Assalamualaikum! Zaoshaong hao~~~! Hehe Morning, morning. Entri autopost. Macam biasa, tuan tanah hari ni full schedule. Ni nak exercise pun tak sempat. Nasib baik kampus ni banyak tangga, berpeluh kalau layan tangga-tangga kat sini wey! tapi still, aku malu betul dengan nenek yang hari tu, korang ingat tak? Nenek Ni memang Sporting Habislah, Kalah Kita Orang Muda, Tak Tercabar Ke?
Ingat tak yang dia bagi lurus tegak kaki dia tuh? Pergh..kau boleh buat? Aku belum pernah buat. hehe So, aku pun tak sporting. Alaa, kau sporting ke? Dah buat senaman pagi ni? Ke, bangun-bangun terus online, tengok facebook, tengok blog? Haaa, kantoi sudaa.
Tengok nenek ni,
Sporting habis! |
Inilah masalah problem kita sekarang. Nak exercise, banyak no alasan! Busy lah, ada meeting lah, ade kelas lah. Haih! (jawapan macam kenal je, ok, tembak hidung sendiri!)
Kesihatan tu penting oi. Baca ni, baca.
Banyak perkara yang diberi sambil lewa rupanya adalah perkara UTAMA yang paling kita rinduinya selepas ia hilang dari kita. Justeru, bersungguhlah menghargai & mengisinya. Ia merentasi banyak perkara, contohnya, umur muda, kesihatan, keluarga, ibubapa, isteri, suami, anak dan sebagainya. Sewaktu semua ada disisi, perhatian lebih kurang shj bila ia tiada lagi, barulah terasa rindu & sesal. -Zaharuddin.net
Haa, nanti kang dah OBES baru nak nyesal. Lakukan pencegahan awal daripada sekarang. Mulakan gaya hidup sihat! Bersenam, bersukan! Jaga makan! (yey, aku jadi pakar kesihatan sudaa!)
Tak, yang menjadi masalah problem lagi 1, haiwan pun exercise ni ha! Kau tak tergugat? Kau tengok gambar-gambar ni. Layann kan!
Gambar : Ok, sambil relax kan minda, angkat kaki kiri ye, walaupun bersenam, kita mesti COOL! |
Gambar : Sambil pejam mata, angkat dua kaki. Teknik ni bagus untuk kecilkan peha. hehe |
Pastikan anda terus kelihatan comel semasa melakukan senaman. Biar tak tinggi, tapi tetap comel! ;)
Gambar : Bangun tidur, hiyaaa!!! Tarik nafas, lepas, tarik... lepas... |
Gambar : sekarang, kita long jump okey! untuk menguatkan segala muscle! Watchaaa |
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok, teruskan bersenam untuk terus kelihatan comel dan sentiasa segar untuk memulakan hari Jumaat anda. Jumaat penghulu segala hari. Manfaat Jumaat sebaiknya! Wallahua'lam ;)
Nota Pesanan Padat:
1. Terima kasih yang follow. FS masih dalam proses pergi dari 1 blog ke 1 blog, bukan tak mahu membalas jejak, tapi ikut angka giliran deh! hehehe
2. Hari ni, jadual full, kena jumpa Menteri Pendidikan lagi, Jumpa Perdana Menteri lagi, nak tunjuk proposal buat Modern City. Fuhh
3. Ingin mengucapkan selamat menempuhi dunia pekerjaan kepada kawan-kawan kat KUIS yang dah habis belajar. Aku bila lagi??
12 comments:
huhuhu...pagi nih mmg nak joging sbb xde klas...tp kawan pinjam kasut x pulang2 lagi...geram betul....=P
@zaMir haih bengang je ea zamir...tett,terhalang lagi nak exercise kan.hehehe
Wah, rajinlah nak jenguk satu2 org yg follow..
Kite sgtlah mls..
Maybe sbb laptop ni slow dan line pun slow jugak, tu yg terbantut jek rasa nak BW..
Entry Terbaru: Tuan Direktor! Pilih Kasih Eh!!
hahahah! comot betul kucing the mucing tu~ :p
wow! terernye kucen tu hehe
kucinggg main tipuuuuuuuuuu..ahahaha.. tp cute gilerrrr =)
teringat suami akk pnjm kasut kwn die lame gile takpulang aritu.skang dah pulang la.huhu.
akk sgt kurg exercise la.b4 kawin tiap hari jalan mahallah aminah g econ.fuhh terbakar lemak dan kulit.
lepas kwin tunggang kancil je hulur hilir.jln sikit dah manja gila.haih~
@d_tieah same je....line memang tak berapa ok lah..tu yg lagi susah nak membalas jejak...satu,,satu...
@Sunah Mohammad heheh comel lah kak!!
@ardinihumaira dini ley wat lagi hebat lah ;)
@PG hehe tau takpe PG!
@~dianakhairi~ itu dia isteriu manja...hehehe
Post a Comment