Hati. | fasihah.com


January 6, 2013

Hati.




Tersedar aku daripada mimpi yang lama.


Ya Allah..

Aku memohon bersungguh-sungguh kepadaMu ya Allah.

Jangan kau biarkan hati ini mati ya Allah.

Jangan biarkan hati ini mati.

Jangan biarkan hati kami mati ya Allah.

Terlampau banyak dosa kami.

Hinanya kami dimataMu ya Allah..


Aku sedar betapa banyaknya dosaku.
Betapa banyaknya masa yang telah aku siakan.
Betapa banyak waktu yang telah aku alpakan.

Egonya rasa diri.
Bila susah baru nak menghadap Illahi.
Bila senang jarang nikmat nak disyukuri.
Hamba apakah aku ini..


Ya Allah..

Jangan biarkan hati yang satu ini mati ya Allah..



Tunjukkanlah kami jalan yang lurus..
Jalan yang Engkau redhai..
Tertanya-tanya pada diri ini..
Di mana DIA di hati ini?
Di mana DIA di hati kita?
Di mana DIA di hati kita selama ini?

Allah...hinanya aku di mata DIA...


[Hadis Qudsi] hamba itu berkata, "Ya Rab.. Ya Allah, aku telah buat dosa lagi, ampunlah daku," Allah berfirman, "HambaKu tahu, baginya ada Tuhan yang boleh mengampun dosa dan ambil tindakan pada dia, Aku ampunkan dia."



Pemurahnya DIA. Tapi egonya kita yang selalu melupakan DIA.
ya Allah...ampunilah kami.....




kerana aku juga mendambakan sebuah kejayaan hakiki...
layakkah aku?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

4 comments:

UNA budak BAEQ said...

isyaAllah semua layak.
kejayaan nak menuju syurga penuh duri, ayuh sama2 kita berusahaaaa.

heheh

Anonymous said...

Lagu opick semua best2,sy suka..hehee

Anonymous said...

hai awak ^^

Anonymous said...

slmt pagi awak.