Ibu-ibu, bakal ibu dan kalau ada pencinta makanan pun boleh juga.
Betul ke sekarang ni masalah kegemukan semakin menular dalam masyarakat hari ini? Terutamanya, masyarakat Malaysia. Masalah kegemukan semakin meruncing dewasa kini apabila ramai anak-anak yang masih kecil, bersekolah rendah sudah mengalami masalah kegemukan dan perlu berjumpa pakar kaunseling setiap sebulan sekali oh my..
Aku melihat masalah ini memang fakta. Tak payah pergi jauh-jauh. Mak cik jadi babysitter, anak orang tu, obese. Cucu jiran obese. Sebelah lagi cucu pun obese gak.
Masyarakat Malaysia terlampau mewah makanan barangkali?
Punca-punca Obesity
- Pengambilan makanan tanpa kawalan
- Pengambilan gula berlebihan
- Banyak makan instant food, Mcd, Kfc, Maggie
- Etc
Kalau kes cucu mak teh depan rumah ni, cuba tengok kesinambungan dia.
cucu dia umur 11 tahun, berat 45kg, tinggi 130
Aku tahu, ada lagi yang lebih berat daripada dia. Tapi nak ambil contoh terdekat. Fuhh berpeluh bila dengar tu. Sebab berat aku lebih ringan daripada dia. Haa kalau jalan sebelah budak tuh, dapat merasa aura kesemangatan ayam goreng drumstik upin ipin dia.
Jadi cuba lah pi tanya mak dia.
"Kak, anak akak ni, bagi makan apa? Besarnya dia.."
"Ala cik, dia tu lah, susahlah akak. Dia tiap hari nak makan lauk ayam, kalau tak ada ayam, dia tak mahu makan. Akak pulak, mana sampai hati nak tengok dia tak makan."
Haa sudah. Korang pun tahukan? Ayam ternak tu. Memang dipam-pamlah kalau makan. Sebab lemak dia, tak payah cakap, dengan suntikan dia lagi. Mana orang yang tak memakannya cepat naik. Nak-nak selera sedap je bila nampak ayam. Kalau ayam kampung tu tak apalah.
Oh my, mana tahan kalau bangun pagi ada hidangan sebegini rupa. =.=''
Ini antara sebablah. Banyak sebab lain. Orang sibuk nasi lemak kena hadkan dan sebagainya kan? Sedangkan, kita dari kecil dah diajar, bangun pagi sarapan berat. Tapi orang dulu-dulu sihat je aku nengok kak, adik abang. Ye dok? Jadi aku fikir-fikir..
Orang dulu-dulu, sarapan berat, tapi kerja yang menanti pun berat. Nak pergi noreh, nak pergi sawit. Nak pergi sabit rumput. Petik kopi. Melombong timah.
Jadi, bila adat dulu terbawak ke masa kini, orang sekarang kerja taklah seberat macam tu kan? Nak-nak anak-anak kecil ni yang lepas sarapan, terus menuju depan tv. Memang lemak bermaharajalela lah jawabnya. Mengadap pulak PS3. Kalau sarapan berat, kerja berat, tak ada masalah kot? Sebab, banyaklah kalori yang terbakarkan?
Jadi, siapa mainkan peranan penting sebenarnya dalam mencorak makanan seharian anak-anak ni? hehe Tetiba rasa macam perunding motivasi anak-anak pulak. Pendidikan dari rumah. Tapi di luar pun, turut sama.
Ialah, dulu tak ada McD, Kfc, Nugget, Kentang and bla bla. Sekarang ni, banyak dah makanan yang ready made. Frozen lagi kan? Nak-nak parents pun sibuk. Anak nak sarapan, tinggal goreng je kan? Alamak, laparlah pulak, tak bekpes lagi.
Dah-dah sambung lain kali. Jagalah pemakanan kita. Ambillah makanan seimbang. Terapkanlah pola pemakanan seimbang kepada anak sejak dari kecil yaw.
24 comments:
hargailah nikmat makan...haha..
memang dah byk nmpak budak obese,
yg ada tu bukan stakat obese, siap dah kena kencing manis, kesian kecik2 dah macam tu. ish2. ;)
makanan yang sihat untuk kesihatan yang sempurna
Errr.. risaunya..
nt lau ada anak tak nak la bagi dia gemuk cmtu..
n cik pulau sendiri pun tak boleh la nak gemuk kan..
hahah
sgt2 setuju...kena jg pemakanan anak2 ni.akak pun bkn langsung halang anak mkn fast food,tp kena kawal.takkan nak sekat terus sian kan?tp berpada2 la.2-3 mgu sekali tak salah.mcm lauk juga la..klu hr2 ayam pun kena tgk msk apa ayam tu.kulit pastikan dibuang dan segala lemak di buang..aduhh risau la anak terobes ni FS.anak sulung akak dulu debab,ambik masa hmpr setahun akak kecikkan bdn dia.paksa swimming dan cycling tiap ptg,gilir2 kan..br blh nmpk kurus sket,klu tak debab dan lemau jek dia.langsung tak cergas.
@H.Jhargailah nikmat sihat lah HJ..isk3
Syukur rasta sihat walafiat...
salam kenal dari rasta ..
saya ambil link....masukka dalam blog saya ...mintak izin dari oner blog nie tau,,,,
maaf dari rasta
makanan instant sekarang da banyak sangat, situ la yang menyebabkan kegemukan sebenarnya..
Anak sekarang memang mewah tapi ibu-bapa kena bijak menangani pemakanan yg boleh buat mereka obesiti.
Masa di sekolah kit dah tak nampak so kena selalu pesan dan beri ingatan...
bukan kakak2 je dipersalah kn... yg dah besar2 ni pun ade yg obese...hehe
=) makan banyak..keje pon kene banyak ah =)
hee..ikot cam sunnah rasulullah..
bekpes:
3 biji kurma+minum susu
taraaa! bole kurus juge..kiki..selamat beramal =)
jaga body tu pon adalah amanah dari tuhan untuk kita
kena sama2 bertanggungjawab la..baby masa kecik2 comella kalau chubby2.besar2..urgh~~
omak kalau dah sayang anok..huhu
saya rasa mak ayah kena main peranan penting
kena pandai la psycho anak kalau diorang xnak makan
macam mak saya dulu
kalau xnak makan lapar lah jawabnya
so,akhirnya saya belajar makan dan macam2 saya makan
jadi,tak adalah obesiti sebab makan ayam jer
:-)
Apabila Aku Meminati Drama Dan Filem Dari Korea Dan Jepun
mak ayah kena kawal pemakanan anak2 ye .. obesiti pun bahaya !
langkah pengawalan dan kesedaran ni perlu bermula dr umah. kalo dah ada kesedaran inshaallah xperlu la nk riso sgt2 hee
kalau kurus nk gemok..kalau gemok nk kurus..cmne tu??
pernah dengar ada oang cakap tiada makanan yang boleh menggemokkan dalam dunia nie. yang sebab gemok hanyalah sebab bad eating habit.
salah dua2..nak makan pon berpada2 la..si mak tuh jangan nak ikut anak sangat
oh~ hari2 cik Wardah makan nasi lemak... adakah cik Wardah obes?? hukhuk
budak2 ni kadangnya balik sekolah tu makan ngarut2 mak ayah keje kan.. kalo melampau sangat makannya tu salah budak la xbenti makan kih3
nasi lemak tu mmg xleh than huhuh
parent kena kawal, jangan nak ikut anak sangat.
Post a Comment