Aku Kecewa Dengan Facebook | fasihah.com


June 20, 2011

Aku Kecewa Dengan Facebook

Assalamualaikum semua. Selamat malam. Kecewa. 1 perkataan yang dapat menggambarkan perasaan aku sekarang. Yes, well, I am not a brilliant student. Not a genius one. But I have my right to speak out rite? Aku baru sahaja membaca 1 note di Facebook yang mana penulis note tersebut adalah seorang yang sedang membuat Master dalam Ilmu Wahyu.


Aku kecewa kerana penggunaan FB dijadikan sebagai ladang fitnah. Walaupun ada yang betul dalam note nya, tetapi pada masa yang sama ada yang auta. Perlu kah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat keji dan jijik dalam menggambarkan sesuatu? 


Cuba kita buat 1 anologi, dia baik tapi dia bodoh, jadi dia perempuan murahan. Kalau begini kau orang setuju? Begitu juga sesuati tempat, contohnya, di sesebuah universiti, ada yang baik, ada yang buruk, patut kah kita katakan bakal menjadi sarang pelacur?


Agama yang kau belajar mengajar begini kah untuk membuka mata orang mengenai Islam? Atau nota kau hanya semata-semata sebenarnya hendak memburukkan sesebuah tempat itu? Sedangkan itu tempat yang kau sedang mencari ilmu. Master lagi. 


Kalau kau nak kata, kelab malam itu sarang pelacuran aku tak kisah. Tapi kalau kau kata universiti itu bakal menjadi sarang pelacur, aku kurang setuju. Mungkin kau rasa ini salah satu cara kau nak sedarkan orang-orang yang berdekatan dengan engkau dengan apa yang dah terjadi kat universiti tu. Tapi, kau tak sedar yang sebenarnya ayat-ayat dalam nota kau itu sangat over. Terlampau dan melampau.


Cara kau menulis seperti langsung tiada baiknya dalam universiti tersebut. Mungkin kau sendiri juga berubah kepada yang lebih buruk sejurus memasuki universiti tersebut? Suka-suka kau katakan aktiviti dakwah tidak berkesan dan sebagainya. Ingin juga aku bertanya, kau dah cukup berdakwah ke dalam universiti itu?


Sebelum berkata lebih, janganlah asyik menuding dan mencari salah orang. Sedangkan empat jari lagi menuding diri sendiri. Aku sendiri nampak yang ramai juga yang menjadi lebih baik dan bukan semua menjadi lebih jahat. Tolonglah... Jangan buat statement terburu-buru. 





Bagitu juga manusia, jahat dia pun, pasti ada baiknya kan? Mengapa mesti asyik nak canang kejahatan orang sebaliknya kita tak doakan dia untuk berubah. Aku membesar dan aku belajar. Aku melihat dan memerhati. Apa yang aku perasan, kalau kita dok kutuk-kutuk orang, nanti balik ke kita. What you give you get back. 


Aku bukan apa, setiap yang baik ada buruknya. Tiada yang perfect. Entahlah, dalam kes nota yang aku baca, aku nak cakap 1 lah. Ya, mungkin sistem dan pentadbiran kurang peka dalam masalah seperti itu. Tapi kita kena fikir, program keagamaan pun banyak, kemasyarakatan, tapi masalahnya, pentadbir itu tak ramai. Bagaimana dia nak pastikan pelajar yang beribu-ribu tu semuanya ikut undang-undang dan syariah. Itu pentingnya ilmu, ilmu perlu diamalkan, bukan belajar untuk dapat A. Dah belajar agama, amalkan. Tapi ini tidak, belajar agama tapi tak ikut. 


Mungkin Allah belum meberikan hidayah. Tapi tak perlulah nak mengata keburukan orang. Doakan dia. Hidayah itu Allah sahaja yang punya kuasa memberikan. Tapi tak salah rasanya kalau kita cuba berusaha mendapatkannya.


Kau terima tak kalau kau pandai, tapi disebabkan kau tak pandai masak, orang asyik cakap kau tak pandai masak?


Nak tahu apa akan jadi kalau orang teraniaya? Dia akan perbaiki diri dia. Nanti, kejahatan yang dicakap itu akan kembali kepada diri yang mencanang keburukan orang itu tadi. Tak payahlah memburuk-burukkan orang. Diri sendiri pun entah cukup amal nak bawa ke akhirat.


Di dalam Al Qur’an surat Al Baqoroh (2) ayat 191 tercantum kalimat “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang artinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”.
 
Fitnah berleluasa bila dunia berada di penghujungnya. Tiada bukti tak perlu kata. Kalau aib orang pula, jangan buka pekung di dada. Banyak dah amalan nak bagi kat orang lain masa kat akhirat nanti? Ish, kecewa. Aku pun bukanlah baik, aku juga bukanlah pandai. Tapi setiap ada peluang untuk berubah kepada yang lebih baik bukan?Kita belum cukup baik untuk menjahatkan orang.


Oh, tak tahu apa aku bebel. Macam ini rupanya orang kecewa manulis. huhu

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

11 comments:

Cik Aqilah Wardah said...

ye.. kak wardah juga kecewa Fasihah... mmg ada yg betul yg dia ckp.. tp, bile gelaran sarang pelacur dia ckp, mmg marah...

kalaupun apa yg trjadi skrg ni sgt mmbimbangkan, jgn lupa, kita masih ada kuatkuasa, msh ada peraturan...

ape die igt pakgad tu sume mkn gaji buta...??

n, note tu, mmg pada akak mcm exaggerate je... x smua yg dia ckp tu btol.... x smua.......

Unknown said...

bile fesbuk disalah guna..bior le ilmu tinggi tanga mane..sampaikan aku pon baghu tau perasaan membaca n3 org kuciwa..

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

ade ke FS....roomate ade gak bace...AJ tak jumpe lagi...agak teruk gak la bile dy kate u akan jadi sarang pelacur...

Lydia Miza said...

mereka suka salah guna fb.cuba guna utk kebaikan kan bagus.

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

baru sempat baca...fui...hangin gak baca tadi..macam si penulis tu xde agama...suka2 je nak memburukkan tempat dy menuntut ilmu... nk samekan dgn sarang pelacur pulak tu...mmg la nk compare AJ ni just student econ...dy irk..master lagi...tapi agak2 la...nk samekan dgn neraka pulak tu...bercakap tak guna iman betul..yg dy kate malam2 kat cafe ali ad pompuan...tipu tu...mane ade...yg ade pekerja cafe ade la...itu pun nk kecoh ke....mmg tak puas hati...kalau jumpe mau nk kne pelempang sebijik mamat tu...geram la...

Farah Hanim Mohd Alwi said...

nice entry kak fasihah ^^, ramai org skrg TERsalah niat. niat bkn utk dakwah, tp brniat untuk menuding jari kat org lain.

Rasulullah dakwah dgn cara yg lembut dan haluuuuuss =P bila tgk da'ie guna prkataan yg tak sepatutnya, mad'u sndiri akan jadi ragu-ragu dgn dakwah tu. lagipun, layyinul kalam qaidul qulub ~ =)

al_hakim said...

hurm..sy ade dgr jugak ni..bukan fb yg salah tapi pengguna tu..ish2..ape nak jadi..bwu nak amek kontroversi arini..sabar ye kak

blog-tips-kurus said...

kena selalu muhasabah diri.. :-)

bersama kak Es said...

bila dah excited sangat nak menulis .. kadang mereka lupa yang penulisan tu akan tersebar luas. Kesannya ? terlepas pandang ... main tulis je.

Nak tulis apa pun kena fikir byk kali.

Sunah Sakura said...

kadang2 mereka hanya tau menghentam!!!!

Mutiara Bernilai said...

hu,
harap2 along xtersasar jadi mcm tu,,huhuhu,,