Assalamualaikum kengkawan! fuhh, konyang perut sonang hati makan nasi minyak semedang aku cuti sekolah ni wey. Ni tak boleh jadik, esok kena puasa, kalau tak, berat badan bertimpa-timpa ni kang. haha Diam tak diam, aku dah tua rupanya. Dah dapat undangan majlis perkahwinan. Jadi, nak dijadikan cerita, kawan-kawan batch aku semua dah EXCITED gila! Sebab kawan pertama dalam tingkatan yang kahwin, mana tak EXCITED nya.
Nak dijadikan cerita, pagi tu, masing-masing pun bersiap. Berkumpul di tempat yang telah dijanjikan. Aku pun dengan kawan-kawan lain bergerak daripada daerah kami ke kampung tersebut. Majlis terletak di Kampung Tanjung Sepat, Selangor. Aku menuju ke Tanjung Sepat dengan 3 lagi kereta kawan. Setiap kereta ada penumpangnya. Ha, kira dah berapa orang?
Sesampainya ditempat berkumpul. Mak aih. Kawan aku semua cun melecun dah! Yang lelaki segak-segak ke? Erk, ntah. haha Tapi pompuan semua makin ayu lah. Aku je tak ada perubahan. Cis. Patutlah cikgu aku sekolah rendah asyik cakap aku macam darjah 6 lagi. Tergujat weyh. Korang ramping-ramping. Fuhh, lawa-lawa. Bergaya. Ops, kesian kawan-kawan laki aku. Korang pun apa kurangnya, yang bekerja, macho berbaju kemeja purple. Haha Aie ni kalau baca kembang! =D
Yang stylo habis tak lupa. Ni Emal plak! hehe Emal, emal, aku mention nama kau ni! Kau yang sibuk suh masuk blog kan? fasihah.com ye? Ha, aku siap mention nama kau lagi mal! ;)
Setibanya di tempat berkumpul. Fuhh, ramainya! Orang kampung tengok, ingatkan kitorang ni hantar rombongan pengantin lelaki! hehe Ramai, memang meriah, terlebih ramai daripada rombongan pengantin yang datang. Tak caya? Nie haaa
Hehe pemilik fasihah.com mana ha? Ce cari ce cari. hehe Ok, masa ni belum semua ada ni, ada yang oo the way lagi. Nak dijadikan cerita, kitorang ambil kesempatan yang ada untuk bertemu ramah, bersapa mesra, bergelak ketawa, bertukar cerita. Fuhh.... SERONOK!
Kawan 1 : Eh, alhamdulillah, berjaya juga ya apa yang dirancang. Walaupun tak ada yang balas mesej.
Aku : Aah, alhamdulillah.
Kawan 2 : oklah, pasni Kawan 1 je lah handle event.
Kawan 1 : Senang cite, kite wat perjumpaan time ada wedding je!
Kawan 2 dan Aku : Aah, betul. Setuju.
Kawan 1 : Eh, ramai ni, kang orang ingat kita rombongan pengantin pulak!
Kawan 2 : Tahu takpa, kang sampai-sampai bunyi kompang. Ahh sudah!
Aku : Haha datang ramai-ramai sekali tengok pengantin tak ada!
Bila semua dah cukup, kami pun menuju ke rumah pengantin. Si kawan 1 menjadi Rela sementara. Tolong carikan parking kami yang ramai-ramai ni. Mana taknya, tempat parking kena luas. Almaklumlah, ada orang bawak Estima. =p
Sesampainya di rumah pengantin. Fuhh kitorang serbu pengantin terus. Padat. Paling best tangkap gambar lah. hehe Walaupun tak guna dslr, bak kata kawan aku, ala, dslr tu trend je se'a. Nanti esok-esok tak ada dah. Padahal aku pun nak jugak sebijik! Siapa yang makan garam, terase lah masinnya. hehe ;)
Malas nak cerita, kami memang menghuru-harakan majlis. Kami buat pelamin yang ada macam kami yang punya. Kami tak bagi pengantin makan beradap. Tapi kami sibuk ambik gambar dengan depa. Wiiiee Sorry pengantin! Alaaa bila lagi kan? hehe
Ada ke lelaki-lelaki yang akan berkahwin dalam masa terdekat ni? |
Laki-laki yang bakal menjadi suami juga. Kata kawan yang tak join, dia komen kat fb, dia kata, siapa tak nak kahwin, nikmat tu. Yolah, sapa tak mau kawin? Cepat atau lambat sahaja kan. Aku tahu, Encik Aie Dil dah bersedia.
Lelaki je interframe, pempuan pun nak gak! Nahhhhhh
Fuhh semua makin ayu, makin cun. Aku gak tak. Makin tembam adola. |
Kecoh persoalan, kawan-kawan perempuan siapa nak ikut jejak lepas ni. Fuhh, aku lah tu. Lepas raya ye korang! Raya tahun bila entah. hehe janganlah marah. Long long way to go lah. Aku kan nak jadi dentist! Aku rasa Zila Musman, Sarah Marjom, Asyila Haini, Nazurah pun macam dah boleh dah tu. hehe Jangan marah haa korang. ;) Tak pun, aku rasa si Kyna Arzani tu lah kot yang asyik tanya semua orang bila nak kawin! hehe Sorry, Ya, jom lari sebelum Kyna kejar. Kita lari ke Korea, ikut Maheerah Mahmud! hehe
Aku dan members SAUS-07 mengucapkan..
SELAMAT PENGANTIN BARU
kepada pasangan
AZRI SAFWAN RUSLI
&
SITI HAWA MASNGON
Semoga kalian bahagia hingga ke akhirnya dan mendapat berkat diatas pernikahan ini.
**haruslah nama dorang warna purple, tema dorang kan purple.
Oklah, lepas ni, aku nak konvoi ramai-ramai macam ni lagi gi wedding. So, siapa pula seterusnya??
Almaklumlah, korang kena ingat, nikah itu sunnah. Siapa tak nikah, nabi tak mengaku ummat kang. =D
16 comments:
meriahnya...bagus2...selamat pengantin baharu =)
bestnye pegi knuri kawen kan. dni hari tu sampai mood ke laut nak exam kes pegi knuri kawen hehehe
kureng asem!!!!
hahahhaha
banyak betol aku terkena tau!!!
eii jgn lah ckp aku stylo kehape..
bj batik org tua kot aku pakai!!!
btw aku gelak bc posting kau wei!!!
pasnih boleh wat reunion lagi!!
@Mohamadazhan hjDesahehehehe meriah kan azhan?seronok....
@Ardini Humairahaha tensyen je lau xdpt gi kan rase kak dini?
@Ikmal Arif Azami haha emal kena baik punya.....hehehe alaa bila lagi nak pekena kau kan.hehehe tahu xpa, seronok gila dapat jumpa kawan2!!
uit...cmne ni FS...sebaya kita semua dh kawen...hehe
betul la...FS mcm dah mcm tembam sket......so, welcome to the club...hehehe
-Yok mampir diluk = tuntut hak pusaka ketika mereka masih ada...segera..!!!
pergh nih dah macam serbu nih. Terkejut tuan rumah tuh takut tak cukup maknanan..kih3
wow !!! FS member hawa jugak ke... saya pun ade time tuyh... member hawa mase skolah rendah.... keciknye dunia... seha duk tg sepat...wah2
@::blog anak jawer:: hahaha makan tak hengat kat umah ni AJ...adoiiii masaklah.....kene pi gim la camni...
@Nur Nur, xpa, kita dah maklumkan awal,jd dorg ready lebih.hehehe
@sEhaeh yeke????hahaha awat xhabaq, nanti ceq leh letak gambaq blogger sekeping sini..hehe
hehehehe...mne nk tau @FasiHaH SupiaN dekat sane...kwn hawa...hik3 FS yg mne satu erkkk...bg clue
@sEha haha rase2? ;)
rase2 yg mals ni....kot2 la....mase seha mkn duk dekat ngan FS.... seha dtg duk mkn sebelah zila.....ema sume.....
@sEhamasa makan tak semeja dengan ema....
Post a Comment