August 1, 2011

Puasa, Tapi Dalam Banyak-banyak, Ini Yang Membuatkan Hati Rasa Terkedu

Ramadhan Fiesta by Brotherhood ARTS

Buat Sahabat Bloggers

Selamat Berpuasa. Selamat Bertarawikh. Selamat menambahkan pahala. Selamat bertadarus. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik daripada yang lepas. InsyaAllah..


Dalam kalut menunggu atok yang dirindui mengumumkan tarikh bermulanya puasa, aku terima sedikit isi usrah yang ringkas, tapi cukup untuk membuatkan hati ini berfikir tentangnya. Aku sangat berterima kasih kepada ustazah tersebut atas pengisiannya.


Jom, cuba renungkan kata-kata ini.

Bermulanya Ramadhan, syurga pun dihias indah. Tapi kita, bulan puasa baru nak pasang langsir, nak kemas rumah. Sepatutnya, persiapan kita sudah siap, dan bulan puasa ni, masa yang ada, kita gunakan sebaiknya. Sepatutnya rumah kita dah cantik bermulanya puasa, barulah tak terkacau waktu yang sepatutnya kita gunakan sehabis baik.

Aku memang terkedu bila dengar. Mengena betul dengan batang hidung. Nak-nak bila hari-hari terakhir Ramadhan, patutnya sibuk lagi nak cari malam yang ganjil tu kan? Tapi hari-hari akhir ni lah, masa yang ada digunakan untuk membersihkan swang-sawang dan sebagainya kan? Lepas ni kena tukar style lah. 


Make it better. Make it the best.


p/s: Orang berbelanja sakan kat pekan esok nak puasa. Fuhh, telur pun berebut, tak bernafas mak kata bila pergi berbelanja tadi. Semoga tarawikh pun sesak juga lah harapnya. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Stanza Cinta Tv3 Episod 6 | Download Link

Salam semua. Sebelum itu, saya mohon maaf lambat post hari ni.huhu Untuk semua peminat Drama Stanza Cinta Tv3. Alhamdulillah, akhirnya, kita berpeluang menonton cerita Stanza Cinta Episod 6 hari ni. Jadi macam mana perasaan?


Jadi buat penonton yang tidak berpeluang menonton Stanza Cinta tadi. Bolehlah download. :) 



Kalau nak download daripada Episod 1, Nak download lagu tema, boleh terus ke SINI.

Untuk membeli Novel Stanza Cinta secara online, boleh terus ke SINI. InsyaAllah urusan untuk mendapatkan online di sini lebih cepat kerana anda akan berurusan terus dengan penulis novel tersebut.




Perempuan yang aku dambai.. yang mendekatkan hatiku yang jauh daripada Allah. Tika aku dilamar duniawi, hadirnya memperkasa akhiratku. Sewaktu aku alpa dan leka, lembut manjanya mentazkirah diri. Tatkala aku disapa bahana, belai kasihnya menginsafkan naluri. 

~ Irfan Ikmal, Stanza Cinta ~




p/s: maaf tiada review lagi kerana tidak menonton malam ini. selamat berpuasa buat semua peminat stanza cinta. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^