Kenapa pula kali ini salam keceriaan??ceria saje bunyi nya!!ade apa-apa kah?? Tiada apelah..hidup ni, kene banyakkan senyum, senyum tu 1 sedeqah!haaa.itu senyum untuk menyinari hari-hari moga hari-hari yang anda lalui sentiasa ceria!
Ya!!tak semua orang ceria, kenape ye?? kadang-kadang sampai tak sedar 1hari belum senyum langsung! sibuk sangatkah?? pesanan buat diriku juga..
Kenapa jadi macam tu lak dik??Sebab utama bagi aku adalah SIBUK! sibuk sangat kah? sampai nak senyum pun tak sempat? Menipu lah tue! Tapi, alhamdulillah, sesibuk mana pun aku, bibir ini masih boleh untuk tersenyum.
Ya, itu yang nak aku ketengahkan kali ini, bukan yang SENYUM tu, tapi yang SIBUK itu!
Setiap manusia, ada ujian pada mereka, ada rintangan yang kunjung tiba, ada rintangan yang menziarahi hidupnya. Ada halangan yang tak putus-putus kadang kala. Ada pepatah cakap, hidup ni macam roda, adakalanya di atas, ada kalanya, kita berada di bawah. Sebab itu juga, Agama berpesan, Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Gunakan masa sebaiknya.
You should manage your time wisely, systematically and productively! Yes! i'm moving toward that!
Belum masuk topik sepenuhnya aku nie, tulah, suka sangat nak pusing-pusiang. Bak kata madam Financial Accounting, "Fasihah,your answer is good, but you keep explaining the same thing,just make it clear,simple and short..(",)" ahaha..aku lah tue..pusing-pusing dah macam kat round about tue,tak tau nak pilih jalan mane 1. Kan bahaya macam tu kalau tak tahu nak masuk jalan mane 1. betul tak? yelah, ape tidaknya, kalau tak tahu jalan mana 1, bila tak tahu nak buat keputusan, kan sangat bahaya. Bila kita tak tahu nak buat keputusan sapa patut jadi pemimpin, lepas tu, bila pemimpin baru di lantik, kita pula, tak berkenan! tak kan nak salah kan orang lain pulak?? diri sendiri yang buat keputusan tu kannn... Jadi, itu bahaya nya kalau tak tahu nak buat keputusan. Tahu tak poem masa sekolah menengah dulu "THE ROAD NOT TAKEN".. hmm.. apabila dah buat keputusan pulak, kita tak boleh nak berpatah balik. Sebab tu, dalam ekonomi, kita belajar teorinya, MARGINAL BENEFIt must be greater than MARGINAL COST. Then, only that you can maximize your satisfaction. Tak lupa juga, dalam membuat keputusan, banyak benda yang perlu kita ambil kira, dari belah tepi, depan belakang, kiri kanan. Paling penting, keputusan daripada sudut agama. Betul tak??(^-*)v
Aku ni kadang-kadang tulis kat blog nie, macam lah ada orang nak baca. Apepun, FOR THE FIRST AND FOREMOST, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan, puan-puan, abang-abang, kakak-kakak yang jadi followers blog saya nie. tak de ape pun blog saye nie yeh..huhu Ni semua ape hati saya nak kate je..kadang2 macam peringatan untuk diri sendiri je, kadang2 memang niat nak kongsi, kadang2 pulak, macam diari kira flexible lah tue..hihihi
Ya Allah, melalut lagi!
Ok, Ok..mari!kite straight to the points(ade s tu maksudnye ade banyak ye yang saye nak katekan) hik(^-^)v
Dah lama saya tak menulis blog, kenapa tiba-tiba je hari ni nak tulis?? Sebab...saye ingat kate2 Dr. Tuah. dia cakap, semua orang mampu untuk menulis, cuma, masa itu sendiri yang perlu diuruskan effectively and efficiently! nilah kalau dah belajar kat university international, asyik skeaping je...bahasa melayu dah tak berapa nak betul. Dulu sekolah menengah, huh, sampai bahasa baku lagik! yelah...konon-kononnya pendebat dulu tu..haha Sayangnya kat sekolah menengah, terlampau banyak kenangan di sana! Tempat aku dilatih menjadi seorang pendebat sudah semestinya adalah pengalaman yang sangat berharga!
Lagi, aku sudah keluar daripada topik. Okey, saye sebenarnye nak cerita. Belajar, apa itu belajar?? Tiba-tiba teringat perbualan bersama abang tersayang sebentar tadi. "bagus2, periksa selalu-selalu" aku pun menjawab "penatlah, periksa, periksa periksa! exam, test esaimen kuiz.huh!" biaselah tue, kadang2 bukan nak mengeluh, tapi terkeluar juge begitu..astaghfirullah....tak baiknya aku mengeluh...
Ok, back to the topic, abang ku mengatakan padaku "kalau tak nak tu sume, tak payah belajar lah, duduk umah je, jadi bini(isteri) orang, senang". adeh, dia tahu, aku sensitif sikit bab-bab kawin nie. aku pun terus cakap, "aah, betul3! belajar best! seronok seronok seronok! seronok sangat!" (pengaruh upin ipin meresap dalam minda, semua nak triple,ish3) tapi dalam sedar, aku pun tersedar, ye, aku memang perlu belajar! jangan lah mengeluh. Kejayaan itu tak cukup manis tanpa kegagalan. Kejayaan itu tak cukup rasa tanpa ujian! Assignments, exams, tests...quizzes..All of these just the particulars on behalf of the success. However, the one who gives successes and failure is Allah The Almighty. He knows the best!
Namanya pun belajar, memang tak lari daripada semua itu..Lalui lah satu persatu..
bila aku berada di sini, Aku merasa kesusahannya, aku merasa kepayahannya, aku juga merasa kemanisannya, kerja keras, rajin, berusaha, gigih, tekun, segalanya di sini. Apetah lagi, di sini, mereka sangat menjaga kualiti. Hancur hatiku bila mengetahui gred yang ditetapkan kat sini tidaklah the absolutely the true grade. Oit, fasihah, ko cakap ape nie??
Ye, kat sini, Kalau awak Dapat 85, patutnya awak dapat A. kira 4.00 tapi, ada tapi nya...kuota untuk A dan A- adalah sangat sikit. mungkin, 40orang yang dapat A, hanya 5orang sahaja yang akan tertulis A pada slip keputusannya nanti. Ya, kerana itu kami perlu belajar, berusaha lebih gigih. Ya Allah, bantulah kami dalam menuntu ilmu ini. Amin (~_~)
Apepun, belajar memang seronok, walaupun ada banyak benda kena buat. Terkejar ke sana ke mari.. memang cukup meletihkan! panasnya terik mentari memayungi langkah kami seorang penuntut ilmu di muka bumi Allah ini.
Aku ingin selitkan sedikit apa yang aku dapat hari ini, tadi, bila aku on mukabuku:Facebook, ada salah seorang teman, persoalkan, belajar duit atau keluarga?? lebih kurang begitu lah.. aku pun memberikan komen, i said, study comes first. but then he keep saying that money comes first, dia kata, kalau belajar kerana Allah, kita tak peduli pun kita ni kat ranking ke berapa, dapat dekan ke tidak. yang penting ilmu tu kita dah cari dan ianya mestilah kerana Allah. ye betul tue! tapi, bagi saye, lagi bagus kalau kita letakkan satu matlamat yang tinggi dalam hidup kita, supaya pencapaiannya tak terlalu rendah. dan bagi aku lagi, memang duit itu penting kerana, dunia hari ini, semua nya perlukan duit, tapi kita sendiri yang mencorakkannya, kita yang uruskan masa kita sendiri. Bagaimana, bila, untuk mencari duit, masa untk belajar dan juga keluarga. Ingatlah orang-orang yang tersayang (iklan dari kementerian pembangunan wanita dan masyarakat,ahaksz!)..hihi
Bagi aku, tak salah, kalau nak belajar dan cari duit, kalau kita boleh seimbangkan. Apa salahnya...betulkan?? Mula dari sekarang! kita yang mencorakkan kehidupan kita! kita yang melakarkan jalan-jalan tahap kejayaan hdup kita Kita yang tentukan apa yang kita mahu. Tapi, sentiasalah kita ingat, bahawasanya, Allah Maha mengetahi apa yang terbaik untuk kita.
TESt dah lepas 1, kuiz pun dah lepas 1, datang nya kepadaku, 2 assignments yang perlu dihantar minggu hadapan. Sabtu ini, hari untuk MID_TERM examination pula. Ahadnya, aku terpaksa menyiukkan diri di Library untuk menyiapkan assignment. Minggu hadapan juga ada lagi 2 exam yang perlua aku duduki. Ya, selepas itu, TEST 2 Financial Accounting menyusul pula, Quizzes..and etc..itu menandakan Final itu tidak jauh!
Pejam celik pejam celik dah hari khamis. Cepatnya masa berlalu. ya, masa begitu laju dan jauh meninggalkan kita.
Wallahua'lam...cukup lah dulu buat kali ini. Ada masa, akan aku sambung kerja2 mengetuk-ngetuk keyboard ini. (^-*)v
Pada yang membaca entri ini, terima kasih.
Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat.
Moga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk daripadaNYA.
Semoga kita semua tak mudah alpa dan lalai dalam kehidupan.
Amin ya rabbal alamin...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment