Kau Bila Pulak? | fasihah.com


February 3, 2012

Kau Bila Pulak?

Saya kira ini merupakan antara soalan yang sangat popular di kala usia menginjak ke angka 2 di hadapan. Sirius popular. Antara cadangan jawapan mudah bagi soalan ini ialah :

     # lepas raya 
     # esok
     # hujung minggu nanti


Dan jawapan-jawapan tadi seperti satu infinity, di mana tidak diketahui sebenarnya bila. Sebab, kalau jawab, belum ada calon sibuk kata kita tipu, tak percayalah tak ada calon, muka cun, muka handsome tak ada orang suka. grr. Kalau memang fakta tetap ada yang pertikaikan. Masalah problem betul. Kalau jawab, belum cukup duit lain pula kisahnya. Sibuk kata, hai gaji beso takkan tak ada duit nak kawin. Ni pun masalah problem jugak.


Jadi, saya selalu jawab dengan lepas raya. Tahun bila tu toksah la ko tanye. Dah ambe pun tak tahu tahun bila langsungnya. Kadang-kadang jawab camni, tolong carikan calon! haa, tapi lepas tu cover balik lah. Kang dia ingat betul suh carikan calon. Padahal belum terbuka pintu hati pun.huhu


Tapi, saya tengok, ramai juga junior saya yang dah menuju ke arah pembinaan masjid. Tahniah. Mabruk alaik! Salute kat korang sebab berani menempuh alam perkahwinan pada usia muda. Oh, ada sorang tu, dia betul-betul nak kahwin dah, junior, tapi dia cakap kat saya, belum ada calon. And, she really means it, she said : I am finding a husband not a boyfriend. Huhu 


Sirius rasa macam, fuh, dia lebih muda daripada aku, tapi dia hebat. Dah bersedia nak membina masjid, tanpa tahu siapa yang akan jadi suaminya kelak. huhu Mungkin ramai juga yang dah inspired by Farah Lee, yang berkahwin dengan Ally Iskandar? Di mana, saya mencari isteri, dan dia sedang mencari suami? huhu Tapi baguslah, banyak kelebihan membina masjid ni......


Gambar ambil di FB, syahirul.com

Tahniah buat yang dah bersedia. Kalau tanya saya, kenapa saya belum bersedia, boleh tak kalau saya nak cakap yang saya rasa, macam baru semalam saya main-main dengan teddy bear, tidur dengan mak abah, baru semalam main kawin-kawin. hehe

sumber

Bagi saya, kahwin ni bukan sesuatu yang mudah kalau tak bersedia, lagi-lagi dari segi ilmu agama. Kahwin ni bukan macam nak membuka sebuah syarikat, tapi dia macam konsep partnership. Perkongsian. Di mana, di sinilah pentingnya erti memberi dan menerima, berkongsi apa yang ada, lengkap melengkapi antara satu sama lain. 


Kalau saya nak jaga diri sendiri pun tak lepas. Bangun subuh pun selalu sangat mak ayah kejut, tak payahlah ada hati nak kahwin saangat kan? Sebab saya sedar saya belum layak. Sebulat suara, seiya sekata. lalala


Tap kan, ada 1 soalan lagi yang tersangat popular buat saya dan kawan-kawan yang sekepala dan setempat belajar dengan saya..


Bila engkau nak habis belajar?


Yang satu ni memang dah tersangat penat nak jawab. (-______-'')

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

7 comments:

Anonymous said...

hehehe, memang popular soalan itu..

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr said...

bila nk abes belajar selalu ja kena tny dgn jiran2 kt kg..

betol..kawen nie bkn benda mudah. klu aku pn mmg belum bersedia sbb masak pn xpndai, ilmu pn terkontang kanting lg..tmbh2 ilmu agama..byk lg perlu belajar.

Tea said...

Jodoh dan ajal betul2 Allah dah tetapkan.. Soal bersedia atau tidak itu dari rasa.. Andai sampai jodoh dlm keadaan tidak bersedia pun kita takkan mengerti kenapa berlangsungnya akad.... Itulah jodoh...
Bercintalah 6 7 8 tahun.. Tapi andai itu bukan jodoh kamu... Maka bukanlah...

blog-tips-kurus said...

belajar tu takkan ada titik tamat..

*kalau jodoh dah sampai, maka kahwinlah kamu. hihi!

biela bell said...

sampai liang lahad kita belajar taw kak..hehehe..

samalah..kwn2 yg sebaya pun ramai yg da kawen..tapi mostly dorg yg blajar kat luar negara la yg kawen awal..adik2 junior pun da ada yg kawen..jodoh kan..:)

Sunah Sakura said...

sama la...bila nak grade ni??? =.=

Nini Hartini said...

KALau org tanya jwb je la blum ada jodoh. Sedia ke tak kita xkn tau bila sedia. Akk dlu pn mcm x sedia. solat pn tgu mak ayah kejut. Tp akk rasa, mgkn sbb akk mmg da niat nk kawen awal. Jd, Allah temukan jodoh tu awal. Alhamdulillah. bila da jd isteri automatik kita akan bersedia. InshaAllah.

Nnt da kawen org akn tny bila nk dpt anak ??? Uhhh ~