Sudah lama sekali aku tak menjengah blog ini,laman sesawang ini. Sungguh,minda ini terlampau banyak berkata-kata, sungguh hati ini banyak berbicara, tapi tangan ini tidak juga ingin mengetuk keypad notebook,mencorat-coret pada lamana sesawang sendiri. Sekian lama,,menjadi makin bersawang pula laman ini! Tiba-tiba aku mendapat semangat baru, kerana aku membaca, kerana aku belajar kerana aku sedar. Aku hanyalah insan biasa, yang selalu alpa. Aku bangkit bila hari ini,aku sedar! Ya Allah,terlalu panjang masa lalu ku,yang entah banyak mana sudah aku siakan! Sungguh,aku hamba yang paling kerdil padaMU...
Hari ini,aku bangkit setelah membaca. Aku suka juga dengan madah "a good leader is a good reader" aku bangkit lagi kerana sepatutnya,semua orang bisa menulis. semua orang mampu menulis, cuma apa yang perlu kita tulis dan sampaikan! aku bangkit semula dari tidur dan angan silamku! aku sedar,terlalu banyak masa yang telah aku siakan!!Astaghfirullahalazim....(T_T)
Kenapa tiba-tiba sahaja aku membuka laman blog ku ini??sedangkan, sudah berapa lama aku meninggalkannya....
Aku muncul semula, dengan 1 niat, dan aku faham dengan 1 kesamaan. Ala-ala macam Linear Equation gitu, x +y=z
kenapa macam pelik sangat bunyinya????
aku selalu berfikir,hati selalu berbicara,minda merungkaikan persoalan-persoalan.. Setelah banyak material ilmiah dan fakta dan sebagainya,saintifik,matematik fizik ilmu mantik dan segala ilmu yang memang cantik yang asalnya daripada Allah THE ALMIGHTHY..
kesamaan yang aku jumpa, bila aku baca, aku perlu ingat, setiap benda adalah ilmu, dan ilmu pula perlu diamal,kalau tidak ia akan hilang begitu sahaja. Aku sedar setiap ilmu itu adalah sangat berharga kalau kita sampaikan. Rasulullah juga ada berpesan-sampaikanlah walau hanya sepotong ayat..
Ya,aku belajar, aku juga seorang pelajar. Maka, rugilah aku kalau aku hanya belajar tanpa menyampaikan, dan rugilah aku kalau aku belajar tanpa memperaktikan dalam kehidupan. Aku tersedar, semakin banyak aku membaca, semakin banyak yang perlu aku rungkaikan dan semakin banyak yang perlu aku belajar.
Word Equation aku hari ini:-
Bila baca- kena faham
Bila dah faham-kena ingat
Bila ingat-kena kongsi
Bila kongsi-baru lah makin kuat ingatan
&
makin bertambah ilmu pengetahuan.
yes!
Sharing is caring,
Caring is lOving..
But the truth....
learn as long as u can learn until u die!
and spread the knowledge to others!
Cukup untuk warm-up jari jemariku malam ini. aku perlu study. InsyaAllah, esok aku muncul dengan entri baru.
wassalam.
::Semoga hidupmu sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangNYA::
No comments:
Post a Comment