Entri kali ini, tak lain dan tak bukan, untuk memotivasikan diri ini yang sedia adanya malas bila di rumah. Bukanlah tersangat malas, cuma, terlampau banyak perkara yang lebih diendahkan daripada pelajaran. Astaghfirullahalazim.... hemmm...sebab itulah,tu awal-awal lagi cakap SELAMAT MENJADI RAJIN! kerana, diri ini tak cukup rajin lagi, kalau tak cukup rajin, maksudnya...malas lah tu kan??betul tak??iye..betul tue! saye setuju!!
Cuti pertengahan semester dah hampir ke peghujungnya, tapi, pelajaran tak banyak yang dah ku ulangkaji. Bila balik, perkara pertama yang harus ku lakukan ialah, menggalas segala tanggungjawab abang ku, bila balik, kira berganti tikar sekejaplah dengan abangku. the most salient thing, bila balik, kerja rutin mak ku, aku lah yang kene selesaikan pula. Kerja untuk menghantar kedua ibubapaku ke sana dan ke mari(selalunya abangku yang menghantar mereka), so bila cuti, aku pula yang ganti tempat beliau. Aku faham, sebab dia yang beria-ia suruh aku amik lesen dulu. Aku faham dan mengerti bahawa dia nak aku pula menggantikan tempatnya. Bila pulang ke rumah, Mak ku adalah insan yang paling gembira, mana tidaknya, dia sukalah, ada orang nak menghantar ke mana dia pergi dan ada teman. Abangku, tak selalu sanggup untuk menghantarnya kerana kerjanya sebagai pendakwa dan petani sudah cukup membuatkan dia teramat sibuk. Kadang-kadang rasa berat untuk menghantar kemana mak ku ingin pergi atau pun kedua ibubapa ku, kerana aku juga ada kerja yang harus diselesaikan. Pada cuti kali ini, seberakhirannya cuti nanti, aku ada test yang menunggu. tapi.. Aku selalu berfikir, bagaimana hendak mengikhlaskan hati dalam melakukan suatu pekerjaan...ya... aku nekad, biarlah, apapun mereka mahu kan, anggap sahaj itu 1 pertolongan, anggap kan sahaja kita berbakti untuk mereka. Kita sebagai anak, selalu sibuk dengan diri kita, tapi bagaimana pula dengan mereka?? Dahulu, sesibuk manapun mereka, mereka tetap tidak mengabaikan kita...jadi, aku nekad kan diri, biarlah aku dapat mengulangkaji sikit, tetapi tak melukakan hai ibubapaku, takut0takut nanti, cuti kita tak berkat, takut nanti, ilmu yang kita belajar tak berkat. aku selalu fikir begitu. Ya,mungkin dari 1 sudut yang lain,ada orang yang akan mengatakan, ibubapa perlu faham, anak-anak nak belajar, nak berjaya...ya, pada suatu sudut,yang itu mungkin benar.
Tapi, hati aku selalu membidas yg itu. Hati ini selalu berkata, Ibubapa ku sudah tua, aku anak kampung, abang dan kakak sudah punyai keluarga masing-masing tinggal abangku yang seorang itu sahaja masih belum berkahwin,dia lah yang paling aku perlukan masa ini. dialah kawan, dia lah abang yang tersayang...
Aku persoalkan pada diri, bila lagi aku hendak berbakti kepada mereka???walau setinggi mana aku belajar, kalau sedikit baktiku pada mereka, sayang sekali! Mereka perlukan aku, aku pula perlu untuk belajar.
Belajar untuk menuntut ilmu baru, belajar untuk memahami dunia, belajar untuk memahami agama, bangsa dan negara! (ayat macam 1 malaysia pula)
Apepun....setiap perkara tue..niat kena betul...itu je!
Niat tue..biarlah kerana Allah....IHSAn itu penting!kerana IHSAN itu adalah IKHLAS..
Baiklah,azan isyak dah berkumandang,aku tak tahu apa yang aku merepek untuk entri kali ini. tak apalah, yang aku tahu, IKHLASkan lah hati dalam mebuat sesuatu, biarkan semuanya kerana Allah....jangan hampakan hati kedua ibubapa kita..
paling penting...
jangan lah jadi malas!!
(kena batang hidung sendiri)hik3
mari solat isya'!
haiya alas solah.........................................
wassalam