June 19, 2012

Jangan Biarkan Hati Ini Mati

Hati sebagai center jasad manusia. Hati tempat jatuh bangunnya kekuatan dan semangat. Hati dan Iman. Hati dan keikhlasan. Hati dan cinta. Hati-hati di jalan raya. Bahayanya hati bila biarkan ianya kosong tanpa makanan rohani. Hati jangan dibiar mati, kerana hati jendela hidayah. Sungguh peranan segumpal daging ini sangat besar kan?


"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati."
(HR. Bukhari-Muslim)




Bila hati itu tiada lagi naik turunnya, maksudnya hati itu mati. Jangan menjadi orang yang cilaka bila mana harinya hari ini lebih buruk daripada semalam. Allah.. Ayuh! jadikan hari ini lebih baik!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 14, 2012

Berkat Kesabaran Membuat Meringue Berhasil!

Awak suka puding caramel? Kalau awak suka, awak patut suka Kek Karamel!hehe Semalam bertekad nak buat kek karamel. Ni semua gara-gara kak ngah jiran sebelah yang buat entri kek karamel sakura dia. Terus rasa nak cuba! Pulak ada guide dari kak Adish Shida yang tunjuk kat Dapur KakZu ada link step by step, tak fikir panjang dah, memang ikut step by step! 


Tapi sebab ada dua pilihan warna je kat rumah, koko dengan rose, so tak lah berwarna-warni sangat! Plan sebelum balik kampus ni nak buat lagi sekali nak bagi jiran-jiran sebelah menyebelah tu. Kalau rajin...hehe


MERINGUE

Cream of tartar benda penting nak buat Meringue ni. Sib baik senang nak jumpa. hehe Tapi... Part nak buat Meringue ni yang paling kena bersabar sebenarnya, kalau tahu nak cepat je, mungkin dah boleh putus asa nak buat kek tu. Tapi bila dia cukup kembang, memang best! Bila kita terbalikkan bekas tu dia tak jatuh, seronok hey!hehe


So, sebab semalam sangat bersabar, tak ada pula ambil gambar masa membuat tu. Ada snap gambar masa dah hidang bagi Mak Abah rasa je lah. Sebab nak post gambar kat kakak yang tak berapa dekat, tak dapat nak bagi dia rasa. Bagi tengok je lah. hehe =D

Kek Karamel

Part paling cuak memang masa nak terbalikkan kek tu, haha cuak!! Takut melekat, alhamdulillah....berjaya! hehe Saya guna fully resepi kat DAPUR KAKZU nie. Nie resepi dia!

KEK KARAMEL

( loyang 8 @ 9 inci )

bahan bahan

GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
Jadikan gulakan gula hangus.Ratekan pade keseluruhan loyang supaye kek tak melekat pade loyang

Bahagian atas ( karamel )
1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
kacau sebati..kacau dngn perlahan


Lapisan kek (A)
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak

1. Putarl telur kuning,air dan minyak dan gula hingge kembang
2. Masukkan tepung yng dicampur baking powder.
3. Biarkan sebentar

Meringue (B)
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim tar2
pukul hingge kembang dan tak menitis..

campurkan A dan B..KACAU DNGN TANGAN..kaedah kaup balik

1. Masukkan karamel dalam loyang
2. Masukkan adunan kek yng telah diwarnekan.
3. Panaskan oven selame 10 minit .
4. 40 minit pertame gune api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pade suhu 180 darjah
5. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunekan air panas.
**Guide step by step di FB DAPUR KAKZU


Sedap-sedap, saya suka buat dan suka makan! hehe
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 13, 2012

Kampung!

**lap-lap habuk kat blog. Oh lamanya kita tak bersua. Adapun entri-entri yang muncul selama beberapa minggu ini merupakan entri otopublish. haha Kekangan masa membuatkan blog terpaksa diketepikan buat sementara waktu. Fuhh, cuti dah 5hari kat rumah baru jenguk blog! Apa punya tuan ni, almaklumlah, balik cuti, pulak balik kampung. Mestilah memanfaatkan masa yang ada. 4hari penuh dengan aktiviti yang bermanfaat! Jom layan gambar je lah! Tak tahu nak start dari mana sebabnya. ._____.


1st day home! Best semua kumpul, cucu-cucu semua balik! So, sempena konon-konon menyambut hari bapak-bapak, kita pun putuskan nak buat Family BBQ Night!


Nak dijadikan cerita lepas masak lunch tengahhari tu, kita peraplah segala udang, ayam, sotong, ikan pari dan sewaktu dengannya! Campur semua dalam mesin blender, kasi blend semua! Sementara menunggu malam, waktu petang tu, beriadah dengan anak-anak buah. NAik basikal beramai-ramai pi tengok lembu! hehe

Kakak Long dengan Aisyah mendekati lembu. Si Wafa tak berani turun. hehe

Tunjuk hero lah tu!

So, balik dari bermesra dengan lembu-lembu peliharaan Pak Cik Lehan, kita buat bara api.. Malam yang dinantikan, seusainya solat Maghrib, semua pun menuju ke laman rumah. BBQ Time!!!!!

Yang berbungkus tu Ikan Cencaru. Yang dekat lidi satay tu sotong dan kemudian itu ketulan ayam-ayam.

Walaupun angin sangat kuat malam itu. Dan Along sudah mengeluarkan cerita-cerita khurafat dan karutnya, siap tegakkan pencakar sampah konon ikut petua orang indon, saja dia melawak hilangkan resah angin kuat. hehe So, saat yang dinanti, setelah semua penat berkipas-kipas dan bauuu asap, makan time! Opss dimulakan dengan doa! Ya, di ruang tamu rumah yang tak besar dan tak berapa kecil tapi masih cukup luas buat kami sekeluarga, itu pun sudah memadai.

KErang Bakar dan semua yang sudah siap. Buah-buahan dan juga Jus Tembikai!

Kek Aiskrim sponsored by Angah! Laju je kek ni habis, sebab dalam dia aiskrim!
 Upacara memotong kek pembuka hidangan oleh atok bersama cucu-cucunya. Baru 6 orang! Itu pun dah gamat!!

Aisyah-Atok-Umairah-Wafa-Hariz. Sorang tengah merajuk, sorang lagi masih kecik. Tak dapat nak turut serta.

Haa ni masa dah habis separuh. Dah mula cair! Tapi sedap, bolehlah nak tempah tu kat LADYZA.

Alhamdulillah, walaupun keluarga tak besar sangat, tapi nak kumpul semua pun bukan boleh selalu. Buat event simple macam ni pun kira Ok lah, bukan perlu bajet besar-besar sangat. Ohh yang best bila masih bergelar student, belum kena keluar duit lagi. hehe =D


Hari Ahad dilalui dengan aktiviti ke swimming pool, tapi budak-budak tu je yang terjun sampai ada yang lemas. Tulah nak tunjuk hero sangat. -____-'' Then petang ahad masing-masing dah pulang. Isnin nak sekolah kan? Kita ni je yang cuti salah timing. Bila orang cuti kita tak cuti, bila kita cuti, tak ada kawan yang cuti. Apelah nasib. Moga bertabahlah warga UIA sekalian! hehe =D


Isnin! Pagi-pagi lepas breakfast, start enjin kereta, jom ke kebun!!!! Pergi kebun, sekarang tengah ada pokok timun!

Tu dia timun yang sudah pun saya petik. haha

Timun-timun yang telah dipetik oleh pekerja abang saya. Beberapa bakul sebelum diambil peraih!

Ambir gambar sebelum balik. Panas hey kat ladang ni! Ok tu pokok timun yang berbatas-batas tu! =D


Alhamdulillah, setakat ni cuti penuh dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah! Lagi, jadi domestic engineer kan! So, sibuk lah kononnya! haha Sekian berita daripada saya!


Oh, mahu tahu 1 fakta? Kenapa kampung menjadi pilihan? Sebab bila nak masak, kalau tiba-tiba serai tak ada nak masak, ambil je tepi rumah. Tak yah nak riau-risau. Awak yang baca ni, suka tak kampung? ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 7, 2012

Dia Banyak Mengubah Saya

My Lecturer for Public Sector Accounting
Dia mungkin tidak mengajar secara detail semua silibus. Tapi dia sangat banyak mengajar perkara yang kami sebelum ini mungkin tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu, tidak ambil kisah dan sengaja tidak mahu tahu. Dia banyak membuka minda kami. Tak ramai yang suka dia, cuma pada saya, ambillah sesuatu yang baik daripada dia, kalau A yang kita harap bila masuk kelas dia, kalau ! tu kita tak dapat, janganlah sampai segala yang dia sampaikan kita terus lupakan. Bagaimana dia cuba membuatkan kita berfikir secara lebih jauh dan lebih deep thinking itu perlu diaprisiasikan.


PUBLIC SECTOR ACCOUNTING.
7 Jun 2012.
2.30 PM
Moga dipermudahkan untuk menjawab segala teori yang mungkin bukan mudah untuk diaplikasi.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 2, 2012

Pemikiran Yang Berbeza (BACC-BBA-BECS)

Situasi
Perbincangan soalan peperiksaan semester lepas.
Antara kami bertiga. Dua nya budak BACC. Yang seorang budak BBA.
Tempat: Private & Confidential.
Masa: Selepas Asar Sebelum Maghrib.

Mata pelajaran yang dibincangkan: INVESTMENT ANALYSIS.


Soalannya berkisarkan Market Price of the share and the dividend paid of RM 2.00 and RM 0.20 respectively per share


"Ha, yang ni macam mana nak kira ha?"


" Oh ni kena cari market price untuk setiap company ni dulu. Yang 10x, 12x, 14x, 8x ni EPS dia. Jadi kali dengan 0.20 then kita total semua divide dengan 4. Dapatlah fair price."


"Oh..macam tu."


"Eh memang kena kira macam tu ke?"


"Eh kenapa kau kira macam mana dapat jawapan C jugak ni?"


"Tak lah aku, kira RM 2.00 tambah RM 0.20 ni je, tu yang aku dapat RM 2.20, kebetulan sama. Dah-dah tak yah ikut cara aku."


**********


Next question. The best portfolio.


"Ha semua dapatkan..."


"Eh kau guna ape? Sharpe kan? Sharpe ke Treynor ke dapat jawapan sama je."


"Hahaha"


"Apesal korang kira macam tu ha? Aku macam tak ada kira macam tu pun?"


"Dah, habis tu kau kira macam mana??"


"Aku fikir, best portfolio mestilah lowest risk highest return. Aku carilah yang paling lowest risk, antara tu ambik yang paling highest return."


Yang dua ni terdiam pastu, gelak besar. "Gile ah otak kau! Otak budak bisnes weyhhh!!!"


"Haha aku pun pelik, amendalah yang korang guna formula ni."


****

Ended. Tapi sebenarnya, gelak tak sudah lepas tu, ada sambungan tu...


"Eh, ni kalau ada Anis ni, mesti ada assumption sebelum nak jawab soalan ni." Lagi gelak. >.<


BACC vs BBA vs BECS


Memang nampak sangat beza antara budak BACC, budak BBA dan Budak BEcons. Nampak sangat. BACC memang calculative thinking betul! Yang dia fikir formula, kira-kira, balance, ish ish. BBA memang kreatif iinovatif! Jenis orang yang sangat kreatif dalam berfikir bagaimana nak buat duit!!! Waaa, BEcons, haa ni orang yang hebat dengan analisa, assumptions dan graf! Pakar ekonomi, future thinking! hehehe


Tapi, sirius. lepas discussion tu dapat buat reflection sikit dalam diri ni. Memang dah jadi calculative students sangat sejak amik Accounting ni. Nasib baik, makin tinggi makin banyak teori. Patutlah, masa masuk kelas Decision Making & Control memula dulu, Sir pening kepala dengan cara pemikiran kitorang. haha


So, develop something good for ourself! Lets make us having our own value! =D


This is so ohsem. Unforgettable. Nai, Fiza and Me. One day, if we have graduated, we must be having so much fun whenever we remember this moment!! ^__^

TERIMA KASIH SUDI BACA^^