Cinta : Memilih Pasangan Ideal | fasihah.com


July 16, 2011

Cinta : Memilih Pasangan Ideal


Selamat petang perempuan ayu dan jejaka macho maya sekalian! Peace yaw! ;)


Bila bicara mengenai cinta, berpeluh dibuatnya. Ni kes lepas baca entri dia lah ni tadi. Terus teringatkan 1 peristiwa. Peristiwa yang lebih kurang macam cerita dia jugalah. Ialah, kita, dalam mencari ni kan, bak kata ostad jiji geli-geli  tu mencari pelangi, kita naklah yang baik, kalau yang lelaki pula, nak yang solehah kan? Sejuk mata memandang, baik budi pekerti, aurat terjaga. Tak gitu?


Nak kongsi 1 cerita ni. Misi pencarian pasangan Ideal. Mr B dengan Miss G lagi ye.

love is a question by blahizmyname

"Awak, dah lama kita kawan. Awak anggap saya apa sebenarnya?" tanya Mr B.


"Anggap apa lagi? Kita kan kawan. Saya anggap awak sama macam kawan-kawan lelaki yang lain. Tak lebih pun." jawab Miss G.


"Takkan tak ada sedikit perasaan apa-apa kat saya?" tanya Mr B lagi.


"Ya, tak ada." jawab Miss G tegas.


"Kalau saya beritahu yang saya dah anggap awak lebih daripada kawan biasa macam mana? Awak, mana ada lelaki dan perempuan jadi kawan baik, abang angkat pun tak ada. Tak boleh. Yang halal kan hanya dengan pernikahan." tanya dan terang Mr B.


(Mr B merupakan seorang yang baik dan alim)


Miss G diam. Dalam hatinya berkata-kata. "Ya, aku memang sangat suka kalau mendapat suami yang baik macam kau Mr B. Tapi, aku tak layak dengan kau. Jauh langit dengan bumi beza kita." Tetapi tidak diungkapkan.


"Tak mungkin Mr B." jawab Miss G.


"Tapi kenapa. Kenapa? Boleh saya tahu kenapa tak boleh?" tanya Mr B.


Miss G hanya diam. Bagaiman harus aku katakan pada dia?


"Saya tak nak hubungan kawan macam ni. Saya nak ada ikatan. Ikatan yang sah dari sudut agama." terang Mr B.


"Tak mungkin. Itu tak mungkin." Miss G menidakkan.


"Ya, kalau tidak mungkin, kita patut berhentikan sahaja hubungan kita sebagai kawan ini. Tapi saya hanya mahu tahu, kenapa tidak mungkin." Mr B belum puas dengan jawapan.


----------


"Ok, saya tak rasa saya layak dengan awak. Awak boleh dapat jauh lebih baik daripada saya. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Saya tak layak." akhirnya Miss G menyuarakan isi hatinya.


Mr B terdiam. "Alasan..ramai orang suka cakap macam tu. Tak layak, lelaki baik untuk perempuan baik. Habis diri tu jahatlah? Kenapa tak diusahakan untuk jadi lebih baik? Saya tak suka orang bagi alasan macam tu." dan berlalu pergi.. 


Moral of the story : kita selalu nakkan yang baik. Tapi kita lupa untuk memperbaiki diri dahulu. Jadi, kalau dalam kepala nak pasangan yang baik, diri sendiri kenalah baiki dahulu. Jangan cuma tahu berdoa nak yang soleh wa solehah, tapi diri tak begitu. Kan? :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

11 comments:

Unknown said...

klau die tak nak ai nakla mr b tu

waaahhhh so sweeet

Hamba Ilahi said...

saya dah lama bercadang nak buat artikel yang isinya macam ini..tapi tak sempat lagi..takpalah..

btw, cerita tu sebenarnya kurang mendokong makna moral of the story yang (f/s) nak bawakan..

just my opinion..

al_hakim said...

kak..kenapa kisah ni hampir sama dgn kisah sy..=(

izuddinrahim said...

pasangan sebenarnya cermin diri kita. kan?

Elly Jade said...

dlm cte akak,akakla mr b
ms g x nak kat akak pun.haha :D

Unknown said...

terkadang kita terlalu mencari kesempurnaan sampai lupa kekhilafan diri..

syarifahsidrus said...

nak dapat yang terbaik kena ubah diri dulu menjadi yang terbaik

btw, thanks akak!

Areyoudys said...

as salam..
yup. memperbaiki diri..
saya pun tak fikir untuk mencari dalam keadaan masih belum bersedia.

apa yang dirisaukan bila keperluan ilmu tu tak cukup, bailtulmuslim yang dibina, terganggu dek tak punya pengetahuan cara nak mengatasinya..

single lebih baik dulu..

=)

Alif Haris said...

hehe yes ! nk cari yg baik kene la jadi baik jugak .. huhu

hurmm ni nk kene berubah jd baik ni .. hhuhu

zer0xs said...

kalau.. yang baik tuh yang baik... mcm mane nak balance.. supaya jahat jadi baik? @_@ kunpius....

K said...

kita perlu menjadi dengan lebih baik untuk mendapatkan sesuatu yang baik :)

p/s : kan bagus sama-sama ke arah yang lebih baik :)