)
renung-renungkan dan selamat beramal
Post a Comment