July 23, 2009

jika aku jatuh hati


http://www.youtube.com/watch?v=RJoy6io06Hk

FasiHaH:menusuk kalbu...

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

untitle

salam keceriaan!

pejam celik pejam celik,dah hari khamis...rasa sekejap sangat masa berlalu...sekejap sangat rasanya berada di rumah,tinggall beberapa hari saja lagi,kena balik asrama semula..

exam tak habis lagi,karang habis mid-term exam,ada practical test pula..
maksudnya..next week tak boleh la balik..

Semalam,ada lah mesej dengan beberapa orang kawan at the same time, ada kat umah sepupu..
kawan yang sorang tu kat uitm melaka..cuti dah dia..lama tue.tak pasal2 dapat cuti free kan tina..!!serOnOk tue..bukan senang nak dapat cuti free..huhu

pastu,sepupu pula telefon mak dia..
sepupu kat uitm perak pula,yea..
dia pun dicutikan gak!!
hai..
cuti free la sepupu aku sorang tue..

kawan lagi dua orang tu pula,kat uitm pulau pinang..
perkara yang sama...
cti juge!!
ai...

tak bOleh jadik nie!!
hehehehe


apepun..manfaat kan lah cuti kalian k!
bukan senang tau nak dapat cuti free gini.hehehehe=)


cuti nie..plan dalam kepala banyak sangat,konon nak update blog lah ape lah...last2 nak online pun tak lah sempat sangat..cuti nie..ada je perkara yang perlu diselesaikan..almaklumlah,bila balik,tanggungjawab sebagai pelajar dah bertukar kepada tanggungjawab seorang anak pulak kan...kena berbakti kepada family plak..berbakti kepada nusa dan bangsa..!!hehehe

Sebenarnya..memula sekali.aku nak citer pasal..ole-ole yang aku dapat dari abang sayang aku-from SABAh ba! tapi tak sempat sangat la..ni tinggal bape hari je nak balik asrama semula.tapi.ada macam2 hal dan kerja tak settle lagi..umah makcik kenduri la ape la..ish3..

Okey!berkenaan ole2 dari sabah..
aku terharu lah gak..ingatkan abang aku tak belikan aku pape..rupe-rupenye dia belikan aku gelang mutiara sabah dengan brooch..actually aku ada gambar dia..tapi aku tak berapa nak sempat untuk upload kat blog nie..

TQ very much lah my dearest brOther!
lOve you la uda!

Okey,next..satu berita yang sedih la buat aku pula..
aku tak dapat jOin gi sabah bulan november nanti,patah harapan aku nak mengembara kat sabah tu...bukan senang nak gi bercuti macam tu..5hari tu..aku terlepas macam tu je...sedey gile la kOwt!!!tapi aku nak buat macamna...7hb tu aku ade muet writing test..penerbangan gi sabah pulak 5hb,kiranya 7hb tu aku masih kat sabah,but then,aku terpaksa cancel kan and gi muet tue...sedey memang sedey...tah bila lagi lah pun kan aku nak merasa gi bercuti dengan family reramai tu kan...hmmm............................sabar je la....even nanti time tue aku sOrang2 je la kat semenanjung nie...dOrang serOnOk2 kat sabah.uwaaa.sedey gile....


emmmm...

lupekan2..huhu
LIFE MUST GO ON!!


ok,next..nak citer pasal...
ha..pasal exam...


exam macamna??
entahla...sem ni memang betul2 mencabar...kelas pun sampai kul 7 tuk hari isnin n selasa..penat..kerja pun banyak..tak menang tangan nak buat...tak de masa nak main2 dah..nak online puntak sempat...
Tapi sem ni memang tough gila..nak nak ni sem akhir kat nilai...nak pergi main campus dah..waa.takut....

soalan exam..macam biasalah.ok2 je..nak kate susah tak lah susah sangat..nak kate senang pulak..eh,susah..huhu tak tau la camne....
macam k.o je???entahla kan...

Apepun aku sentiasa berdoa untuk mendapat yang terbaikdiiringi doa kedua ibubapaku..(",)

Kejap je lagi dah nak ENGLISH PLACEMENT TEST(EPT)-before masuk main campus,aku kena lepas EPT dulu..if aku dah EXEMPTED baru lah boleh masuk gOmbak..if tak,aku kena re-sit or repeat..ahtidak2..jangan lah begitu..ya..i need to WORK HARD!!CHAIYOOUK!!!

Cukuplah duluaku ada kerja perlu diselesaikan...

untuk kawan-kawan kat luar sanateruskan perjuangan k!
lOve u all..


FasiHaH:wOrk hard!!!!


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 20, 2009

Anak Tani

I & BRINJAL




Assalamualaikum warahmatullah!
Bertemu lagi di hari yg ke-3 untuk cuti pertengahan semester ini.
Pada yang bekerja,teruskan semanagt anda!
Pada yang memang tengah bekerja,jangan curi2 nak baca entri sy pule,
tak baik curi tulang,saye pun dapat sahamnye tau!(^-^)
[care cakap macamlah ade yang nak bace blog aku nie..haha..cam poyo jer??hehe=p]

Hari percutian yang ke-3
Bermula dengan rutin baru untuk percutian kali ini!

bukan lagi addicted to nOvel,
bukan lagi sibuk On-line,
bukan tv yang aku tatap sepanjang hari.

tetapi..
kita menyibukkan diri,
pagi2..
lepas je subuh tadi..
baik jangan tidur lagi..

lets start car engine..
kita gi kebun!!

kat atas sekali tu...gambar pertama yang aku snap sesampainya di kebun...

ow yeah!!
hehehe

itulah rutin baru..
atas semangat daripada mak,abah dan abang tersayang!
pernah lihat pokok terung tak??ha.itu lah rupe dia...
cahaya kurang ok lah pula..gambar tak berapa nak cantik!

okeh..
ni gambar pokok terung dari pandangan atas + sisi + tepi..huhuhu
ha..ni name nye batas..
pokok2 terung ni ditanam dalam barisan...
T E R U N G -spesis panjang + kecik

pokok2 terung dalam batas dari sisi pandangan yang lain

terung2 yang dah dipetik dan sedia untuk diambil oleh peraih

terung berbunga dulu, berputik lah kiranya..baru berbuah...

antara pokok terung yang musnak dek serangga perosak!

okey..
ni bukan pokok terung k!
ni kebun orang len..
dia tanam bayam and kangkung..
subur betul!!

ha..nampak tak kat atas tue??
ni kebun ni yang usahakan seorang petani muda tau!
budak sekolah lagi...
ha....
tapi...
sayur dia gemuk2...
kita patut ambil iktibar dari dia ni, tengok,masa lapang dia,dia penuhkan dengan aktiviti berkebun dan bercucuk tanam..
tak delah nak melepak ke apa ke..
macamni,sayur boleh dijual..
dapat hasil..
kan ke untung tue..
daripada remaja-remaja lain yang kat kampung tu,dok melepak kat simpang and tayang body yang tak macho tu..
baik lah buat perkara-perkara yang berfaedah...
tak ade lah membazir masa macam tu je!

sekian untuk kali ini.

FasiHaH:actually, entri ni, dah ditulis semasa hari ketiga saya bercuti,tapi,saya lupa nak publish!ok,cuba lain masa,salam pertanian!!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 18, 2009

-cerita hati-

Judul : Cerita Hati
Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

-----------------------------------------------
Dapatkan lirik/chord nasyid di http://liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri
-----------------------------------------------


FasiHaH:suka lagu ni =)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^