Assalamualaikum readers! Fikir punya fikir, nak tulis apa lah malam ni kan. Sebelum tu, cuba layan drama sebabak ni sekejap.
Kawan: Ala, penat turun. Kena naik semula.
Aku: wey, tahu tak apa. Berat doh beg ni bawa laptop.
Kawan: ala, tak payah naiklah, kita buat kat sini je lah.
( Tempat: Jalan ke kuliyyah, sebelah ada bukit )
Aku: Aah, best juga buat kat bukit ni.
Kawan: peluh-peluh.
Aku: wey, aku ni, baju baru pakai dah basah peluh ni. Rugi je, dah kena tambah baju kena basuh.
Kawan: wey, berat lah. Bawakkan!
Aku: Banyaklah kau. Makin rendahlah aku macam tu!!!!
*******
So, malam ni, tak lain tak bukan, aku nak kongsi sikit sebab musabab rendah ni. Bila tak tinggi ni kadang-kadang boleh menyebabkan low self-esteem, ini menyebabkan timbulnya masalah problem itu tadi. Jadi, Jom lihat antara sebab-sebab tak tinggi.
1) Masa kecik pergi sekolah bawa buku banyak sangat dalam beg.
Ini kisah sama kurang lebih dengan cerita aku lah tu. Kena bawa laptop. Apa kau ingat panjat tangga banyak-banyak bawak laptop ni bagus untuk tumbesaran ke? Ye, bagus untuk mengeluarkan peluh, tapi ada side effect kalau orang macam aku yang bawa. Bila nak tinggi nya! hehehe
![]() |
| Gambar |
" Mirul bawa buku ikut jadual, tapi nanti cikgu yang tak ikut jadual. Jadi Mirul bawaklah semua buku ke sekolah."
Beg berat-berat, kalau beg tarik tu tak apa. Kalau beg yang galas kat bahu budak-budak tu. Kasihan kat mereka. Terbantut tumbesaran diorang. Aku rasa 10 tahun akan datang, wujudkan pelajar pergi sekolah bawa External sahaja. Tak payah bawa buku. Haa..maju, maju. Boleh meninggi dengan jayanya.
2) Keturunan
Yang ini tak perlu ulas banyak-banyak lah. Semua faham, kalau dah memang mak ayah macam itu, anak pun begitu. Tapi kalau mak ayah tinggi lampai, anak rendah, macam aku lagi. Mungkin daripada warisan nenek moyang.
3) Tak suka minum susu.
Haha yang ni, terpaksa lah, mengaku, aku dalam kalangan yang ini. Tu pun nak kecoh rendah. sendiri salah tak minum susu. Mana tak susah nak tinggi. Susu ni kan menguatkan tulang. Tak minum susu, kurang kalsium, nanti tulang rapuh. tapi, masalahnya, haih, kalau susu HL tu sedap jugalah. huhu Jadi, bagi anak-anak anda tu susu ye, bagi dorang kuat! Tak pun, makanlah CALCIYUMMM!!
4) Dah tua.
Kalau dah tua tu, toksah kecoh-kecoh kenapa rendah. Dah memang tak kan tinggi pun. Nak bergayut kat pokok semua bagai, kang tangan sahaja yang panjang, tapi tak tinggi pun. hehe
5) Allah dah tentukan kita tak tinggi.
Dah minum susu banyak-banyak. Setiap hari tak miss. Dah besar rendah gak. Jangan salahkan ibu mengandung ye! Sebenarnya, kita dah memang diciptakan untuk tinggi sebegitu. Setiap kejadian itu mesti ada sebab sebaliknya yang mungkin kita tak tahu. Mungkin kita rasa benda itu buruk bagi kita, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.
6) Itu tandanya TAK TINGGI = COMEL ('',)
Hehehe okey, kan comel tak tinggi kan. Umur dah 20 pun, orang tanya, "dik, sekolah darjah berapa?" hehehe
Nota Pesanan Padat: Tuan hutan Hijau Kumbang Kedaung sedikit sibuk. Terima kasih kepada yang follow, nampak banyak jejak yang perlu dibalas. InsyaAllah FS akan mengunjung balas slow-slow ke blog anda. Tq ;)
[REPOST] Kalau suka, boleh like. ;)
