9th Interschool Debate [Part 2] | fasihah.com


April 14, 2010

9th Interschool Debate [Part 2]

Assalamualaikum sahabat-sahabat bloggers, readers sekalian...
Semoga anda semua sihat hari ini!
Semoga anda semua ceria hari ini!
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam hendaknya!
Amin....

Okeyh, hari ini, 14hb April 2010, Cik Fasihah kembali lagi dengan entri kedua untu INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP kali ke9 di UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA.

Okeyh, ni nak cerita semalam apa Cik Fasihah dah buat..


Macam biasa,  orang-orang bawah WELFARE akan berkumpul di moot court dahulu sebelum memulakan apa-apa kerja atau sebarang aktiviti. Ini kerana ahlinya yang ramai, dianggarkan seramai 120 lebih, walaupun sebenarnya, biro ini memerlukan lebih kurang 168 orang untuk memandu pasukan participants semasa hari pertandingan nanti. Ye, tidak ketinggalan juga, students from IIUM Kuantan also become committee, sangat salute mereka kerana sanggup datang Join program kat Gombak!

Okeyh, sekarang, anda nampak orang lelaki seorang yang berdiri di atas pentas itu? Dialah Head Welfare. Brother Fasha. Nama penuh? saya tak tahu. No telefon? ada, ada..mahu??hahaha [hanya untuk kepentingan sejagat saja itu] hahaha

Okeyh, semalam, kata nya kena berkumpul pukul 10, ni nak habaq mai, saya datang pukul 9.50 tue...dah kena tunggu lebih kurang setengah jam gitu, biasalah tue..orang kata..apa?[janji melayu, yeke??] haha apa-apa ajalah. Okeyh, untuk pengetahuan semua, WELFARE ni, ada lagu tau, maka sebelum memulakan sebarang aktiviti, kami akan menyanyikan lagu WELFARE....

APA YANG PENTING?
KERJASAMA....
APA YANG PENTING?
KERJASAMA...........!!

KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT
BILA BEKERJASAMA
SEMUA JADI MUDAH....


YEY...........
WELFARE............................!!!!!!!!!
YEY!!


Ha, ni berdiri nie, tengah menyanyikan lagu rasmi welfare!hohoho
[okey,mintak perhatian ye, lagu WELFARE ni, rentak dia, sama dengan lagu WONDERPET! hahaha ni lagu turun temurun katanya. haha, iyekan sajalah.....]

Okeyh, aktiviti semalam dimulakan dengan mengemas tempat berdebat bagi kategori ENGLISH di ENGINIUS punya kuliyyah..[pelik ke nama tu??Kuliyyah ENGINEERING ye, harap maklum]


Okeyh, ada 5 tingkat semuanyahoho penat! itu sahaja yang boleh saya kongsikan, sebab kat sini ada 25 kelas yang perlu disusun sebagai tempat berdebat.


Okey, gambar di atas adalah susun atur di bilik PERDEBATAN, kira SIDANG PERDEBATAN lah tu. Maka, 2 meja di depan itu adalah akan menjadi antara meja2 penjaga masa dan juga Yang Berhormat. Itu nanti kerja bahagian WELFARE lah tu, keje tekan loceng saja! Kali ini, belum dapat merasa jadi hakim lagi laa...3 meja yang mengadap whiteboard tu, adalah meja hakim. Sebelah kiri Kerajaan Dan Kanan pula Pembangkang. Sebanyak 25 kelas disusun seperti ini. 



Sementara menunggu arahan seterusnya, maka kami berehat seketika! kandid2..huhu

Tengahari?kami berehat, makan dan solat di masjid. Makan free tau sepanjang Debate dan preparation untuk Debate nie. hehehe [seronok bila dapat makan free,sapa lah tak suka kan??hehe]

Selepas solat, kami meneruskan kerja-kerja penyediaan sidaang debat di KAED pula, Kuliyyah of Architecture. Kat sini, seronok sikit, sebab kuliyyah dia cantik. iyela, budak arkitek lah katekan...huhu ^___^

Okey, kat KAED nie, ada 18 kelas semuanya yang perlu di susun. penat angkat meja and kerusi yang agak tak berapa ringan itu!huhu sakit tangan den...

Sejurus selepas selesai kerja di Kaed, macam biasa, WELFARE people, kena gather kat moot court, check nama, pastu...semalam, dorang tanya saiz baju dan nak handle debat bahasa apa. Of coz la..i choose BAHASA MELAYU! sayakan debator BM[ex-debator,hoho] , tak kan nak amik English kan. Tapi masa Head tanya, dia guess saya nak amik English, and dia ingat saya nie dak LAW! o ow..i'm not, i'm not..huhu ECONS okeyh! [aku berdoa, agar dapat Debat Bm, sebab ramai yang nak BM!ah tidak2..huhu]

Okeyh, solat asar, dapat makanan, dan pulang ke mahallah masing-masing. Malam tadi, sempat keluar g Ong Tai Kim, ni gara-gara nak cari penyapu bilik, sanggup pi OTK(Ong Tai Kim). Dengan beberapa orang lagi kawan. huhu Pakcik driver bas tu pun pelik kitorang p OTK malam2. hahaha redah ajela..siang tak sempat lah pakcik..huhu

hari ini, Kena buat persiapan kat Bangunan ADMIn dengan IRK, dan petangnya.......................masa yang di nanti-nantikan! Demo debat dan penerangan pemberian markah, dan macam mana nak komen. saya nak bawak cyber-shot lah hari nie, nak rakam demo debat tu nanti!huhu

Oklah, berhenti di sini dulu, pukul 10 karang nak mula tugas dah. Jumpa lagi di entri seterusnya. (",)

Wassalam....


If God brings you to it,
He will bring you through it.
In Happy moments, praise God.
In Difficult moments, seek God.
In Quiet moments, worship God.
In Painful moments, trust God.
In Every moment, thank God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

Faisal Arrifin said...

ada part time tak???? kah3...
mesti best kan busy macam tu, lepak dgn kawan2, buat kerja, penat....
bestnya....

Fasihah Supian said...

huhu..penat tapi seronok!
lau ada event macamni, boleh la jOin ye encik Faizal. =) part time tak de lah pulak, kalau ada nanti lain kali, aku announce ah kat blog.huhu ;)