Showing posts with label Lelaki Gentleman. Show all posts
Showing posts with label Lelaki Gentleman. Show all posts

November 17, 2011

Spontaneous Thursday #10 | Lelaki Idaman



Sangat ramai orang 'like' bila share di Fb.
Lagi seronok jika keduanya begitu bukan? ^^

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

October 19, 2011

Bagaimana Lelaki Menunjukkan Perasaan Kepada Perempuan Yang Disukai

Pada jam 7.00 pagi tadi

Berkenaan carian yang agak memuncak sejurus selepas aku bangun tidur pagi tadi. Sedikit sebanyak aku blur untuk menjawab keyword yang sebegini panjang sebenarnya. Lagi blur bila aku memang tak tahu jawapan, tambahan pula aku bukan lelaki. Jadi aku tak tahulah nak jawab apa kan.


Jadi, kebetulan, seorang daripada senior aku ada post satu video di Fb berkenaan tanda lelaki sayang. Boleh kalian melihatnya di SINI.


Bagaimana ya lelaki menunjukkan perasaan? Mesti lah dia caring, loving semua tu kan? Tapi pada waktu sekarang ni, dengan masalah sosial yang begitu meruncing, aku bukan takut apa, takut-takut, sayang tak berpanjangan. Sayang kerana nafsu, sayang membawa kepada kemaksiatan. Payah tu. Kesian kat baby-baby yang comel yang dibuang.


Tapi, inilah antara intipati video tersebut. Cuba layankan.


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.


Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.


Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!


Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.


Love is just a cup of coffee ?


Fuhh panjangnya!
Malas nak ulas panjang. Tapi, hati-hati dalam berkasih. Aku sedih tengok hari demi hari, banyak bayi baru lahir menjadi mangsa antara dua insan dalam berkasih. Kecik-kecik sibuk nak bercinta. hailaaa


Aku rasa, cinta tu tak salah. Cumanya, sebelum nak bercinta dengan manusia, jatuh cinta dengan Allah dulu, biar Allah tolong kita dalam kita jatuh cinta pada orang lain. Aku teringat kata-kata Wardina, "any man who dare touch you before married, go away".


Lagi 1 kalau nak tahu lelaki tu sayang ke tak, yang paling penting, bukan setakat pengorbanan air mata, wang ringgit tu, tapi pengorbanan nafsu itu penting. Ni belum apa-apa dah lebih-lebih mengalahkan orang yang dah kawin. Tapi lepas tu tak bertanggungjawab.


Entahlah, bagi aku, kalau belum bersedia nak pikul tanggungjawab, belum sedia untuk berkahwin, bercinta antara adam dan hawa bukanlah jalan terbaik.


Terjah sini http://solehin-bakri.blogspot.com/

Bukankah cinta itu indah? Cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan. Tetapi.. apalah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada Khaliqnya belum tercapai..?


p/s: erk panjang plak. Tak apalah, aku nak jatuh cinta dengan dia buat masa sekarang ni. Nak tahu sapa? Klik sini.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 28, 2011

Macam Mana Nak Buat Lelaki Jatuh Cinta

Morning everyone! Siapa yang tengah mood bercinta ni? huhu Pepagi bila tengok kat keyword.. wah menarik! Kerap kali keyword-keyword seperti ini singgah di belog ini. Dah macam blog doktor cinta gayanya uollz!


Mungkin sebab entri ni kot : Dah Jatuh Cinta Ke? Macam Mana Nak Tahu?


Soalan seperti ini mungkin lebih layak kalau diajukan pada mereka yang sudah bercinta, sedang bercinta, sudah berkahwin atau sedang memulakan jalan untuk membina rumah tangga. Tapi bukan saya. huhu Hang tanya aku, macam mana nak buat lelaki jatuh cinta. Memang failed lah! Aku kalau hang tanya oxymoron tu apa ke, corporate governance ke, aku boleh la jawab. hoho



Apapun, aku rasa pasti yang mencari ini perempuan, atau girls, atau wanita, atau muslimah atau yang bukan lelaki. Sebab dia nak buat lelaki jatuh cinta. Kalau lelaki yang cari, memang sah biul. GAY!


Senang cerita, macam ni lah, apa yang aku dapat simpulkan ..


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiaannya. (Hamka)


Rasanya lebih baik jawapan tu kan? Kalau nak kata kena cantik untuk buat lelaki jatuh cinta, confirm nanti ada yang berlebih-lebihan dalam menghias diri. Tak ke gitu? Tak perlulah nak seksi-seksi, nanti seksa. Kalau betul dia jodoh kita. Tak kemana punyalah! Cayolah cakap den ni haa..


Hehe, ok, nak ke kelas. PArt time blogger macam saya. Bila semester sudah bermula, memang blog ini hanya tempat untuk dibuka seminit dua. Jejak-jejak hanya terbalas mana yang sempat. Maaf sangat-sangat. Kerana saya berblog hanya suka-suka untuk berkongsi apa sahaja yang saya rasa saya nak taipkan! Ok? Selamat memulakan hari ini. Moga lebih baik daripada semalam! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 27, 2011

Cinta : Lelaki Yang Miang Ke Perempuan Yang Gedik? Hurm..


Selamat malam kakak cun, abang macho! euwww! Nampak macam panas je? Redakan rasa panas dengan tekan button kipas on, dan juga tekan remote aircond on. hehe


L.O.V.E by ~LullabyOfLilly


**********

Dua orang aweks menunggang motosikal. Seorang gaya macam tomboy seorang gaya artis hangat semalaya membonceng dengan hp di tangan. Mereka lupa, aku yang seorang blogger sedang menikmati angin petang di luar rumah di taman ini. Bila aku lihat, 'Oh bukan Islam agaknya, tudung ke mana entah.'


Tak lama aku memerhati kenderaan lalu lalang, ada ibu bapa membonceng bawa anak-anak balik sekolah. Budak-budak sekolah menunggang fixie menuju ke rumah masing2. Oh lupa, aweks yang dua tadi tu belum jauh dari pandangan mata ye.

Ada pulak 2 orang awoks menunggang motosikal, baju sama dah macam boria. Terdetik di hati, 'kompem baru balik kerja, masih pakai uniform.'

La, apesal pulaklah tersengeh2 depa tu sambil terhangguk-hangguk dan memandang sesuatu. Tak lama, dilajukan kelajuan motornya mengejar weks yang 2 orang tadi yang membawa motor dengan kelajuan tahap 40 km/j.

Didepan mata aku seorang pemerhati persekitaran yang indah ini, korang bercengkerama, ngurat mengurat ea. I wish they are not muslim. ngee boleh tak?

**********


Daripada kisah tadi. I wish they are not muslims. Really, I wish to. Sebab, aku rasa macam, murahnya maruah seorang perempuan di situ. Ingat dia twitter ke nak phewitt phewitt je nak kenal perempuan?


Tapi bila fikir balik, mana lelaki tu tak berani nak kacau? Sebab.. just look into their dressing. Bagaimana aweks tadi berpakaian, dan bagaimana perilaku mereka di atas motor itu. Itu yang membuatkan awoks tadi tu tertarik.


Lelaki pun dia mana tak suka benda free kan? Sebab itu dia dekat. Tapi, lelaki macam ni pun, patutnya malu juga lah, ingat perempuan je ke ada maruah? Lelaki pun sama, bila perangai gitu, rasa-rasa ada macam rupa lelaki-lelaki baik ke?


Memanglah, akan ada yang kata, 'ala, kitorang suka-suka je.' Terpulanglah, suka-suka pun, tu macam nak memuaskan hati seorang lelaki je?


Pokoknya, tak kira lelaki ke perempuan ke, kedua-duanya wajiblah menjaga batas pergaulan, jaga maruah diri dan keluarga. Janganlah nak tuding diri pada pihak berlawanan, sebaliknya tuding dan tilik diri sendiri dahulu, di mana silap kita.

p/s: maaf penggunaan aku pada yang lebih berusia. Dan maaf jika ada yang terguris atas bicara. Kerana kita manusia, sama-sama beringat kan? Siapa tak mahu menjadi baik apatah lagi yang terbaik bukan? Chill, coz u have been born to live life happily. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 16, 2011

Cinta : Memilih Pasangan Ideal


Selamat petang perempuan ayu dan jejaka macho maya sekalian! Peace yaw! ;)


Bila bicara mengenai cinta, berpeluh dibuatnya. Ni kes lepas baca entri dia lah ni tadi. Terus teringatkan 1 peristiwa. Peristiwa yang lebih kurang macam cerita dia jugalah. Ialah, kita, dalam mencari ni kan, bak kata ostad jiji geli-geli  tu mencari pelangi, kita naklah yang baik, kalau yang lelaki pula, nak yang solehah kan? Sejuk mata memandang, baik budi pekerti, aurat terjaga. Tak gitu?


Nak kongsi 1 cerita ni. Misi pencarian pasangan Ideal. Mr B dengan Miss G lagi ye.

love is a question by blahizmyname

"Awak, dah lama kita kawan. Awak anggap saya apa sebenarnya?" tanya Mr B.


"Anggap apa lagi? Kita kan kawan. Saya anggap awak sama macam kawan-kawan lelaki yang lain. Tak lebih pun." jawab Miss G.


"Takkan tak ada sedikit perasaan apa-apa kat saya?" tanya Mr B lagi.


"Ya, tak ada." jawab Miss G tegas.


"Kalau saya beritahu yang saya dah anggap awak lebih daripada kawan biasa macam mana? Awak, mana ada lelaki dan perempuan jadi kawan baik, abang angkat pun tak ada. Tak boleh. Yang halal kan hanya dengan pernikahan." tanya dan terang Mr B.


(Mr B merupakan seorang yang baik dan alim)


Miss G diam. Dalam hatinya berkata-kata. "Ya, aku memang sangat suka kalau mendapat suami yang baik macam kau Mr B. Tapi, aku tak layak dengan kau. Jauh langit dengan bumi beza kita." Tetapi tidak diungkapkan.


"Tak mungkin Mr B." jawab Miss G.


"Tapi kenapa. Kenapa? Boleh saya tahu kenapa tak boleh?" tanya Mr B.


Miss G hanya diam. Bagaiman harus aku katakan pada dia?


"Saya tak nak hubungan kawan macam ni. Saya nak ada ikatan. Ikatan yang sah dari sudut agama." terang Mr B.


"Tak mungkin. Itu tak mungkin." Miss G menidakkan.


"Ya, kalau tidak mungkin, kita patut berhentikan sahaja hubungan kita sebagai kawan ini. Tapi saya hanya mahu tahu, kenapa tidak mungkin." Mr B belum puas dengan jawapan.


----------


"Ok, saya tak rasa saya layak dengan awak. Awak boleh dapat jauh lebih baik daripada saya. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Saya tak layak." akhirnya Miss G menyuarakan isi hatinya.


Mr B terdiam. "Alasan..ramai orang suka cakap macam tu. Tak layak, lelaki baik untuk perempuan baik. Habis diri tu jahatlah? Kenapa tak diusahakan untuk jadi lebih baik? Saya tak suka orang bagi alasan macam tu." dan berlalu pergi.. 


Moral of the story : kita selalu nakkan yang baik. Tapi kita lupa untuk memperbaiki diri dahulu. Jadi, kalau dalam kepala nak pasangan yang baik, diri sendiri kenalah baiki dahulu. Jangan cuma tahu berdoa nak yang soleh wa solehah, tapi diri tak begitu. Kan? :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 21, 2011

Macam Mana Nak Tahu Lelaki Suka Pada Kita?

Assalamualaikum to all my beloved readers and fellow friends! :) Sementelaah petang-petang yang hening di kampung halaman ni. FS pun klik-klik lah page mana-mana yang patut. Teringat nak lihat keyword. Eh eh, ada kata kunci 'Macam Mana Nak Tahu Lelaki Suka Pada Kita?'

hahaha Dah macam belog Dr Cinta. FS layak ke nak bagi nasihat cinta kat korang ni? Adoyai.. Kalau nak nasihat  yang bernas tentang ini, cuba tanya dia ni yang mungkin lebih berpengalaman. hehe Juga mungkin tanya dia ni, banyak tips dia ada.



Apapun, FS ada sedikit tips untuk dikongsikan macam mana kita nak tahu seseorang itu telah jatuh cinta pada kita. Dalam banyak perkara, FS dah kaji, inilah petanda terbaik yang menunjukkan seseorang lelaki itu benar-benar sudah jatuh cinta terhadap seorang perempuan.

Bukan macam kat cerita tu selalu..

Kalau adinda tak percaya, operate lah dada, X-ray lah hati.

Oh.. ini tidak perlu. Yang ini juga bukan..

Ibaratnya, mandi tak kenyang, makan tak lena, tidur tak basah, ingat awak sentiasa.

Haih, parah kalau yang begitu... Bagi FS, 1 benda penting yang menunjukkan lelaki itu benar-benar dah jatuh cinta menurut ujikaji yang telah FS jalankan.

Lelaki tersebut akan meminta izin untuk berkawan dengan perempuan yang disukai dengan berjumpa kedua ibubapa perempun tersebut ataupun menelefon kedua ibubapanya terlebih dahulu.  

Ha, ada rupa lelaki gentleman tak?hehehe Amacam? tips ni cukup tak untuk menjawab persoalan anda yang mencari jawapan 'macam mana nak tahu lelaki suka pada kita?' nie? hehe

Maaflah, pada yang mencari jawapan tu, FS tak dapat nak bantu. Ini sahaja yang dapat FS bantu. Sebab Fs tak ada pengalaman lah. Apapun, kalau rasa macam dah jumpa Mr Right and Mrs Right tu, berdoalah kepada Allah moga jodoh kalian panjang. Ada jodoh tak ke mana bukan? ;)


Terima kasihh sudi baca. Kalau suka boleh like =)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 16, 2011

Memang Macam Itu Ya?

Berkenaan entri yang sebelum ini. Aku Anti Lelaki?? Ramai yang memberikan komen dan nasihat. Ya, aku terima. Ada juga yang menghentam aku. Haha Well, kita kena terima. Benar, pendapat orang berbeza-beza.

Cuma, 1 perkara. Terkadang, kita suka membuat andaian dengan 1st impression yang kita nampak kan? Walaupun kita tak lihat lagi isinya apa dia. Begitu juga manusia. Aku juga tak lepas daripada melakukan perkara sebegitu.

Apa yang aku lihat melalui entri tadi, tajuknya sangat dapat menarik orang untuk membaca, tetapi....

Tetapi ada yang aku rasa sedikit terkilan, kerana cara dia menasihati aku, seperti dia langsung tidak membaca entri tersebut. 

Aku tak kata aku benci semua lelaki. Aku tahu, ayah aku lelaki, abang aku lelaki. Memang lelaki dan perempuan tidak boleh dipisahkan. Kalau tiada lelaki, tiadalah perempuan, begitu juga sebaliknya.

Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan.

Sedikit kecewa kepada mereka yang terus melulu melemparkan komen negatif. Apapun, itu semua, biasa, dalam hidup ini, kita memang selalu membuat judgement by 1st impression. Biasalah tu, orang kata, tak kenal, maka tak cinta kan?:)

Apapun, lelaki dan perempuan tak baik anti meng-anti. Stereotype ini tidak baik. Chill :)

p/s: apapun aku tetap tak suka lelaki playboy. Dermm

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Aku Anti Lelaki ??

Assalamualaikum semua. hye cute and handsome readers! Oh My God.. Baru kenal semalam nak masuk meminang? How dare you to ask that kind of question? Haha Ok, nak tanya lah kan, ada tak sesiapa yang pernah rasa nak lari daripada seseorang? Especially for girlsss, they want to escape from BOYSSS. Sungguhlah, this kind of BOYSS they are desperate or what?

Ini pengalaman sebenar. Bila musim belajar kat Universiti ni, confirm, siapa yang single mingle lagi, ramai yang kena terjah. Apa tak nya, yang dah 'berpunya' pun kena terjah kan? Habis terumbang-ambing 'rumah tangga' depa! Kat U ni lah kan berlakunya fenomena..

" Jom masuk kelab ni, boleh tambah kawan."

Ada masalah dengan statement tersebut? Tiada, tapi, berhati-hatilah dalam berkawan. Tak salah nak berkenalan, tapi jangan lebih batas lelaki dan perempuan. Lagi 1, niat bila nak pergi ke sesebuah program kenalah betul. Jangan kau pasang niat, "aku nak pergi program minggu ni lah, presiden tu handsome lah". memang aku cakap terus terang, kau menempah maut! Kau dapat apa berprogram nanti kalau letak niat macam tu? Dapat tengok that mamat saja lah pun.

Satu fenomena popular bila memasuki sesebuah kelab di Universiti.

(tiba-tiba in a relationship with abu dalam facebook)

Kawan: Eh, sejak bila minah ni ada 'pak tua'?
Aku: Mana kau tahu? Suka-suka serkap jarang kau!
Kawan: aku tengah tengoh FB dia ni. (stalker lagi dia nie..haih)
Aku: Siapa 'pak tua' dia?
Kawan: Abu
Aku: Siapa pulak tu?
Kawan 1 Kelab Dengan Minah: Oh, Abu ke? Ala, tu budak kelab tu.
Aku & Kawan: OOoooOOOOoooo...........
Kawan 1 Kelab Dengan Minah: Baru lah tu, baru 24 jam.
Aku & Kawan: iya kah? (speechless)


Sekelas dengan pelajar daripada jurusan lain dalam sesuatu subjek merupakan perkara biasa. Fenomena yang memang biasa pula terjadi apabila pelajar dikehendaki membuat assignment dan projek di dalam kumpulan. 

Bagi mereka yang anti lelaki macam aku sudah pasti memilih untuk berkumpulan dengan gigirls sahaja, tapi kadang kala dan selalu juga, kami diamanatkan untuk bekerjasama dengan lelaki. Apa kau fikir aku suka? Sungguh aku paling suka benci.Rasa macam nak drop terus daripada mengambil mata pelajaran tersebut.

Ini rentetan kisah daripada fenomena ini. (baru sahaja terjadi)

(sedang berdiskusi sesama ahli kumpulan di Library)

Lelaki 1: Nanti pasal video tu, Lelaki 2 setelkan. Nanti saya pas kat awak.
Aku: Ok, nanti kalau kau dah siap. Bagi kat aku.
Lelaki 1: mintak no hp. Nanti ada apa-apa hal, senang nak contact.
Aku: No hp?
Lelaki 1: ialah, kalau tak macam mana nak bagi video suruh edit nanti?
Aku: Ok, nah.

Lelaki 2 juga begitu. Tapi yang ni akutak kisah, Dia memang contact aku untuk setelkan kerja sebelum kejadian sahaja.

Sejurus selepas selesainya kerja kami berkumpulan. Sepatutnya, tiada lagi urusan antara kami. Betul kan? Tapi sebaliknya..

Tet tet tet tet (bunyi hp nokia 3110 aku)

Dalam hati, (siapa pulak bagi mesej malam-malam macam ni?)

Lelaki 1: Awak, siti tu dah tunang ke? Saya nampak ada cincin kat tangan dia.
Aku: Yup. Kenapa?
Lelaki 1: Tak ada apa, saja tanya, awak pulak macam mana? Dah tunang?
Aku: (what's the problem mamat ni?!) Belum lah. (dah tahu tak ada cincin lagi nak tanya, aku rasa macam nak sekeh ja)

Masa ini sudah rasa tidak selesa. Cliche lah kalau kau sengaja nak ajak-ajak borak macam tu kan? Kau fikir kau budak Engin***ing kau marketable? Kau fikir semua orang tak tolak cinta hati perasaan kau? Silap orang lah beb.. Aku tak berkenan cara kau. Ok, sambung lagi.

Lelaki 1: Kalau ada orang nak masuk meminang terima tak?
Aku: (ape kes mamat nie?) Tak pernah buka audition lah pulak siapa nak masuk meminang aku.
Lelaki 1: Kalau saya pinang awak terima tak?
Aku: (mamat ni gila apa kah? aku kenal dia tak sampai berapa jam, kau dah nak ajak aku kawin? sungguh GILA. Tiada word lain yang lebih sesuai selain itu.) Sorry, aku belum nak kahwin.
Lelaki 1: Awak ni, lambat betul lah reply mesej. Pakwe awak tak marah ke awak reply mesej dia lambat?

Sorry lah der.. Aku tak boleh terima lah cara macam ni. Dah habis kerja aku yang kena setel dengan kau. Tak perlu lah nak kacau aku lagi. Dan seterusnya, aku biarkan sahaja segala mesej ataupun call daripa Lelaki 1. Itu jalan yang paling bagus. Aku pun tak pernah simpan nombor kau sebenarnya.

Tapi masalah problem kalau 1 kelas, sebab aku kena jumpa dia setiap kelas. Gila menyampah. Secara tipikalnya, aku memang tahu kau ada aura kasanova, playboy dan buaya darat. 

Sedikit pengalaman aku..

Bila masuk U ni, memang macam-macam orang jumpa, nak-nak U aku ni international, nak yang hidung mancung, putih melepak, semua ada. Tinggal nak pilih sahaja. Dan ia menjadi 1 fenomena untuk pelajar U mempunyai 'buah hati' ulam jantung pisang kat U ni. Kat U aku, fenomena yang agak fofular, kahwin muda. Haha Nasib baik tak ada polisi wajib kawin awal. Kalau tidak, dah lama aku kena dismiss entah-entah bar terus.

Aku nasihatkan, pada mana-mana perempuan yang tak nak kena kacau, kalau ada lelaki kacau, ikut step-step ni..
  1. Tak payah layan. Biarkan, buang segala mesej, call, jangan simpan no dia.
  2. Cakap sahaja kau orang dah ada pakwa. Selamat. 
  3. Tak pun, bila depa kacau, habaq kat abang korang, suruh bagi warning kat that guy. Confirm tak berani kacau.
  4. Kalau tak makan saman jugak, kau orang lodge polis report sahaja. Menggugat ketenteraman diri kau kan?
Aku rasa itulah yang terbaik. Rimas kau tahu kena kacau macam tu? Unless memang sama-sama suka melayan. Itu tak ada masalah. Apa-apa jadi selepas itu sendiri tanggung lah der. Aku sungguh tak sokong kau nak rapat-rapat sangat dengan people yang kau baru kenal. Entah apa niat dia kat kita.

Haih..panjang pula cerita kali ini. Apapun, secara kesimpulannya, aku bukan anti dengan semua lelaki.. tapi aku anti dengan lelaki playboy ni. Kadang kita tahu depa dah ada makwa, tapi sibuk-sibuk nak kenal kita. Pergi jalan laa.. Aku tetap setia dalam diam tunggu dia nie..


Just joking lor... Tetaplah, kena tumpukan study dulu. Ini cerita tolak tepi. Tapi, macam mana nak tahu lelaki gentleman ke tak ye? Aku cerita fenomena ni, sebab terbaca entri cambest di blog [kAtEk]. Mari terjah!

Sila klik gambar untuk terbang ke entri beliau yang cambest tu.
Notes:
Pada gegirls yang belajar di U, jangan mudah memberikan cinta anda pada lelaki. 
Jangan mudah meluahkan kata cinta. 
Jangan mudah tunduk dengan mereka.
Jangan kau terlebih lembut gedik dengan mereka.
Jangan kau merendahkan maruah kau sebagai seorang perempaun. Ini yang paling penting.


Kalau suka, boleh like. ;)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 4, 2011

Macam Mana Nak Tahu Lelaki Gentleman Atau Tidak

Assalamualaikum semua. Selamat petang. Hehe Tajuk tu macam tengah desperado nak cari suami. Dok aih. Saja nak keluarkan buah fikiran kejap. Cuti-cuti ni santai-santailah sikit kan? Hehe

Lecturer FAF ( Financial Accounting Fundamental) kata :
Lelaki yang gentleman adalah mereka yang dahulukan perempuan daripada diri dia. Seperti membuka kan pintu sebelum masuk restoran, membukakan pintu kereta, tolong angkat barang.
Dan lelaki tersebut tak pilih kasih. Tak kira perempuan itu seorang ibu atau nenek, dia tetap dahulu kan perempuan.

Permasalahan di sini. Lecturer aku tu, dia nampak lelaki gentleman ni waktu dia belajar kat oversea dulu nu ha. Patu dia nak bandingkan dengan masyarakat Malaysia. Aih, payah lah nak cari wey. Eh, tapi ni kalau laki baca, takut aku yang kena balik. Sebab ramai lelaki rasa dia gentleman. Hehe

Nak tahu? Ada lelaki yang gentleman pura-pura sahaja. Siapa?
Ini ialah mereka yang masa kenal dengan perempuan yang dia suka automatik jadi gentleman. Pergh.. dia lah bayar. Dialah buka pintu kereta, dialah bawa barang. Padahal kat umah, barang mak pun tak pernah tolong bawakkan! Yang ni memang sah Gentleman pura-pura.

Yang ini, harap maklumlah. bahaya buat suami wey. Time bercintan cintun je nampak gentleman, nanti dah beranak pinak, kau kau aku aku. Ahha sudah. Ketap gigi jela jawabnya.

Kang kalau minta tolong dia jawab "haih, awak ada tangan ada kaki, bawaklah sendiri". 


Time macam ni kalau boleh putar balik masa, si isteri mesti rasa tak nak kahwin je dengan si suami dulu kan. hehe


Tapi kan, bagi aku, seorang lelaki yang gentleman ialah ..

Mereka yang tahu agama dan bila nak kawan lebih rapat dengan kita, terus minta green light daripada parents kita.

Pergh...menunjukkan dia memang seorang yang berani. Straight call mak ayah tanya nak kawan dengan anak dia boleh ke tak. Huhu tak payah penat bercinta lah. Tu ha, bercinta pun gentleman pura-pura. Apa barang. hehe

Semalam jumpa kawan. Mak dia pesan, kalau nak cari bakal suami atau isteri, doa dan minta pada Allah. Doa minta yang terbaik, sebab Allah tahu siapa yang terbaik buat kita. Chill! ;)

Tapi, citarasa orang lain-lain, anda rasa  apa kriteria lelaki gentleman?

Tapi sebelum tu, rasa dia gentleman. haha tiba-tiba.

Asyraf Muslim. 
Gurau-gurau je lah. Aku tahu, ramai peminat dia. Bukan apa, ramai orang suka bila dia dah jadi ustaz sekarang. Aku pun suka gak. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^