September 4, 2012

Dulu vs Sekarang

Petikan akhbar yang saya ambil daripada FB Ustaz Zaharuddin.



Nombor-nombor penting khususnya di sekitar Lembah Klang dan bandar-bandar besar di Malaysia. Spekulasi oleh orang berduit tidak dapat dinafikan merupakan salah satu punca. Fikirkan perancangan awal bagi semua mereka yang berkenaan. Moga pendapatan kita diberkati dan tetap istiqamah atas pencarian pendapatan halal. -Ustaz  Zaharuddin


Kalau belajar Finance, benda mula-mula yang dia akan ajar ialah, masa ada nilai. Sebab itu nilai duit dulu dengan nilai duit sekarang tak sama. Tapi kadang-kadang terfikir juga. Gaji yang diperolehi sama, tapi kos sara hidup makin tinggi. Bila fikir-fikir balik, sebab itulah ramai yang tak berhutang zaman sekarang?


Tambahan pula, taraf hidup di Malaysia yang kaya makin kaya raya, yang miskin terus miskin pun agak tak berapa setaraf kan? Mungkin cara agihan sumber terhadap penduduk kurang cekap dan berkesan? Atau kita yang tak pandai urus? Atau kita yang malas berusaha? 


Kadang kita jangan terlalu konservatif dan asyik menuding salah satu pihak sahaja tanpa menilik salah diri kita sendiri.


Apapun, carilah rezeki yang halal. Bak kata Hilal Asyraf.. Moga Allah redha. Lagipun kan Dia yang memberiakn rezeki kepada setiap hambaNya. Tak gitu? :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

September 2, 2012

Biasalah Budak-Budak Katanya

Kelihatan kelibat kanak-kanak seusia anak buahku yang berumur 8 tahun memasuki kawasan rumah. Kebetulan aku duduk di anjung melayani anak buah si kecil Darwisy. Tak lama selepas itu, sampailah anak-anak ini dihadapan rumah. Kebetulan pintu ruang tamu juga terbuka, maka masuklah anak-anak ini tadi.


Aku ini yang terpinga-pinga. Aku pun, "Ha dik, masuklah, masuk." Dalam hati, (aihhh salam pun tak bagi ni, main terjah masuk ni, macam mana datang rumah orang macam ni?)


Terus aku pergi dapur, ambil gelas dan air bawa ke ruang tamu. Makanlah kuih ni. Dia diam je duduk. Dalam hati, (Ni kes datang nak minta duit raya je ke ape ni? Tak patut betul)


Tapi ada sikap yang patut dipuji, kita tak suruh makan dia pun duduk je diam. Tuang lah air kat depa. Abah pun tanyalah anak siapa semua, suruh makan kuih. Satu demi satu balang kuih dibuka dirasa dan dimakan. Lama juga, kalau datang makan kuih raya, kira ok lah kan. Agak lama dah, abah pun bagi duit raya, depa pun balik.


Tak apalah, budak-budak. Ceh dalam hati kata gitu. Tapi dok bermonolog lagi. Budak-budak pun, kalau ikutkan umur 7tahun, mereka dah patut diajar tentang adab dan akhlak. Bagaimana datang rumah orang. Berapa kali beri salam. Jumpa orang tua macam mana. Semua tu, adab. Adab di mana pentingnya diajar dari kecil, biar kelak dewasa menjadi anak-anak yang berakhlak. 


Meluntur buluh, biarlah daripada rebungnya.


Kadang aku termenung panjang, menjadi ibu bapa pada zaman ini amatlah mencabar. Anak-anak sekarang pun makin cerdik. Jangan terlalu manjakan mereka dengan berkata, "biasalah budak-budak." Ingatlah, itu tanggungjawab kita untuk mendidik mereka untuk jadi orang yang berguna, berakhlak dan soleh solehah. 


Sebelum melepaskan anak-anak beraya, patutnya kita nasihatkan, kat rumah orang nanti bila jumpa orang tua salam. Sebelum nak masuk, beri salam, waktu nak dekat maghrib patut dah balik rumah dan sewaktu dengannya.


Wallahua'lam. 
Teruskan tradisi ziarah menziarahi eratkan sillaturrahim aidilfitri ini.
Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.


[Syawal 2010] Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua. Mohon maaf andai tersilap bicara di alam maya. Syawal ini kita kembali kepada fitrah. Moga Ramadhan yang berlalu bukan sekadar angin yang menyinggah sekejap. Kullu 'am wa antum bi khair. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^