Assalamualaikum semua. Hai pencinta slot Akasia Tv3. Apa perasaan hari ini? Tak terlampau romantik bukan? Tetapi risau. Siapa yang menghantar sms itu tadi? Aku pun ada lah juga membuat analisis. Haha entah betul entah kan tidak. =p Apapun nah download link Nora Elena Episod 17. Kalau yang baru berminat dengan cerita Nora Elena ni, nak tengok daripada 1st episode, boleh klik sini untuk download daripada mula. Bagi mereka yang mahu mencari dan mendownload kesemua lagu dalam cerita ini boleh ke Lagu-lagu Dalam Drama Nora Elena. Untuk mengetahui bioadata Siti Saleha yang memegang watak Nora Elena pula boleh klik biodata.
Review Episod 17
Kalau minggu lepas semua terpegun dengan jambakan bunga segar di but kereta Seth. Semua kata romantiknya. Suweetnya. Bertuahnya. Baiknya dan macam-macam lagi lah yang dikagumi. Tetapi hari ini bagaimana? Orang kata apa, kapal mana tidak dilanda ombak kan? Apatah lagi rumah tangga.
Bunga-bunga daripada Seth yang ramai penonton cair melihantnya. Untuk dapatkannya, sila ke kedai-kedai bunga berdekatan. ;) |
Romantik sangat lah ya? Dulu sungguh-sungguh, bila dah dapat, lain pula ceritanya. Mana taknya, dulu sanggup balik cepat nak jumpa isteri, tapi bila isteri dah mula sayang dia, dia pulak berubah arah. Well, betul ke Seth berubah arah? Rasa macam tak best je kan bila Nora ajak Seth lunch, Seth pulak tak nak. Kesian Nora. Tapi, pepatah arab kata, what u give, u get back. Dulu Seth ajak lunch pun Nora banyak excuses. So Nora pulak kena rasa. hehe jahat gila pereview untuk episod kali ni. hehe
Itulah, bahagia itu tak lama orang kata. Saat bunga baru mekar, kumbang datang merosakkan bunga. Habis bunga yang lawa jadi buruk. Maka akan bertukar dengan yang baru nanti. Itulah kehidupan manusia. Rasa macam banyak 'orang kata' pulak. Ok, tapi, yang mengejutkan, dan yang membuatkan bahagia itu tak lama adalah... mesej daripada unknown! 'Sila ceraikan Elena!' haa, ini sebab bahagia yang baru muncul goyah semula.
Bila aku tengok fanpage Slot Akasia Nora Elena tadi, macam-macam orang buat tekaan. Haha Aku pun tadi ada juga fikir-fikir masa tengok cerita tu. Siapa pulak yang hantar mesej. Takkan Eid kot? Aku teka Yvonne lah. Haha Watak yang paling tidak digemari ramai. Asyik-asyik MC je! DAh tu, aku suka bila Seth tunjuk gambar honeymoon kat Yvonne. Padan Muka. hehe Opss, teremo pulak. Tak lah, kenalah bagi feel sikit kan. hehe
Tapi, bila ada adengan Yvonne jumpa seseorang yang tidak dikenali. Muka macam harimau lapar nak membaham orang. Tetiba aku cam rasa tekaan aku tu betul. Kenapa aku tak rasa Eid? Memanglah, dia ada mesej Malik kat Fb cakap dia tak boleh lupakan Nora semua tu kan? Tapi, aku tak rasa Eid sebab entah. For unknown reason. Haha Sebab nampak Eid tu, baik sikit kot? hehe
Dan tengah hari yang waktu lunch tu, yang Seth tak jadi lunch dengan Nora, sebab Seth nak jumpa Inspektor Amir! Nak tunjuk mesej tu kat Amir. haa, Yvonne lupa agaknya kawan Seth tu polis. Ok, sambung, keesokan harinya pula, polis datang pejabat untuk membuat further investigation. Terkejut Yvonne! haaa, habisla, tak lama lah kau Yvonne.
Oh ya, kesian Nora, disebabkan dia betul-betul nak terima Seth, dia masakkan makan malam untuk Seth. Tapi Seth balik lambat pula. Masakkan asam pedas kurang pedas lagi tu. Yelah, sayang suami lah katakan. hehe Tapi bila Seth balik nampak benar risaunya. Almaklumlah, Seth tak beritahu Nora pun pasal mesej tu.
Yang menakutkan? eh, ada ke? Ha, ada bayang-bayang orang kat luar rumah kan? Suspen je. Agak-agak apa orang tu nak buat? Aku agak ni pun kerja Yvonne ni. Dia upah orang buat kacau lah tu kot? Tunggu je lah episod esok, apa akan jadi nanti..
Oh lagi 1, Nora nak sangat tahu dalam bilik bacaan rahsia Seth tu ada apa. Huhu tapi belum berjaya masuk lagi. Dun worry, there will be an episode yang Nora dapat masuk dan jumpa..jeng jeng jeng. Agaknya lah, sebab ceritanya not 100% from novel. Apapun, nak tahu sangat cerita penuh hari ini. Pergi download! hehe Jumpa esok! ;)
Psst... yang menarik hari ini! Harus baca!
No comments:
Post a Comment