Stanza Cinta Tv3 Episod 4 | Download Link | fasihah.com


July 18, 2011

Stanza Cinta Tv3 Episod 4 | Download Link

Salam semua. Sebelum itu, saya mohon maaf lambat post hari ni.huhu Untuk semua peminat Drama Stanza Cinta Tv3. Alhamdulillah, akhirnya, kita berpeluang menonton cerita Stanza Cinta Episod 4 hari ni. Jadi macam mana perasaan?


Jadi buat penonton yang tidak berpeluang menonton Stanza Cinta tadi. Bolehlah download. :)
Episod 04 - 17 Julai

Kalau nak download daripada Episod 1, Nak download lagu tema, boleh terus ke SINI

Untuk membeli Novel Stanza Cinta secara online, boleh terus ke SINI. InsyaAllah urusan untuk mendapatkan online di sini lebih cepat kerana anda akan berurusan terus dengan penulis novel tersebut.




Hari ini,kita nampak cerita ni lebih berpengisian apabila Irfan pergi berjumpa dengan ustaz. Tapi comel betul bila Aaron Aziz kena sembahyang.


Hidup bukan untuk hidup,
Tapi hidupuntuk yang Maha Esa.
Hidup bukan untuk mati,
Mati untuk hidup.


Jadi yang menonton bagaimana? Dah  tahu tujuan hidup di dunia ni? Bukan macam Cik Ainon yang keje jumpa si Amir Maharaja Lawak tuh, minta jampi lah, tangkallah. Hai..itu rupe orang tak tahu agama dah tu..

Kita jangan takut pada mati,
Kita jangan lupa pada mati,
Kita kena rindu dengan mati,
Sebab mati adalah pintu untuk berjumpa dengan Allah.
Mati bukan pengakhiran,
tapi mati adalah awal cerita dalam hidup kita..


Antara kata-kata Umairah, kawan Amni yang menghidap kanser kepada Irfan. Hari ini, terasa kat hati pada sesiapa yang melihat dengan hati. Terasa sungguh indah hidayah Allah tu.. Bagaimana kita nanti? Sempatkah kita untuk u-turn? Berapa banyak dosa kita? Hidup kita bagaimana? Benar-benar Islam kah kita?


Mungkin ada antara kita yang mengatakan cerita ini tak best. Amni tak best. Suka dengan Aaron, tapi, lihatlah antara mesej yang ingin disampaikan. Saya cadangkan korang baca novel Stanza Cinta untuk mendapatkan feel yang lebih best. ;)


Syaitan pun sujud pada Allah, dia cuma tak sujuk pada Adam sahaja. Jadi kita manusia,kalau tak sujud padaNya, apa maknanya?


Hidup kita ni ibarat berjalan dalam gelap kalau tidak ada ilmu..


Kalau kita dapat seorang isteri yang solehah, kita umpama dapat separuh daripada agama. Menjadi cahaya dalam keluarga. Menjadi ketua bidadari untuk suaminya.. Ada banyak,tengok sendiri.huhu


tapi, sebenarnya apa Amni??huhu to be continued ;)

Share-share lah ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

Areyoudys said...

as salam..
pakcik tak pernah lagi tonton cerita ni..baca pun, baru jer mula..

memang ada pengisian Islamik untuk kita hayati, fahamkan dan amalkan..

alhamdulillah..moga lebih banyak novel dan drama begini diterbitkan.

=)

K said...

terlepas dua episod daa.. huhu T.T