Orang Cina Bagi Nasihat Kat Orang Islam, Salah Ke? | fasihah.com


June 1, 2011

Orang Cina Bagi Nasihat Kat Orang Islam, Salah Ke?

Assalamualaikum ladies and gentleman. Lama aku tak berkata-kata syok sendiri kat blog. Dua hari main SEO. Aku tahu, pembaca blog aku ramai yang terdiri daripada kawan-kawan aku sendiri. Buat teman-teman, bila tak tahu SEO tu apa, korang cubalah google, tak pun, to those yang dah ambil MIS (Management Information System) boleh rujuk buku. Ada ke dalam silibus? Ok abaikan, wikipedia ada.


Tak perlu cerita panjang, kita pendekkan. Cerita pagi tadi, sebab itu aku suka bercerita daripada pengalaman sendiri. Dalam masyarakat kita sendiri banyak benda boleh kita belajar.

Mak : Lu biar betul, ini barang sikit saja, 100 lebih ka?
Tokey Bin Chan : La, buat apa saya mau tipu ma. Lu ta mau percaya ka? Sini saya tunjuk. (sambil mengajukan senarai harga barang kepada mak aku)
Mak : Cik, cuba kira.
Aku : (kira-kira tambah semua) Betul lah tu mak.
Tokey Bin Chan : Itula, saya kasi tau you la. Barang sekarang manyak mahal. Nilai duit tak sama macam dulu ma.
Mak : Ya la itu saya tau. Sekarang mau bili barang pun, manyak kena keluar wang ma.
Tokey Bin Chan : You mau tahu satu cerita? Itu hari aa, ada solang makcik datang ini kidai. Bawa duit ringgit-ringgit dalam 10. You tau apa dia mau? Dia kata, mau cili keling 20 sen, mau telo 3biji (30sen), mau bawang besar 40 sen, mau belas.
Aku dan Mak : (tekun mendengar)
Tokey Bin Chan : Aiyaa, you cuba pikir, macam mana saya mau kasi cili keling 20 sen ma. You tau saya kasi manyak man? Sini, saya tunjuk. 

(sambil mengambil plastik dan mengisikan cili kering dalam plastik lebih kurang harga 2 ringgit gitu lah. Kemudian, Dia tunjukkan bawang 40 sen yang diberinya sebanyak 6 ulas bawang besar, telur 3 biji, beras dia tak tunjuk.)

Tokey Bin Chan : Awak ingat saya boley kasi awak macam ini ka? Kalau awak minta macam ini aa, lu tunggu sampai esok pagi lo, saya tetap tak kan bagi punya. Pasal ini pempuan aa, saya manyak kenal oo, dia umo suda 85, tapi manya kesian sama dia. Dia ingat halga dulu nengan sekalang masih sama. Saya kesian sama dia, dia olang sini juga lo. Awak ingat itu semua saya bagi 4 linggit ka? Lebih lo, itu semua 14 linggit ma..
Mak dan Aku : Masih tekun mendengar.
Tokey Bin Chan : Awak ingat telur satu biji 10 sen ka? Mana nak untung ma. Lu kalau mintak sama saya macam ini, sampai bila-bila pun saya tak bagi lo. Saya bukan apa. Saya manyak kesian sama dia. Dia suda tua, tapi anak-anak tada suka sama dia.

(sambil mengangkat barang-barang tadi pergi ke kereta, tapi mulut tak berhenti bicara ini taukey ma)

Tokey Bin Chan : Lu sikalang suda kija ka? (tanyanya pada aku)
Aku : Oh saya masih belaja lo.
Tokey Bin Chan : Ini saya kasi pesan aa. Esok, lu kalau suda kija, lu jangan lupa mak apa lu la. Lu kasi la duit sama dia olang. Lu janganla kasi itu 2 linggit saja, kasi la 100 ka. Jangan lupakan meleka oo.
Aku : Iyalah taukey, telim akasih manyak aa.
Tokey Bin Chan : Okey, tapa, sama-sama.

- end -


Iklan Tajaan : David Teo

So, salah ke kalau orang cina nak bagi nasihat kat orang melayu iaitu orang Islam. Bagi aku, nasihat dia tu pun, antara nilai murni dalam Islam kan? So, no doubt orang arab kata. Kita terima. Memang apa yang dia kata itu betul dan benar-benar belaka.


Teringat perbincangan di Ikim.fm yang membincangkan topik kewangan. Apa puncanya. Yang paling menarik, persoalan dia, adakah gaji yang kita perolehi selama ini tidak mencukupi walaupun banyak kerana kita tidak berikan kepada ibu bapa kita? Aku rasa, it is part of it. Kalau Taukey tu kata bagi la 100. Tak apa, aku rasa boleh tukar sikit. Kita bagilah seikhlas mana. Kadang tu mungkin aku rasa, boleh belikan barang dapur mereka. Belanja mereka makan. Tapi yang penting, kita bagi dia merasa gaji kita tiap-tiap bulan. Kalau ada rezeki lebih, kita beri lebih, ada rezeki sedikit, kita bagi yang mampu. Tak semestinya duit. Tepuk dada tanya iman. Kemana duit kita pergi. (ceh, gaya macam aku dah bekerja)


Tapi, betul. Kalau yang masih belajar pula, yang scholarship holder tu, perlu beringat, duit yang kita dapat tu, duit rakyat. Jangan guna sampai tak ingat dunia. Ingat family tu yang tak pernah merasa duit biasiswa. Belanja mereka. Lagi-lagi ibu ayah. Dulu mereka mana nak merasa. Tapi kita dah berjaya jangan terus lupa siapa yang banyak membantu kita dalam kita mengejar kejayaan tersebut.


Oklah tokey, lu patut baca blog saya la. Nama lu saya letak sini bagi semua olang baca ma. Lu juga dapat untung, kasi nasihat baik pada olang ma.


Peace! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

9 comments:

najihah sahami said...

kalau nasihat tu baik, tak kisah la cina, india negro sekalipun...tak salah kalau kita ikut...

Mohamadazhan.com said...

tak salah tu selagi ada mesej yang baik kan =)

Gayahspears said...

kita satu Malaysia...
tak salah kasi nasihat der...
peace no war~!!!
aku suke n3 ni...
sama2 kita untung kan??? hahaha

Tieah Madian said...

Kalau pasal duit ni aku susah nak komen.. Hahaha.. Tapi serius lah,, gaji ni memang kena bagi mak bapak gak.. Even tak dapat bagi beribu pun cukup lah seikhlas yang boleh.. Ye tak??? Ngee :)

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

baik nye hati peniaga cina ni...tak kisah rugi kat org tua tu... tak semua org boleh buat mcm tu...

Fasihah Supian said...

@najihah sahamiyup betul tu najihah sahami! ikut mana baik kan..

Liza @ Adzriel AB said...

RM100 tak banyak mana jika dibanding dengan kos yg mak ayah dah keluarkan untuk membesarkan kita. pejam mata & tak elok berkira. bagi setakat mana kita mampu utk happykan mereka. mmg suka tengok cara kerja depa yg tekun. yg elok kita ikut laa..

Hamba Ilahi said...

kenapa saya jadi aku?

er, saja tanya..entahkan mai baca balik jawapannya ke tak..

hehe

Fasihah Supian said...

@Hamba Ilahi kadang2 membahasakan diri aku lebih serasi dgn jiwa..