Assalamalaikum. Salam Jumaat, penghulu segala hari. Buat pembaca budiman dan budimawati. hehe Yang dah berkahwin dan yang belum berkhawin. Hehe Sekarang ni, trend kan? Duit hantaran lawan siapa paling mahal. Dan apa relevannya duit hantaran mahal nie?
Duit Hantaran |
Kalau orang nak kahwin, sibuk dok nak tahu. Eh berapa hantaran anak dia? Eh, aku dengar hantaran anak dia cuma bla bla bla. Maka masyarakat kemudiannya terus berlumba-lumba. Kalau boleh nak anak dia yang paling mahal hantarannya di kampung. Itulah, kadang-kadang aku rasa, pepatah yang mengatakan biar mati anak jangan mati adat itu tidak betul. Biar mati adat jangan mati agama mungkin lebih patut? Atau bagaimana ya? Sebab, aku tengok masyarakat sekarang, budaya dan adat itu lebih diutamakan daripada agama. Lagi pulak, nak berlawanan antara satu sama lain.
Aku tertarik dengan 1 komen di entri relevannya duit hantaran mahal. Dia tidak memberitahu nama sebenar, tapi aku faham perasaan dia. Dan aku pasti, dia seorang lelaki.
Yang paling aku suka nak highlight, berapa taun kena makan maggie baru dapat kawin? Pernikahan sepatiutnya suatu yang baik dan tidak menyusahkan. Kenapa perlu meletakkan harga hantaran yang tinggi bila ada orang masuk meminang anak perempuan? Macam nak jual anak. Apapun, artikel yang aku ambil dari syahirul ni mungkin boleh membantu jejaka ni.
Bujang Senang dan Bujang Belum Terlajak
Di hujung tahun sebegini sememangnya para ‘bujang senang’ mahupun ‘bujang belum terlajak’ mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.
Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.
Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.
Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.
“Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k.”
“Anak Pak Seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu.”
“Anak saya kahwin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun.”
Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.
Anak Aku Paling Mahal
“Anak aku la paling ‘mahal’ setakat ni dalam kampung kita,” dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.
Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.
“Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi,” kata Lina.
“Hang gila ke apa? Aku bagi hang belajaq sampai Master, hang nak bagi kat dia RM2k aje? Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu,” balas Mak Andak pada Lina.
Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan menderhaka. Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwinan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.
Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.
Martabat Wanita Di Sisi Agama
Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.
Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.
Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.
Suami Akan Lakukan Yang Terbaik
Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda. Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.
Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.
Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.
“Aku bayar sampai RM11k, ingatkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai, masak kari pun masin dan bla bla bla….”
Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.
Pesan Rasulullah s.a.w
Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana Nabi menyebut,
“Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya.”
“Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya.”
“Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah.”
“Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi.”
Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain. Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.
Artikel oleh: Ustaz Muhammad Isa
11 comments:
Sebenarnya bukan trend sayang. Namun lantaran harga barangan yg mahal itulah jadinya. Hantaran 10K sebenarnya tidaklah banyak kalau banding perbelanjaan kenduri yg hendak dibuat.
Oleh itu kena ukur baju dibadan. Kalau pasangan yg tidak mampu rasanya tak perlulah buat majlis besar tapi sekadar yg termampu dan yg penting tiada bebanan kedua pihak dan selepas majlis pasangan dapat melayari hidup tanpa bebanan hutang.
serious LIKE . walaopon aku pompuan aku pon pelik manusai zaman sekarang . dah la tunang pon mcm buat knduri kawen . semua nak belumba2 jd hebat . tu yg selalu majlis tak berkat bila dah niat nak riak kemain . kenduri hebat esoknya turun mahkamah je keja .
*mak aku dah warn siap2 dah tak yah nak mahal sgt . kesian kat lelaki . bukannya nak kata kita murahan ke apa tapi sifat kasih syg tu perlu. laki sibuk hutang keliling kita seronok2 je nnti . ish ish
serious semua manusia patut baca entry ini . serious :p
aish..jgn la mahal2..nanti pasangan yg berkahwin jugak sakit nak byr hutang...
kadang sampai berhutang sbb nk bayar hantaran...lepas kahwin tak mampu bayar... gaduh pulak... then bercerai...nauzubillah..
-Yok mampir diluk = serang balas artikle menghina UIA...
sayyidina ali mintak anak nabi pon bagi baju besi je..
memang sekang ni adat dah melebihi ibadat..
10 k tu lah yang nak bayar sewa kemah, catering bagai
“Aku bayar sampai RM11k, ingatkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai, masak kari pun masin dan bla bla bla….
adeh~ jgn lah bakal cik Wardah bebel cm ni... hikhikhik
sebaik-baiknya kita ikut tuntutan Rasulullah s.a.w..
InsyaAllah saya juga akan hadapi hal-hal begini satu hari nanti. Risau juga dibuatnya. Risau tentang pendapat2 orang disekeliling :)
kadang2 kita nak yang termudah, tapi orang lain di sekeliling kita tak faham... :)
Setuju dan benar sekali..tiada alasan nak mahal2 kan semua itu walaupun harga barang mahal
kahwin itu wajib kepada yang mampu. jangan sampai menyusahkan mana-mana pihak..
Post a Comment