Siapa Yang Selalu Difikirkan? | fasihah.com


July 2, 2012

Siapa Yang Selalu Difikirkan?

Allah, lamanya tak berupdate blog ni. Tiada access internet. Gi mana mahu update nya bah.. 


Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 30 Jun 2012, diberikan kesempatan untuk pergi ke conference yang best. Jumpa sisters yang best. Dapat jumpa orang yang baik-baik. Dapat bersama orang-orang yang sedang mencari jalan pulang. Dapat jumpa sangat ramai muslimat. 


Ya, saya rasa itu kali pertama saya pergi ke program di mana saya jumpa akak-akak, makcik-makcik yang tak bertudung litup pergi ke program tersebut. Dan nampak kesungguhan mereka bila mereka bertanya bila lagi ada program seperti itu. Allah, dalam hati saya, setiap kali saya terjumpa akak-akak yang belum bertudung litup, saya doakan mereka agar dengan kehadiran mereka ke program tersebut membuka hati mereka untuk bertudung. Sungguh, mereka sebenarnya sudah memulakan langkah dengan membuka jendela hati mereka untuk hidayah. 


Terlampau banyak benda yang ingin dikongsikan daripada program tersebut. Sebelum itu, saya teringat kata-kata seorang speaker, Yasmen Mogahed, dia membuka hati semua peserta dengan soalan.

  • What do you think the most?
  • What do you cry the most?
  • What do you afraid the most?
  • What do you think after you wake up?
  • What do you think during solah?
  • What do you think last before you sleep?


Ya, siapa yang selalu kita fikirkan agaknya? Manusia atau yang menciptakan manusia?

Siapa yang menyebabkan kita menangis selalu? Manusia? Kegagalan? Suami? Harta? atau Dosa-dosa kita pada yang Menciptakan manusia? 

Apa yang kita sangat takutkan? Takut miskin? Takut mati? Takut kalah? Bagaimana dengan Pencipta?

Bila bangun tidur, apa yang kita fikirkan? Atau kita sering selalu lupa untuk mengucapkan syukur kepada yang membangunkan kita daripada tidur?

Apa yang kita selalu fikirkan masa solat? Atau adakah kita selalu nak cepat semasa solat kerana kerja-kerja yang menanti? Berkejaran untuk memasuki ofis semula. Berkejaran untuk ke kelas. Atau kita menghayati setiapa bait-bait love letters dariapad Allah?

Sebelum kita tidur, apa yang kita fikirkan?


Antara soalan-soalan yang mengetuk hati, membuka minda untuk berfikir. Sejauh mana sebenarnya kecintaan kita pada DIA yang MENCIPTA.


Saya mungkin bukan Sis Yasmen Mogahed yang dapat memberikan inspirasi kepada orang lain melalui penulisan dan speechnya. Tapi, saya melihat ramai orang yang sedang berusaha menjadi lebih baik. Begitu juga saya.


Allah..kalau kita teringatkan dosa-dosa kita terhadap YANG MENCIPTA, gembirakah kita untuk tidur? Andai esok sudah tiada buat kita, sempatkah kita bertaubat?


Allahumma Amin T___T



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

blog-tips-kurus said...

saya selalu alpa..

Siti Arfah said...

Salam ziarah. Lama x ketemu. :) . Pekaba? Btw moga Allah sentiasa di hati, fikiran kita. We are nothing without Allah -_-"