Showing posts with label Mengantok Dalam Kelas. Show all posts
Showing posts with label Mengantok Dalam Kelas. Show all posts

January 3, 2011

Hey Kau! Tidur Dalam Kelas? Apakah Cara Atasi Mengantuk Dalam Kelas?

Assalamualaikum semua! Huarghhh.... mengantok,mengantok. Haha Padahal baru bangun tidur. Mentang-mentang hari ni tak ada kelas petang. Apa lagi, qada' tidur lah! [Bingung kejap]

Hey!!!!!!!! don't sleep in class!!!!

Specifically student yang bernama Fasihah Supian! Tettt! Hari ni gila teruk perangai, kelas 8.30, aku sampai pukul 8.34. Sampai lambat 3 saat dari lecturer. adehh, dah kena sound sila be panctual. Padan muka kau Fasihah! Tapi nasib baik kelas Decision Science. Kira-kira. Kalau teori mahu tak tidur ..

Masuk kelas Ethics and Fiqh in daily life pula, lagi mengantok. Di tambah dengan kaki yang sakit. Alahai, rasa kalau ada bantal kat situ, lama dah sampai Paris. Jadi, apa inisiatif? Keluar dari kelas sekejap, ambil angin. Cuci muka. Teruk tak teruk, tidur dalam kelas? Haih, memang penjenayah betul aku ni. Kelas ni Ustaz tu Ok je, tapi aku ni, entah tetap nak mengantok juga. Apa masalah entah.

Cerita kelas marketing lagi best. baik punya cover. At last, tersengguk gak! Dengan perut yang lapar tu kan. Haih..tapi bila kelas habis. Terus tak mengantok! Gila syaitan banyak benar kat mata aku.. Aduhai.. Jangan kalah lagi pasni. Tidak tidak.

Korang baik-baik semua kan .. Tak macam aku, tidur dalam kelas kau! Teruk benar, tapi kelas Ethics tu aku belum sempat tidur la, MAMAI je sikit-sikit. Sekali, hambik kau, dapat group assignment. Topik? Interesting amat! Current Issue : Coupling, Dating, Transsexualism. Pergh... Mantap. Tapi, apa transsexualism? ok, nanti bila dah wat uji kaji, aku kasi cerita kat blog ni ok? Sebab aku pun macam blur tengok tajuk tu, Transsexualism ni yang tukar jantina tu kot? Laki jadi pempuan, pempuan jadi laki. RASANYA la..

Aihhh, macam mana nak elak tak tidur dalam kelas ni? Antara cadangan . .
  • Makan gula-gula [ Bak kata Didi takkan nak makan gula-gula tiap kali mengantok, rosaklah gigi]
  • Keluar sebentar ambil angin. Kalau tak berkesan cuci muka. Nak lagi bagus ambil Wudhu'. [Kalau tak berjaya gak aku cadangkan, mandi terus, bagi basah dari kepala sampai kaki. hehe]
  • Buat Nota. [Tapi kalau aku yang ini tetap tak berkesan. Bila mengantok menguasai diri, Uih. Syaitan, betul lah kau. Penat nak lawan! Kalau aku nampak syaitan tu lama dah aku tembak! Dush Dush!]
  • Kacau kawan sebelah sampai tak rasa mengantuk. [Haha yang ini aku selalu buat. Kesian sesiapa yang dok sebelah aku wey. Kesian, kesian. Wey, tapi terima kasih ar tak jadi aku nak tido]
  • mengantok lagi? Conteng Buku, melukis, main kira-kira Quick Math, tulis formula-formula ke. [Haa, betul ni, lukis cantik-cantik. nanti buat fram tunjuk anak-anak kalau dah kawin. Hehehe]
  • Kalau mengantok gak lagi, Azan je lah dalam kelas. nanti syaitan kan lari. Kalau kawan kelas cakap kau gila, kau cakaplah, syaitan lagi gila kacau aku nak belajar. [Yang ini aku tak pernah buat lagi. Tapi aku rasa berbaloi ni kalau buat. Panas Syaitan. Bengang je ngan orang yang buat dia panas. Lari lintang pukang. Tapi awas! Perlu sedia emosi mental fizikal untuk melawan orang yang akan mengatakan kau gila.hehe]
  • Tapi.................kalau mengantok gak! Kau tidur sajalah! Kalau lecturer marah, tanggung sendiri ok? ;)
Antara tips berguna ya. Sebab aku juga mengalami masalah mengantuk dalam kelas. Ia memerlukan satu motivasi yang sangat tinggi untuk memastikan kita terus buka mata seluas-luasnya dan buka telinga mendengar penerangan lecturer atau guru di hadapan. Haa tapi kalau kelas kira-kira tiada masalah pun.. Seronok ada. hehe

Oklah. Nak kongsi itu sahaja. Kalau suke boleh like atau Share. ;)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^