Mengadu Pada Yang Tak Mati | fasihah.com


February 13, 2012

Mengadu Pada Yang Tak Mati

Bismillah Ya Rahman. Bismillah Ya Rahim. Kutadahkan kedua belah tangan ini ke hadrat ilahi, mendoakan agar ada sedikit kebaikkan didalam diri yang mampu untuk ku kongsi dengan semua. sedikit kebaikkan yang berguna. agar dapat dimanfaatkan untuk kemaslahatan bersama. InsyaALLAH.

            Lewat ini, banyak masaku dibiarkan berlalu begitu sahaja dengan duduk sambil menghadap laptop. menyiapkan banyak kerja tertangguh sambil sekali sekala, jari-jari nakal ini acapkali mendesak untuk menekan ikon google chrome.

Facebook. Ah! begitu sukar untuk berpuasa darinya. Kadang - kadang, bukan ada urusan apa pun. Sengaja tangan ini gatal untuk melayarinya.

Lalu mataku dihidangkan dengan 'status update' dengan pelbagai ragam dan rencah. Sebahagiannya cukup ilmiah dan mendidik jiwa. Sebahagian lain hanya luahan kosong perasaan dan tulisan dengan ejaan pelik oleh pesakit siber.

            "AH!. mengapa begitu mudah untuk mereka (pengguna facebook) meluahkan apa yang terbuku dihati tanpa rasa segan silu. kalau yang baik-baik tidak apalah. asyik ceritanya tentang soal kecewa cinta dan perang berebut pacar"  getus hatiku.

"Anak separa mumayyiz ini, diajar banyak benda yang baik, asyik sahaja dia meluah yang buruk-buruk"  aku membebel sendirian. 

            Aku bukan ortopedik moral mahupun agamawan yang menentukan soal hukum hakam, baik mahupun buruk. bukan! cumanya aku merasa amat hairan sekali tentang 2 perkara:-
  • Pertama, menjadikan facebook sebagai tempat meluah perasaan negatif, mencaci maki dan berkongsi duka nestapa
  • Kedua, Masalah kerisauan Gadis Semasa. kecantikan diriku adalah untuk dinikmati dan dipuji
            Jujurnya, aku bukanlah penentang ideologi yang mendukung hak dan kebebasan dalam mengekspresi diri. Siapapun pada aku punya hak untuk meluahkan apa sahaja yang mereka mahukan asalkan dia menggunakan saluran yang tepat dalam melakukannya. Meluah perasaan secara terbuka, menzahirkan perasaan diri tanpa segan silu, ditambah dengan ekspresi dan emoticon, di adun bersama kata-kata berbaur lucah, mencarut dan sebagainya. ini tidak betul! caranya tidak betul. Anda seolah membuka pekung didada dengan mengiklankan keburukkan diri anda kepada semua pembaca status anda! 

            Bijak bestari pernah berpesan, ‘berfikir itu pelita hati.’ Pepatah Melayu pula mengatakan, ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.’ Jika direnung, kedua-duanya memberikan pengertian mendalam untuk kita jadikan panduan supaya sentiasa menjaga kesopanan dalam percakapan seharian. 

sumber : flickr

Firman Allah yang bermaksud: 

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik (mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya (menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk (mati) yang tercabut akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.”

(Surah Ibrahim, ayat 24-26) 

            Ayat ini jelas menunjukkan kepentingan untuk memelihara tuturkata. Diajarkan kita tuturkata yang baik dan sopan sejak dari kecil lagi. Mengapa setelah kita mumayyiz, kita berlagak seolah anak kecil yang tidak mengerti untuk membezakan baik dan buruk tuturkata kita?  

Kemungkinan, akan ada sebahagian yang membaca tulisan ini bakal berkata:-

"salahkah aku untuk berkongsi dan meluah rasa supaya mendapat motivasi dari rakan-rakan untuk bangkit semula?"  

Jawapannya:-

"tidak salah untuk mengadu tapi gunalah saluran yang betul. Luah dekat facebook ni tidak akan membawa apa-apa kebaikkan. konsep mengadu ini kenalah faham. sebelum hendak mengadu dengan manusia kena mengadu pada ALLAH terlebih dahulu. tulis di facebook ini, target audiens kita siapa? adakah semua di facebook ni kawan kita? Janganlah kita berkongsi hanya yang buruk sahaja. Dalam islam kita disuruh kongsi kebaikkan”


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al Baqarah: 186)

              Mengadulah kepada yang berhak. Mengadulah dengan menggunakan saluran yang tepat. Jangan jadikan Facebook tempat untuk kita meluah rasa dan berkata yang tidak elok. Jadikanlah Facebook tempat untuk menyemai benih-benih kebaikkan. Sesungguhnya datangnya islam itu tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai rahmat, usahlah kita berkongsi keburukkan dan marilah kita menyebar kebaikkan. Insyallah jika diberi kesempatan kelak, akan diterangkan pula tentang masalah kerisauan gadis semasa yang dahagakan pujian atas kecantikkan yang dimiliki. InsyaALLAH.


-------
Penulis : Ahmad Saiful Anwar Arrifin

Bicara saya: Apa komen anda dengan penulisan ini? Tahukah kalian? Menulis itu bukan suatu yang mudah. Setuju?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

15 comments:

Rozuan Ismail said...

masalhnya, kita suka mengadu pada yang tidak kekal

Cik Aqilah Wardah said...

utk soalan di atas, ya, setuju.. menulis bukan suatu perkara yg mudah...

kemudiannya, mati2 i igt u yg tulis... -_-"
ku baca penuh berminat tau!

Ckin Kembaq said...

ikut rasa...

Tea said...

mengadu pd yg tak kenal lebih baik...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam adik.

kalau menulis tu mudah pasti takda org yg copy cat org punya entri kan?

betul tu kadang2 bila mengadu pd tempat yg salah akan jd lebih rumit keadaan. ramai memaki , mencaci dan bergaduh di fb dan twitter skrg ni.benci la tgk

H.J said...

menulis time ada mood dan juga idea kekadang terasa mudahnya..hehe

visitme@FaTiN cOrNeR said...

kadang2 ada yg tulis status pelik2 nie nk dptkn perhatian org ramai..nk capub ja..

kadang2 aku sendiri pn tkut terpost benda2 mcm tu..

Iffah Afeefah said...

sstuju

menulis bukan mudah

Mutiara Bernilai said...

betul tu,,kite kdg slalu luah masalah kt fb,,dkt blog dll,,huhu

Mya said...

nak mengadu pun, kena berbatas dan jaga tutur.

Anyyss Shuhaimi said...

setuju!
Malangnya itu yang terjadi pada adik2 belasan tahun. kadang2 rasa kasihan.

Siti Safiyyah said...

risau2 kalau ada yg menganggap fesbuk tu sebagai tuhan. dah asyik mengadu kat situ je. lepas solat takmo pulak tadah tangan berdoa kan?

but yes, ss pun ada masalah betul nak kurangkan ketagihan beronline ni =='

Suhaili Sarif said...

eh ingatkan seha yg tulis
mcm sama dengan gaya seha.hehe
thanx for sharing

betul tu...sbb ade medium social network mcm tu,kite luahkan kekecewaan kte pdhal ade yg lebih berhak utk kite adukan.sbnrnya ptt mengadu pd Allah yg uji kita...

sayang seha :)

starzieti said...

dulu saye suke jugak ngadu pada yg tidak kekal tapi sekarang saye tau mengadu pada Allah lebih baik sbb die Maha Mengetahui. :')

visitme@FaTiN cOrNeR said...

Allah sebaik baik tmpat mengadu sbb Allah tu Maha Mendengar dan ohsemm!