Bebelan Petang : Mentang-mentang Kau Besar, Aku Yang Kecik Ni, Sebelah Mata Pun Tak Dipandang | fasihah.com


June 28, 2011

Bebelan Petang : Mentang-mentang Kau Besar, Aku Yang Kecik Ni, Sebelah Mata Pun Tak Dipandang

Salam pemanduan berhemah 1 Malaysia. Boleh tak macam tu? Panas-panas. Panas hati. Fuhh bersabar. Tarik nafas, lepas. Kalau anda seorang pemandu berhemah, pasti anda merupakan seorang yang penyabar. Ya, macam aku. Haa perasan, penyabar apa kalau dah jadi bebelan kat blog macam ini?


Siapa suka memandu? Of koz lah ramai kan? Tapi apa yang menyebabkan hati ni rasa bengang nak memandu? Hari-hari memandu, ada saja yang boleh membakar rasa hati, nasib baik aku cool. Hon pun aku tak tekan. Ha, baik kan? Masuk lift tekan sendiri nampaknya.
Sedang tenang memandu di Jalan Raya, di hadapan lampu merah. Kemudian lampu hijau pun menyala. Nissan X-Trail di belakang dengan lajunya hendak memotong. Kebetulan ada bas berhenti di tepi. Jadi aku pun, ke kanan lah sikit, tapi tak makan jalan sebelah pun. Aku tahulah aku kancil. Kau gajah kan? Tak perlulah hon-hon, bawak macam pelesit. Nak kata aku bawa 40 tak pun, lagipun baru je lampu hijau tu menyala. Nak kejar apa pun. Sabar je laa

Bertimbang rasa lah sikit di jalan raya. Lagi kalau pemandu itu lelaki, nampak pempuan yang bawak kereta. Ada saja masalah yang dicari. Aku tak faham betul. Ingat perempuan tak layak memandu kereta ke? Tak semua lelaki cakap perempuan tak tahu memandu kereta, tapi segelintirnya begitu. Mereka rasa mereka hero kot?


Ok, lari tajuk sikit. Tapi tu lah, kalau kereta besar ni kan, mereka rasa mereka ada POWER kot. Yang kecik kena mengalah. Lagi-lagi kalau kereta mahal. Yelah, lagi laju kan? Lagi power. Kancil macam aku, apa ada? Tapi.. tak semua yang kereta besar tu sombong bila memandu, ramai juga yang baik.. :)

Bila memandu sendirian. Terkadang kita boleh melihat sikap segelintir manusia daripada cara pemanduannya. Refleksi dalam kehidupan kita juga. Ada manusia yang baik, bertimbang rasa. Ada manusia yang sombong dengan darjat dan kedudukan.

Lagi 1 tak suka bila jammed, orang memotong di lorong sebelah kiri. Yang ni memang rasa nak je kuar kereta, bagi ceramah free. Macam kat iklan tu. Jangan memotong barisan. Beratur, dan tunggulah giliran anda. Nasib baik masih bersabar, dalam hati kata, nanti ada polis ke jpj saman, padan muka. haha Teringat kalau kat highway, kena saman dah depa nie..


Lagi 1, budaya tak nak langsung beri laluan. Lagi-lagi bila daripada 2 lorong kepada 1 lorong. Hallamak aih, yang aku perasan, orang melayu lah selalunya, payah nau nak bagi peluang orang nak masuk kanan. Kesian aku tengok kadang-kadang, sampai lama tunggu sebab semua orang laju. Orang cina selalu baik hati. Oh di sini bukan perkauman ke apa ye. Sebab, aku dah kena berapa kali, macam ni..

Ada kereta aku perhatikan lama. Cikgu tu baru keluar sekolah, jadi dia nak masuk lorong kanan. Ada sekali tu, kereta nak melintas, tapi memang susah sebab sekolah tu, depan dia jalan besar dan agak complicated. Selalu jammed sebab ada traffic light. One day, traffic light merah, aku bagilah laluan cikgu tu kan, perghh aku kena honn baik punya kereta pajero kat belakang. Aku pun terkejut dengan honn tu. Mahu luruh jantung dibuatnya. Padahal lampu merah depan tu, nak kejar apa?

Itulah antaranya yang membuatkan aku hari ni menulis juga mengenai ini. Jadilah pemandu yang berhemah. Budi bahasa itu bukan hanya dalam masyarakat dan percakapan. Juga semasa memandu. Tak salah bukan menjadi pemandu yang berhemah juga berbudi bahasa? Rasanya, aman jalan raya, traffic pun lebih teratur kalau semua tahu bersabar.

Lagi 1, ni parking pula.. Kalau dah tahu tempat tu tak boleh parking, pulak berhenti belakang kereta, janganlah parking dan letak kereta kat situ. Gaya macam tak ambil lesen je.. Dahlah lama tak muncul-muncul. Orang nak keluar tak boleh. Dah buat orang marah dan buang masa. Kalau orang tu nak cepat ke apa, kan dah susah..

Jadilah orang yang suka memudahkan orang lain. Ya peringatan buat diri dan sesama manusia. Tak kira siapa kita. Apa pangkat kita, bangsa apa kita, pangkat kita di sisi Allah sama. Yang membezakan kita hanyalah amalan, keimanan dan ketaqwaan kita.

Juga, jangan memperkecilkan perempuan. Perlu ingat, antara lelaki dan perempuan, kita saling melengkapi antara 1 sama lain. kan? :)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

14 comments:

Apih El Nino said...

Kalau aku la, lawan balik je. Kerap dah nak gaduh kat jalan sebab benda-benda macam ni. Memang panas di tengah panas jalan raya ni. Haha.

Fadzmie said...

Walaupun aku lelaki, tapi bila aku dengar ada lelaki lain yang cakap "laa, perempuan yang bawak rupanya. patutlah" , mesti aku rasa macam lelaki tu poyo je.

# epic win! sila serang pawagam berdekatan! #

bella azman said...

haha huh den pown menyirap jugak tambah2 kat sekolah perhh rasa mcm nk tekan2 saja hon TAPI sabar,mentang2 pakai keta besou boleh plk nk himpit2 saya kecik molek nie cehh rasa cam nk turun je p ketuk kepala dia oit!!pandai ni jalan nk ke sekolah okehhh!!ce jgn bawak keta besou2 klau nk p hantar anak ko SORANG tuh,kalau 15 org tuh boleh lah dimaapkan nie anak sorang bawak keta perhhh mcm 15 duduk teruk betul lah!!

Fasihah Supian said...

@Apih El Ninohehehe selagi masih boleh bersabar, kita bersabar =D

Fasihah Supian said...

@Fadzmie Mohamadnasib baik kau baik fadzmie hehehe

Unknown said...

aku sale dianiyai wanita..yang bawak kete je la

Fasihah Supian said...

@bella azmanhehehehe kete tu je kot yg dia ade nak anta anak dia pi sekolah...hehe

Fasihah Supian said...

@JIJI YUko dianiaya macam mana jiji?

Alif Haris said...

orag kete besau ni kdg2 otak die kecik .. tak fikir panjang ..

bajet bagoooss sgt ler tuu .. huhu

Andrik McVean said...

jangan pandangku seblah mata,
hanya kerna namaku wanita,
walau ada kelemahannya,
engkau pun apa tidaknya,


lagu anita swk :)

Cik Aqilah Wardah said...

yeah!!! betul tuh!! bajet bagus okeyh.. huhu~

erk?? hilang sudah sopan-santun... huhuhu~

kalo yg kete beso tuh, nak masuk simpang sikit pon x bg signal.. mentang2 la i pakai kete tempatan jek.. bile die jmpa kete sejenis dia, peehh~ kalo leh bg tabik hormat, agknya die dah buat... RACIST!! huhu~ tak kira laki pmpuan, sama je..

hari2 memandu, mcm2 peristiwa cik wardah lalui... -_-"

Mohamadazhan.com said...

panjang lebar beleter tu...hehe.diskriminasi gender ni..hehe

rakyat Malaysia mudah diukur mentalitinya apabila berada di jalan raya...

Yildirim Fateh said...

kadang terasa sakit hati juga bila berada di jalan raya....haish...

Tieah Madian said...

Pemandu kereta besar selalunya memang kurang ajar.. Dengan kete kecik pun dorang kurang ajar apatah lagi pembonceng motor cam aku.. Gggrrrrrrrr.. Untuk selamat, selalunya memang aku bagi way je kat kete beso ni bila tengok cermin dorang cam nak potong.. Yelah, kita yg kecik terpaksa mengalah.. Kalo tak mau dok spital kot,,