February 27, 2012

Famouslah Korang

"ko dah tunjuk kat mak ko belum?"


"eh tak boleh. Nanti mak aku ingt aku tak belajar kat sini."


Huhu macam-macamlah korang ni. Apapun kita berbakti bukan untuk berbangga diri.


Tahniah kepada semua yang menerima anugerah. :)


May Allah ease our way in serving the community. From IIUM to the heart of the ummah. :)


Published with Blogger-droid v2.0.3

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 26, 2012

Bila Bicara Tentang Cinta

"ko tahu tak? dia player! kesian lah kat makwe dia!"


"So, apa masalahnya? Dua-dua play pun kan?"


"Hmm, itulah pasal."


The law of reflection = what u give, you get back.

By the lens flare

Kalau hari ini, kita tipu orang, jangan menyesal kalau satu hari nanti, kita ataupun keluarga terdekat kita lebih teruk ditipu.


Kalau hari ini, kita suka sangat berjanji tak tepati, jangan menyesal kalau orang lain buat kita sama macam tu.


Kalau hari ini, kita memainkan perasaan orang, jangan menyesal kalau satu hari nanti kita atau pun keluarga terdekat kita lebih teruk dipermainkan.


Itulah, hukum pantulan. Adakah saya berkata-kata hanya dari segi teori? Tidak, kita boleh lihat sendiri dalam kehidupan seharian kita. Sebab itulah, selalu beringat, treat others as how you wish to be treated.

Tapi kita selalu lupa, selalu sangat ingat kita dah baik. Kita selalu rasa kita betul. Salah orang selalu kita nampak, salah sendiri tak nampak.


Cerminlah diri selalu untuk melihat pantulan diri kita sendiri. Rifleksi diri, siapakah aku? Ke manakah aku nanti? Untuk apa aku dihidupkan? Apa yang aku dah buat?


Dalam kita menongkah arus, kadang kita laju dan tak jatuh. Tapi ada kalanya, kita rebah juga. Sungguh, kehidupan di dunia ini memang tidak lain untuk menanam benih-benih untuk dituai bila dibangkitkan semula nanti. Tapi benih apa agaknya yang telah kita tanamkan selama kita hidup? 


Kita selalu sangat mengeluh, ini tak kena, itu tak kena. Ya, manusia. Macam-macam ragamnya. Besar nafsunya. Tapi adakah kita di sini hanya untuk memuaskan hati manusia sedangkan kehendak manusia itu tersangatlah besar dan memang tak terjangkau untuk dipuaskan semuanya.


Jom perbaiki diri. Kalau belajar biarlah ikhlas. Kalau bercinta biarlah kena tempat. Kalau sayang biar pada yang berhak. Kalau hidup biar bermatlamat. Kita tak lari dari perhitungan pada akhirnya nanti.


Berharaplah pada yang pasti dan mengadulah pada yang tak mati...


Wallahua'lam. Spread the word salam. May Allah bless you. Assalamualaikum. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 21, 2012

Anugerah Kemanusiaan 2011

Committee Humanitarian Night 2011 (14 February 2012)

Lari sekejap ke Lab kat kuliyyah ni nak online! Lama tu tak jenguk Fb ke blog ke. Padat nye rasa permulaan sem ni. Ok, apepun, alhamdulillah, rasa sangat berharga kerana diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Walaupun tak adalah menang apa-apa awards, tapi terdiri daripada yang menjayakan program pun rasa seronok dengan pengalaman baru dan juga pengembangan jaringan kenalan.


"Tak sangka Fiza, aku dah dekat 3 minggu tak balik rumah. Padahal selalunya awal-awal, minggu pertama lagi aku dah balik."


"Fiza, you must proud of me!." haha


Banyak nak kongsi, tapi jaringan internet menyebabkan kesukaran untuk berinteraksi. InsyaAllah ada masa bila internet dah on, boleh cerita sungguh-sungguh.


"Kalah tak bermaksud gagal dan menang tak semestinya hebat."


Wallahua'lam. Spread the love. Assalamualaikum. May Allah bless you :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 13, 2012

Mengadu Pada Yang Tak Mati

Bismillah Ya Rahman. Bismillah Ya Rahim. Kutadahkan kedua belah tangan ini ke hadrat ilahi, mendoakan agar ada sedikit kebaikkan didalam diri yang mampu untuk ku kongsi dengan semua. sedikit kebaikkan yang berguna. agar dapat dimanfaatkan untuk kemaslahatan bersama. InsyaALLAH.

            Lewat ini, banyak masaku dibiarkan berlalu begitu sahaja dengan duduk sambil menghadap laptop. menyiapkan banyak kerja tertangguh sambil sekali sekala, jari-jari nakal ini acapkali mendesak untuk menekan ikon google chrome.

Facebook. Ah! begitu sukar untuk berpuasa darinya. Kadang - kadang, bukan ada urusan apa pun. Sengaja tangan ini gatal untuk melayarinya.

Lalu mataku dihidangkan dengan 'status update' dengan pelbagai ragam dan rencah. Sebahagiannya cukup ilmiah dan mendidik jiwa. Sebahagian lain hanya luahan kosong perasaan dan tulisan dengan ejaan pelik oleh pesakit siber.

            "AH!. mengapa begitu mudah untuk mereka (pengguna facebook) meluahkan apa yang terbuku dihati tanpa rasa segan silu. kalau yang baik-baik tidak apalah. asyik ceritanya tentang soal kecewa cinta dan perang berebut pacar"  getus hatiku.

"Anak separa mumayyiz ini, diajar banyak benda yang baik, asyik sahaja dia meluah yang buruk-buruk"  aku membebel sendirian. 

            Aku bukan ortopedik moral mahupun agamawan yang menentukan soal hukum hakam, baik mahupun buruk. bukan! cumanya aku merasa amat hairan sekali tentang 2 perkara:-
  • Pertama, menjadikan facebook sebagai tempat meluah perasaan negatif, mencaci maki dan berkongsi duka nestapa
  • Kedua, Masalah kerisauan Gadis Semasa. kecantikan diriku adalah untuk dinikmati dan dipuji
            Jujurnya, aku bukanlah penentang ideologi yang mendukung hak dan kebebasan dalam mengekspresi diri. Siapapun pada aku punya hak untuk meluahkan apa sahaja yang mereka mahukan asalkan dia menggunakan saluran yang tepat dalam melakukannya. Meluah perasaan secara terbuka, menzahirkan perasaan diri tanpa segan silu, ditambah dengan ekspresi dan emoticon, di adun bersama kata-kata berbaur lucah, mencarut dan sebagainya. ini tidak betul! caranya tidak betul. Anda seolah membuka pekung didada dengan mengiklankan keburukkan diri anda kepada semua pembaca status anda! 

            Bijak bestari pernah berpesan, ‘berfikir itu pelita hati.’ Pepatah Melayu pula mengatakan, ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.’ Jika direnung, kedua-duanya memberikan pengertian mendalam untuk kita jadikan panduan supaya sentiasa menjaga kesopanan dalam percakapan seharian. 

sumber : flickr

Firman Allah yang bermaksud: 

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik (mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya (menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk (mati) yang tercabut akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.”

(Surah Ibrahim, ayat 24-26) 

            Ayat ini jelas menunjukkan kepentingan untuk memelihara tuturkata. Diajarkan kita tuturkata yang baik dan sopan sejak dari kecil lagi. Mengapa setelah kita mumayyiz, kita berlagak seolah anak kecil yang tidak mengerti untuk membezakan baik dan buruk tuturkata kita?  

Kemungkinan, akan ada sebahagian yang membaca tulisan ini bakal berkata:-

"salahkah aku untuk berkongsi dan meluah rasa supaya mendapat motivasi dari rakan-rakan untuk bangkit semula?"  

Jawapannya:-

"tidak salah untuk mengadu tapi gunalah saluran yang betul. Luah dekat facebook ni tidak akan membawa apa-apa kebaikkan. konsep mengadu ini kenalah faham. sebelum hendak mengadu dengan manusia kena mengadu pada ALLAH terlebih dahulu. tulis di facebook ini, target audiens kita siapa? adakah semua di facebook ni kawan kita? Janganlah kita berkongsi hanya yang buruk sahaja. Dalam islam kita disuruh kongsi kebaikkan”


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al Baqarah: 186)

              Mengadulah kepada yang berhak. Mengadulah dengan menggunakan saluran yang tepat. Jangan jadikan Facebook tempat untuk kita meluah rasa dan berkata yang tidak elok. Jadikanlah Facebook tempat untuk menyemai benih-benih kebaikkan. Sesungguhnya datangnya islam itu tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai rahmat, usahlah kita berkongsi keburukkan dan marilah kita menyebar kebaikkan. Insyallah jika diberi kesempatan kelak, akan diterangkan pula tentang masalah kerisauan gadis semasa yang dahagakan pujian atas kecantikkan yang dimiliki. InsyaALLAH.


-------
Penulis : Ahmad Saiful Anwar Arrifin

Bicara saya: Apa komen anda dengan penulisan ini? Tahukah kalian? Menulis itu bukan suatu yang mudah. Setuju?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 10, 2012

Awesome : No More Valentine! Sooo True!

Do you think that this year should those who celebrating Valentine, celebrate the Valentine?


The mathematics has proven that... THEY CANNOT!






Here it is!










no valentine


Therefore, from the very beginning, as a Muslim, we know that already right?





So, the choice in our hand, live well or live hell?







Just say NO TO VALENTINES!


Cinta tak perlukan syarat, tapi harus ikut syariat. :)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 9, 2012

I Am Your Senior Now. haha

"Sape nama?"


"Nama Fasihah, boleh panggil Seha je. Name sape?"


"Wana. Kite same kan?"


"Same?"


"First year jugak kan?"


"Hehehe Sem ni dah masuk 3rd year. huhu"


"Kak Seha lah ni? Ingatkan same, sebab nampak macam budak-budak."


Itulah kisah hari pertama pertemuan senior dan junior di bilik kami. hehe How sweet. Ok, junior saya baik-baik. Alhamdulillah. Tak ada nightmare dah lepas ni. Tak ada orang gelak-gelak tengah malam gayut dengan boyfie dia. Itu sudah bagus. Mereka nampak baik dan skema! haha Seha, macam lah dia dulu tu tak skema memula masuk! =D


Akak memang kecik Wana, Qila. Akak tak taulah camna nak besar. Pi daftar mengundi pun depa tanya, ni umur 12tahun ke 21tahun ni? Oh my. Sungguh tak cukup umur betul! huhu Masa sebelum nak masuk daftar lagi, kawan si Fiza dah cakap awal-awal dah.


"Seha, aku rasa nanti kalau junior masuk mesti lebih besar daripada ko. Habislah ko. Mesti dia tak percaya ko senior dia."


Dan...Fiza, seperti yang dijangkakan! Tak kisahlah. Still, I am now become a senior! hehe


Welcome new students to IIUM, Garden of Knowledge and Virtue. Enjoy your stay and study for your future achievement.


Mulakan hari anda dengan senyuman! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 8, 2012

Dan Bila Esok!

Kejapnya cuti! haisyyy.. pagi-pagi dah kena balik asrama.huhu Esok pagi-pagi dah kena pergi kelas! Katanya student kan..kenalah buat cara student, ye dok?


Selamat bersemangat semua kawan-kawan! Kalau hari tu rasa dah macam down tengok result, so sekarang kena up balik bagi kasi semangat berkobar-kobar kerana kita tak akan selamanya berada di bawah, dan semua itu, haruslah diusahakan dengan gigih agar boleh sampai ke atas. :)




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 4, 2012

Khabar Angin Akan Berkahwin

Penat layan orang yang suka sebarkan 'dengar-dengar'. Tak payah cerita panjang sangat, saya kira status saya yang 1 malam ini cukup untuk menjelaskan segalanya.

Klik gambar untuk membaca dengan lebih jelas, atau direct terus ke Facebook saya

Juga, jika saya ada selitkan hadith, saya sertakan riwayat siapa, mungkin ada yang terlepas pandang. Tapi jika tiada, sila beritahu. Sebab saya percaya, memang segelintir manusia, memang nak sesuatu perkara itu benar-benar sahih baru hendak percaya.


Jadi, sama seperti khabar angin ini, masyarakat kampung terutamanya, memang cepat menyebarkan perkara 'dengar-dengar' ini. Harapnya, jika hendak beribadah dan beramal dengan sesuatu, anda tekun mencari riwayat siapa, hadith sahihnya bagi memantapkan kepercayaan. Begitu juga dengan perkara lain. Kalau setakat khabar angin, janganlah mudah disebarkan tanpa tahu kebenarannya.


Rasa kesal bila ada yang menyebarkan ura-ura dibelakang tanpa tuan badan sendiri tak pernah planning perkara tersebut. 


Ya, kalau kata tak ready, semua orang tak ready. Ok, bagi saya, setiap orang tu lain prinsipnya. Dan sungguh, prinsip saya bukan untuk kahwin masa terdekat. Wallahua'lam.


Hentikan sebaran 'dengar-dengar'. Banyakkan selawat bukankah lagi bagus?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 3, 2012

Sudah Untuk Hari Ini?

sumber: fitrahpower.com
Kalau ikutkan adat, ramainya daripada kita membaca Surah Yaasin pada malam Jumaat, bukan Surah Al-Kahfi. Tapi, sedarkah kita bahawa sebenarnya Surah Al-Kahfi ini besar fadhilatnya? Ini dia.

Fadhilat Surah Al-Kahfi -ahmadhumaizi.com

Mungkin ada yang merasakan surah ini panjang untuk dihabiskan dalam satu masa. Surah ini mempunyai 110 ayat. Kalau pun payah untuk menghabiskannya dalam sekali bacaan, bacalah setiap kali lepas solat, bermula dengan selepas Solat Maghrib pada malam Jumaat. Setiap lepas solat, baca 21 ayat. Cukup 5 waktu solat sampai Asar, habislah. :)


Hendak memulakan sesuatu yang baik mungkin susah pada awalnya, tapi bila jadikan sesuatu yang baik sebagai kebiasaan, pasti lebih bermakna. Jadi, jangan tunggu esok kalau nak memulakan sesuatu yang baik. It starts NOW! ;)


Selamat hari Jumaat. Siapa tak sembahyang Jumaat hari ini, especially lelaki, dia memang super tak handsome! =D

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Kau Bila Pulak?

Saya kira ini merupakan antara soalan yang sangat popular di kala usia menginjak ke angka 2 di hadapan. Sirius popular. Antara cadangan jawapan mudah bagi soalan ini ialah :

     # lepas raya 
     # esok
     # hujung minggu nanti


Dan jawapan-jawapan tadi seperti satu infinity, di mana tidak diketahui sebenarnya bila. Sebab, kalau jawab, belum ada calon sibuk kata kita tipu, tak percayalah tak ada calon, muka cun, muka handsome tak ada orang suka. grr. Kalau memang fakta tetap ada yang pertikaikan. Masalah problem betul. Kalau jawab, belum cukup duit lain pula kisahnya. Sibuk kata, hai gaji beso takkan tak ada duit nak kawin. Ni pun masalah problem jugak.


Jadi, saya selalu jawab dengan lepas raya. Tahun bila tu toksah la ko tanye. Dah ambe pun tak tahu tahun bila langsungnya. Kadang-kadang jawab camni, tolong carikan calon! haa, tapi lepas tu cover balik lah. Kang dia ingat betul suh carikan calon. Padahal belum terbuka pintu hati pun.huhu


Tapi, saya tengok, ramai juga junior saya yang dah menuju ke arah pembinaan masjid. Tahniah. Mabruk alaik! Salute kat korang sebab berani menempuh alam perkahwinan pada usia muda. Oh, ada sorang tu, dia betul-betul nak kahwin dah, junior, tapi dia cakap kat saya, belum ada calon. And, she really means it, she said : I am finding a husband not a boyfriend. Huhu 


Sirius rasa macam, fuh, dia lebih muda daripada aku, tapi dia hebat. Dah bersedia nak membina masjid, tanpa tahu siapa yang akan jadi suaminya kelak. huhu Mungkin ramai juga yang dah inspired by Farah Lee, yang berkahwin dengan Ally Iskandar? Di mana, saya mencari isteri, dan dia sedang mencari suami? huhu Tapi baguslah, banyak kelebihan membina masjid ni......


Gambar ambil di FB, syahirul.com

Tahniah buat yang dah bersedia. Kalau tanya saya, kenapa saya belum bersedia, boleh tak kalau saya nak cakap yang saya rasa, macam baru semalam saya main-main dengan teddy bear, tidur dengan mak abah, baru semalam main kawin-kawin. hehe

sumber

Bagi saya, kahwin ni bukan sesuatu yang mudah kalau tak bersedia, lagi-lagi dari segi ilmu agama. Kahwin ni bukan macam nak membuka sebuah syarikat, tapi dia macam konsep partnership. Perkongsian. Di mana, di sinilah pentingnya erti memberi dan menerima, berkongsi apa yang ada, lengkap melengkapi antara satu sama lain. 


Kalau saya nak jaga diri sendiri pun tak lepas. Bangun subuh pun selalu sangat mak ayah kejut, tak payahlah ada hati nak kahwin saangat kan? Sebab saya sedar saya belum layak. Sebulat suara, seiya sekata. lalala


Tap kan, ada 1 soalan lagi yang tersangat popular buat saya dan kawan-kawan yang sekepala dan setempat belajar dengan saya..


Bila engkau nak habis belajar?


Yang satu ni memang dah tersangat penat nak jawab. (-______-'')

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

February 1, 2012

Wordless Wednesday #24 : awesome!


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Menulis Bukan Suatu Yang Mudah



Kadang-kadang idea tu ada. 
Banyak benda nak kongsi. 
Tapi tak tahu nak mula dari mana.
Tiba-tiba rasa seronok tengok post-post kat tumblr.
Sebab, sekeping gambar boleh memberi banyak inspirasi tanpa ayat yang banyak.
Rasa macam awesome gak tumblr ek. hehe
Tak tak, bukan nak tutup blog. hihihi

TERIMA KASIH SUDI BACA^^