Kisahnya : Auto & Manual | fasihah.com


July 18, 2011

Kisahnya : Auto & Manual


"Seha, Pak Ngah dah penat ni, mengantok pulak tu, ganti Pak Ngah drive."


Dalam hati aku,'ahh sudah, cikgu memandu dah suruh drive, nak test drive ke hape pak ngah aku ni..'


Innocent by amymarie408

"Alaaa pak ngah, saya tak pernah bawak kete beso, dahla saya kecik."


Pak ngah merangkap guru memandu aku pun cakap, "dah tu sampai bila? Ni lah masanya, bawak kete beso, dah lah kecik, bawaklah kete beso." kata beliau.


"Pak ngah, macam mana nak bawak, saya tak penah bawak auto masalahnye.."


Pak Ngah pun drive lah, sesampainya pekan lebih sikit, nak sampai rumah pun. Pak Ngah dalam kete, "adoii ngantok sangat ni, ala Seha, senang je ni bawak auto"


Dah mula rasa kesian, dahlah jauh memandu hari ni, kuar pagi sampai rumah dah petang. "Tak apalah pak ngah, cubelah."


Berhenti tepi jalan, memandu kereta Naza Citra dengan bangganya, sebab badan kecik. Pak Ngah pun ajar, tekan break, masuk gear, D. Aku pun buat..



Jalanlah kat jalan tu. Pak Ngah pun cakap, "kan senang kalau dari tadi nak. Pak Ngah boleh tidur dah kat belakang."


"Pak Ngah, apehal berat sangat ni. Adoii.."


"Auto memanglah berat.."


So, memandulah macam biasa, tinggal lagi 1 simpang nak sampai rumah..


"Tahu tak kenapa berat Seha?"


"Entah, air cond on ke?"


"Cuba tengok ni," sambil tunjuk hand break.


"Laaaaa..patutlah..hahahaha"


Turunkan hand break dan membawa Citra sesenang hatinya. Itulah, benda senang pun tak tahu. Auto yang senang-senang pun tak tahu, rugi betul. Bangga sangat bawak manual. haha 


Baru balik. off~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

18 comments:

Unknown said...

haha..eh2..aku dulu2 tak reti gak bawak auto..sampai sekang aku tak jadi pro kalo bawak auto

ct kektus said...

hehe.
kan dah malu tak angkat hand break. ;)



tapi, tetap nak cakap manual lagi seronok. lalala * sebab tak pernah bawak auto jugak.* ^^

Lydia Miza said...

aduhh naper tak turunkan hand break dik?hihi

akak ni klu org paksa bawa manual..menanges la.dah byk tahun tak bawa manual kot.3 tahun .dulu akak beli kereta manual...tp akak belasah kereta auto hubby..hihi.jahat kan?

syarifahsidrus said...

la,tak turunkan hand break ke..ehehe..patut berat

dah asyik bawak auto, tak reti bawak manual da~~

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

tu la... auto senang je kn.... tp obses sgt bwk manual...he3

Salim Harmanain said...

lepas ni jgn lupa turunkan brek ye.. :p

Hamba Ilahi said...

dah la kecik, bawak la kata beso, kata beliau..

hehe..alkisahnya sebab tak turunkan handbreak..

aamalinaazman said...

heeee~ sekarg dh tawu..heee..auto+manual! sangat bagus eha..huu..jeles...dah lupe bawa manual canne..heee

Solihin Zubir said...

ahahaha.. sy dulu pun camtu jugak..
x pnah bawak auto.. asik bwk manual je.. trus jadi terkial2.. smpai lupa tarikh handbreak.. jauh plak tu.. slamber je.. heheh.. lawak..

blog-tips-kurus said...

boleh tak nak amik refreshment class dgn beliau? serius ni! :-)

Ardini Humaira said...

dni kalo bawak auto, bila break je melambung penumpang miahahaha... pastu kaki sebok nak tekan cluth.. biasa merempit ngan manual pasalnya :D

Diana @ BKKC said...

seha reti gak bawak kete...akak...tak tahu....heheh..hari2 hubby anto..

Afikah Aziz said...

eh ika xtau pe2 psl ni sbb xreti bwk kereta hehe,malunye wawawa :p

merahitujambu said...

sy pernah cam tu..masa mula2 bawak keta..berasap ok..ahahaha..lawak sgt..nasib abah x bising..

Elly Jade said...

lepas habis test keta,4thn akk x bwk keta
pas2 bwk balik,pakai auto
trus lupa cmne pakai manual.hehe
ketar gak rasanya ni.haha

Areyoudys said...

as salam..
wah! auto pun..
adei..takpe. pengalaman itu penting

;)

by: fadzli-rt

Anonymous said...

haha..siyes kelakar.. :)

K said...

hehe, tak reti auto gak :P