Jom Jadi Cantik! | fasihah.com


April 6, 2012

Jom Jadi Cantik!

Siapa yang tak suka orang cantik? Tipulah tak suka. Tapi yang cantik tak semestinya dah cukup baik kan? Siapa suka orang handsome? Memanglah ramai orang perempuan yang suka dan kalau boleh nak pasangan yang handsome. Betul tak? Tapi handsome pun, tak semestinya dia berani ke hadapan jadi imam. hehe 

Jadi, ramai orang yang sanggup berhabis duit nak kelihatan cantik. Suntik sini dan sana. Pakai susuk. Eh ada lagi ke zaman ni? Tak payahlah, susuk ke sudu ke sudip ke, tu antara orang yang tak tahu nak bersyukur lah tu.

KECANTIKAN YANG ABADI TERLETAK PADA KEELOKAN ADAB DAN KETINGGIAN ILMU SESEORANG, BUKAN TERLETAK PADA WAJAH DAN PAKAIANNYA. (HAMKA)


Cantik tak kekal. Yang kekal amal.
Jasad tak kekal. Yang kekal ruh.
Harta tak kekal. Yang kekal amal jariah.


Hari ini, kita sebagai pemandu kenderaan kita. Ramai daripada kita yang tersilap. Kita sibuk berhabis duit nak sentiasa membuatkan kereta kita cantik, terjaga, bersih, modify sana modify sini. Tapi kita lupa, sepatutnya, kereta tu yang kita patut bawa ke arah jalan yang betul. Jalan yang kita nak tuju. Pemandu itu ialah ruh. Dan kenderaannya pula jasad. Dan nanti, sampai ke destinasi, amalan yang akan ditimbang.


Salam Jumaat semua! Dah baca Al-Kahfi untuk hari ni? :)



Antara Sunnah menyambut hari Jumaat ;
 
1) Mandi sunat hari Jumaat
2) Memakai pakain yang terbaik. Sunnah berpakaian putih.
3) Berwangi-wangian menggunakan haruman atar dan haruman lain.
4)Memotong kuku dan mencukur dan menggunting bulu yang dibolehkan.
5)Bersegera ke masjid
6)Perbanyakkan Zikir, Istighfar,selawat dan berdoa
7)Memberi perhatian kepada khutbah yang disampaikan.


Dan lelaki yang sangat sentiasa handsome ialah bila dia pergi awal ke masjid dan tak tinggal Solat Jumaat! Setuju? hehe :)


Jom like~ :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

4 comments:

Anum said...

good entry :)

Kakzakie Purvit said...

Sampai sanggup cucuk sana-sini semata-mata nak cantik luaran ye.. dalaman tak nampak itu yg tak tersuntik-suntik pun nak jadiyg terbaik...

muhasabah diri kita selalu dik...

Solihin Zubir said...

Allah tak pandang kecantikan Body.. Allah pandang kecantikan budi...

Anonymous said...

kebaikan dalam hati itu lebih penting..

memang banyak lelaki tak solat jumaat..tak mungkin itu dapat di nafikan.