PMR #1 :
Di pintu pagar besi sekolah
Aku lihat muka kawan-kawan aku pucat lesi
Aku dengan 'cool' memegang prinsip
'Kegagalan Mengajar Hati Lelaki Mendewasa'
PMR #2 :
Sebentar lagi kertas matematik
aku lihat ramai kawan sibuk mengira
Buku matematik di beg aku keluarkan
lalu aku 'baca' buku tersebut
kepala bana apa baca buku matematik?
PMR #3:
Kertas bahasa arab ada karangan
aku berjumpa ustazah
bertanya tentang soalan 'spot'
ustazah memandangku lalu bertanya
"kamu mahu meniru ya?"
kantoii sudaaaa....
![]() |
| EXAM TIME -_- by ~punyaan |
PMR #4:
1 jam sebelum peperiksaan bermula
aku khusyuk menelaah sejarah
datang seorang kawan lalu berkata
"eh lepas ni paper geografi kan? kenapa kau baca sejarah?"
PMR #5:
selesai kertas sains
aku terserempak dengan cikgu sains
lalu dia bertanya
"senang soalan?"
aku menjawab dengan penuh konfiden
"senang! saya gerenti betul semua"
cikgu tersenyum bangga dan menasihati supaya jangan terlalu konfiden
aku mengangguk dan berkata
"jangan risau cikgu, bab reproduksi x mungkin saya salah. cuma yang lain saya x jawab"
PMR #6:
melihat kawan sibuk menelaah angka dan X Y
hairan lihat dia menghafal angka tersebut
dengan penuh tanda tanya aku bertanya
"weyh kau hafal formula math ape weyh?"
dengan selamba dia menjawab
"aku hafal jumlah kromosom la mangkok"
PMR #7 :
Zaman aku PMR cukop 'Cool'
tidak ada guru yang mendesak 9A
pesan setiap guru ialah buat yang terbaik.
kerana ilmu untuk dimanfaat bukan hanya terpahat
sebagai pameran dan perhatian
sebaliknya untok di amal
dan beramal
Idea asal : Ahmad Saiful Anwar Arrifin (Cikgu sejarah aku!)
p/s: rasa menarik? kongsikan ;)
