Showing posts with label Biodata Nora Elena. Show all posts
Showing posts with label Biodata Nora Elena. Show all posts

June 16, 2011

Nora Elena Episod 24 Episod Akhir | Download Link

Salam semua. Jelitamanis dan jejakamacho sekalian. Amacam hari ini? Semua sudah selamat kan? Happy Ending. Haaaa, tak de nak menyesal kalau download tiap hari. hehe Apapun nah download link Nora Elena Episod 24. Kalau yang baru berminat dengan cerita Nora Elena ni, nak tengok daripada 1st episode, boleh klik sini untuk download daripada mula. Bagi mereka yang mahu mencari dan mendownload kesemua lagu dalam cerita ini boleh ke Lagu-lagu Dalam Drama Nora Elena. Untuk mengetahui bioadata Siti Saleha yang memegang watak Nora Elena pula boleh klik biodata. 


Semua senyum dan happy je aku tengok kat Fanpage tu. Tahniah lah kat AMC sebab berjaya memuaskan hati penonton Drama Nora Elena ni. Kesian kat Yvonne, memang gila terus. Tapi, aku nak ucap tahniahlah buat Wan Sharmila sebab berjaya melakonkan watak Yvonne. Yelah, kalau tak, kurang best lah drma ni kan? Tak kan nak tengok drama romantik je, tak ada dugaan melanda. Mana ada gitu. Then, an appreciation for Yvonne.



Macam biasa, fanpage lah aku curi. Yelah, asyik nak letak gambar Seth Tan dengan Nora je. Tukar pulak. Yvonne. Ahha. Janagnlah marah, hebat apa lakonan dia. hehe Lets begin! Sebelum tu, yang nak tengok online, tak nak download, boleh terus klik SINI.


Review Nora Elena Episod Akhir

Ok, nak mula daripada mana ya? Apapun, best, sebab happy ending. Yes, no regret! ;) Walaupun ada unsur-unsur suspen yang dilakokan oleh Yvonne, tetapi akhirnya, suspen hanya tinggal suspen. Lagi suspen bila bayi kena campak keluar daripada kereta. Lagi sangat teruja bila baby itu ialah baby doll. Well, aku tak lah rasa suspen. Aku kan cool. Haha Aku tahu dah, memang bukan baby betul pun, tengoklah time Yvonne pegang, ahha, kepala kecik je, ringan semacam je. 


Orait, korang punya pilihan part terbaik hari ini ialah? Ah aku nak cakap part yang terbaik bagi aku dulu, part terbaik hari ini ialah, apabila Seth bangun qiam aku assume. Yang bestnya, dia pi letak bantal kat tempat tidur dia. Maybe dia tak nak bagi Nora sedar kot. Wahh memang lah cair bila nampak lelaki yang sangat rajin beribadah macam tu! Wahh! Lagi 1? Ok, cuba teka. Dah dah, lambat. Lagi 1, part Amir call Seth memberitahu bayi selamat. I guess dia sujud syukur. And Seth said Alhamdulillah. Lagi 1, Seth bagi kerja kat Nilawati. Bantu membantu amalan mulia. Yes, macam biasa, this is what a good muslim should be. ;)


Part paling korang suka. Kenapa bukan aku? Ok, nanti at the end aku cakap kenapa. hehe So, aku tau, part yang paling korang suka. Mestilah part-part yang romantik kan? Macam aku tak tahu. Lagi-lagi bila Seth bacakan buku panduan mengandung tu kat Nora kan? Dah, habislah, lelaki kena lah berjaga-jaga, aku takut peminat setia drama ni nak cari suami yang macam gini. Haisyy. Kalau Nora bencikan abang sekalipun, janganlah benci baby tu. What Else? Alah, of koz lah bila Nora macam dapat terima Seth kan? Tak ada marah-marah sangat. And of coz the ending! Mama asyik sayang baby je, papa tak ada siapa nak sayang. and Nora replied Woaini. Eh salah ke? Dia reply I love you. Ah malas nak highlight. Maksudnya Nora dah maafkan abanglah? Sambung sendiri!!


And they live happy for a happy family. hehe Ending yang memang korang suka pun kan. Oklah. Lain-lain, part ape lagi? Aku tengok part sweet je yang di highlight kat fanpage. Oklah, part yang tak disukai. Dah confirm-confirm part Yvonne. Dia sangat gila dan sewel. Kerana cinta. Sebab itu orang kata cinta buta. Eh, iyeke? haha Yvonne siap nak pergi rumah nak bunuh Nora. Tapi Seth pasang security.


Ok, nak tahu kenapa aku cakap ending dia part terbaik bagi korang bukan bagi aku? Aku cool je dengan citer ni. Sebab aku dah baca Novel dia. And i know that today, it will be a happy ending. Untuk pengetahuan korang, ending novel best lebih sikit. Last tu, bila Seth tanya, jadi Nora dah maafkan abang? Nora katala ya kan. Tapi Nora ada tanya, kenapa abang rogol Nora dulu? Nak tahu Seth jawab apa? Nak booking in advance kot? The End.


Apapun, aku rasa medium yang nak menunjukkan Seth tu seorang lelaki yang ingin berubah menjadi lebih baik tu bagus. Medium yang menunjukkan setiap orang layak untuk diberikan peluang kedua pun bagus. Cuma 1 je lah, kalau boleh bila nak ada watak, perempuan baik, tak tinggal solat, lebih manis kalau wataknya bertudung. :)


Ok, itu sahaja. tamatlah review untuk Nora Elena. Bolehlah bagi 7 bintang daripada 5 bintang. hehe Aku harap Stanza Cinta nanti lagi 1 yang terbaik dari ladang! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 9, 2011

Nora Elena Episod 20 | Download Link

Assalamualaikum my beloved readers! Also those Nora Elena's fans. hehe Apapun nah download link Nora Elena Episod 20 . Kalau yang baru berminat dengan cerita Nora Elena ni, nak tengok daripada 1st episode, boleh klik sini untuk download daripada mula. Bagi mereka yang mahu mencari dan mendownload kesemua lagu dalam cerita ini boleh ke Lagu-lagu Dalam Drama Nora Elena. Untuk mengetahui bioadata Siti Saleha yang memegang watak Nora Elena pula boleh klik biodata.



Bertemu kita sekali lagi untuk menyambung agenda review kita. Hehe Tak boley blaa. Sebelum tu, before that!!! For bloggers, orang ingat aku main SEO. Hurm, ini suka-suka sahaja, apalah blog aku ni nak main SEO pun. Tapi aku tahu ada yang ternanti-nanti nak baca cerita aku review kan? Perasan sudaa. Taklah, aku rasa aku perlu tulis bila mana ada yang memang akan cari blog aku untuk episod terbaru. Bukan dengan keyword download Nora Elena tetapi dengan keyword fasihah.com. Terima kasih tak terhingga buat semua suporters review aku yang tak seberapa. Berlagak cool semedang kan? Well, u know me. Ups, terpanjang. =p
Review Episod 20

Jeng jeng jeng! Seperti dalam buku lah, apa Yvonne bawa? Arak! Pergghhh..aku tengok komen-komen kat fanpage, siap ada yang nak menyumpah si Yvonne tu ha. Hehe aku gelak je baca. Memang menjadi watak Yvonne nak buat korang semua geram kan? Korang rasa nak tampor-tampor je mulut Yvonne ye? Lawak tul. Ala, kan berlakon. Haha kang ade pulak yang nak tampor aku ni kang. hehe


Apa yang menarik hari ini? Wow! Hari ni lahh best... Bukan sebab tu lah. Apa tu? Ok yang tu nanti. Yang best sebab Isteri tak percaya suami, suami tak percaya isteri. Nora percaya Yvonne, Seth pun percaya Yvonne. So, siapa yang menang? Syaitan lah menang? hehe Siapa yang mewakili syaitan? Yvonne. Itu yang semua rasa nak tembak tv tu ye? Hehe Siap ada orang komen, Seth ni janganlah percaya kat Yvonne, dia pun dah jadi sama macam Eid! Sabar, bawak bertendang ye. hehe Ala kak, cerita, dia kenalah ikut skrip. Hehe Tapi serius suka menyampah dengan Yvonne. Ok aku tak berapa cool hari ini. 


Disebabkan yang menarik dan tertarik, semasa di parti, Yvonne lagi, wah, pergi beritahu Amir ye? Insp Amir apalagi? Wah ambil peluang! Pandai... Manusia memanglah kena rebut peluang kan? hehe Ok, sabar-sabar. Aku mana sebelah mana-mana =p Yey! Karim datang bersama isteri, Nilawati. Oh, kawan lama? Eh apasal macam takut-takut je Nilawati ni?


Nora rasa semacam je dengan Nilawati ni kan? Perghh bila pergi rumah dia, besar tu! Villa Kencana ya? Kencana Devi ke? hehe Tapi sayang seribu kali sayang. Amacam, ayat ada lagak penulis tak? hehe Sayang tak ke mana, sayang isteri lempang-lempang kan, badan isteri pukul-pukulkan. Jahat tak ayat? Iyalah, ini adaptasi kehidupan masa kini. Hilang sabar, inilah jadinya. Cemburu buta pun boleh jadi. Sebelum kawin sayang intan payung dah kawin sayang melayang, tali pinggang ke pinggang sampai mata jadi badan lebam-lebam. ha itulah diibaratkan layanan Karim terhadap Nilawati.


Sebab itu orang kata, harta bawaklah mati. Eh silap, harta tak menjamin kebahagiaan. Dunia semua tu. Maka jangan cepat tertipu dengan dunia. Ni korang dah solat belum ni? Dok mengadap laptop, dunia ni, dunia. hehe


Part paling menarik? Sudaa semestinyaaaa part Yvoone nampak Amir dan Nora. kih3. Jahat gila aku. Ialah, fuhh. Laju Yvonne nak pi beritahu Seth! Siap hantar MMS lagi tu! Ala, tak lama hayat kau Yvonne dalam cerita ni. hehe 


Part tak best? Apa korang ingat, part menarik aku nak cakap sal Nora pregnant lah? Tak best la. Mana best, dia je happy. Seth bukan dengar voicemail dia pun. Tak ada kan? Seth tak tahu lagi dia pregnant! Bila bahagia nak muncul, derita potong barisan dulu. Ala, biasalah tu, cerita. Kehidupan pun kadang memang begitu juga.


Part paling da booomb! Part yang aku nantikan daripada semalam! haa betul tak aku cakap. Hari ni dia tayangkan. Terbongkar sudah rahsia! Dah seronok Nora dapat masuk bilik rahsia, ada Tafsir Al-Quran, Yassin, wahhhh. Eh eh, apa kat kotak tu? Bila ambil dan buka. Rantai! Dalam hati Nora, 'macam aku kenal rantai ini, tapi di mana ya?'  kih3..Nantikan minggu depan, minggu terakhir. Hari Khamis episod 24. Episod akhir. NAk tahu ending dia macam mana? Ending dia Nora mati. Eh, iyaka? Tak lah, tunggu...;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 8, 2011

Nora Elena Episod 19 | Download Link

Assalamualaikum my beloved readers! Also those Nora Elena's fans. hehe Terlambat lah sikit hari ni. Got minute of meeting to be done. huhu sorry. Apapun nah download link Nora Elena Episod 19. Kalau yang baru berminat dengan cerita Nora Elena ni, nak tengok daripada 1st episode, boleh klik sini untuk download daripada mula. Bagi mereka yang mahu mencari dan mendownload kesemua lagu dalam cerita ini boleh ke Lagu-lagu Dalam Drama Nora Elena. Untuk mengetahui bioadata Siti Saleha yang memegang watak Nora Elena pula boleh klik biodata.



Haa, itu gambar profile picture baru kat fb Nora Elena. Haih, malas letak link, cari sendiri. Alaa apa mahu cerita hari ini? Ok, yang paling best, abang aku pun dah terjebak sama kot? Tetiba join aku tengok cerita Nora Elena ape kess. Hilang feeling meeling. Ops, tak ada lah nak feeling feeling. Aku cool je. So, hows perasaan hari ni? Dah tengok kan? Kalau belum pi download sekarang, link kat atas tu yep!
Review Episod 19

Episod hari ini dimulakan dengan sedikit ketegangan antara Seth, Nora juga Pak Ali. Kesian Pak Ali, semalam Kak Pah kena marah. Hari ini Pak Ali pula. Hailaa, itulah, risau sangat kat Nora si Seth ni. Pulak marah benar Nora tak bawak hp. Siapa suh tak bawak hp Nora oii. Apa yang best sangat hari ni? Haaa, jangan kata part best tu part yang Seth dengan Nora tengok tv tu pulak. Macam tak tahu, korang suka lah tu kan? Ramai je aku tengok highlight part tu.hehe


Part aku suka bukan part Seth dengan Nora pun, tapi part Malik dengan Adila. haha 'Eh mata saya masuk habuklah!' -kata Adila. Nampak benor nipunye. Macam Malik tak tahu. hehe Hari ini, terbongkarlah tentang SMS yang Seth terima tu. Tak, maksud aku, Seth dah beritahu Nora dan mereka ingin bersama-sama menghadapi masalah tersebut. Ha, yang ni, semua suka lah tu bila Nora kata nak bersama-sama dengan Seth. Seth pun nak senyum masih berlagak cool. Haru betul.


Aku suka pertikaikan watak Inspektor Amir. Kerja dia senang je nampak jadi Inspektor kan? Lepak kedai makan, pergi kedai buku, kat tangga batu. hehe Ala, ni komen-komen kat fan page lah ni. Alahai korang, takyah la kekecoh sangat, dah namanya berlakon. Dan-dan Ery Putra tu bukan Inspektor pun. hehe Jahat ke? Apapun, hari ni, Seth bawa Nora jumpa Insp. Amir. Baru berborak, tetiba ada call untuk Seth, dia pun keluar. And...........ternampak Amir bersalam dengan Nora yang agak lain macam. Haha muka Seth masa nak balik tu pun dah semacam je. Tulah Amir, kau pergi kacau isteri orang buat apa! Padan muka. 


Oh ya! Dah order air, tapi balik, dah tu air sapa nak minum?? lor.. hehe


Eid balik Malaysia kan? Mak dia sakit. Semalam semua rasa Yvonne yang hantar SMS tu, tetiba ada Eid hari ni, korang rasa, siapa yang hantar mesej kat Seth sebenarnya? Aku tetap rasa Yvonne. Almaklumlah, dia kan geram benar tak dapat Seth.


Lagi 1 part yang bagi aku agak lucu, bagi aku la, korang tak punya. Korang suka sangat dengan Seth tu kan? Aku bukan apa, bila Seth berbahagia dengan Nora je, at the same time, Yvonne sakit lah, tak boleh tidurlah, terguling-guling lah, jumpa doktor lah. Dah macam orang gila tak dapat terima kenyataan benar. Kira menjadilah watak Yvonne ni yang menyebabkan korang benci dia. hehe


Lagi apa yang best nak highlight hari ni? Ha, Seth nak buat parti kat rumah dia, nak jemput clients dia. Nora teringat Yvonne cakap staff kat aofi Seth sibuk cerita sal Nora kawin sebab terpaksa dan kerana harata. Haha autaa semata. Tetamu memula sampai, staff Seth, bertiga kan? Eh, berempat ke? Eh, ada Eid? Eh, kan dia dah balik Qatar? Eh, ada orang bagi salam? Eh, Nora pun tersedar, mengelamun rupanya. Nora, Nora, adakah benar orang kata.. First love never dies? Haha Yang Eid pulak sibuk rasa menyesal, rasa bersalah, rasa Nora tak bahagia dengan Seth. Sebab dia rasa sebab dia Nora tak bahagia.


Well, as for me, bahagia itu...aaa...entah, tetiba hilang lak ayat tu. Ok, Yvonne bawak buah tangan?? Eh eh, dalam bakul. Bakul cantik je. Eh Eh, Nora terkejutlah tengok isi bakul tu. Agak-agak apa dalam bakul tu ye?? Nantikan esok....hehe


Bila part perogol sebenar ni... Eh, perasan tak? Nora mimpi lagi kejadian rogol tu kan? masa tu Seth kat bilik bacaan tengah pegang rantai tu. Aku rasa esok kot terbongkar? Tak pun minggu depan. Ha, Episod terakhir dia episod ke 24. Ala, lau ikut novel happy ending. Dun worry lah. hehe korang tak rasa rugi tengok dari awal pun. hehe Eh, dengar kata Aaron berlakon untuk cerita Stanza Cinta. Haiz....susah lah gini, ada Aaron lagi, kena tengok ni.. Ok, jumpa esok. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Nora Elena Episod 18 | Download Link

Assalamualaikum readers! Terlambat lah sikit hari ni. Got meeting to attend. huhu sorry. Apapun nah download link Nora Elena Episod 18. Kalau yang baru berminat dengan cerita Nora Elena ni, nak tengok daripada 1st episode, boleh klik sini untuk download daripada mula. Bagi mereka yang mahu mencari dan mendownload kesemua lagu dalam cerita ini boleh ke Lagu-lagu Dalam Drama Nora Elena. Untuk mengetahui bioadata Siti Saleha yang memegang watak Nora Elena pula boleh klik biodata.


Review Episod 18

Huhu tak nak review boleh? Penat. Apapun, hari ni, sedikit suspen bila alarm rumah Seth berbunyi. Kelibat orang yang semalam, ingat? Haa, polis pun siasat lah. Yvonne apa lagi, kelam kabut dibuatnya! Lagi-lagi bila dekat ofis, Seth dapat call yang mengatakan dah tahu siapa yang hantar SMS kat Seth. Tapi, sayang. Registered number memang dengan orang yang ditangkap, tapi bukan orang tersebut yang melakukannya kerana IC dia baru hilang. Jadi tak jumpa lagilah siapa. Aku suka tengok Yvonne macam cacing kepanasan. Headache la sangat. hehe


Apapun, tak ada yang sangat interesting untuk hari ini. Seth menggunkan kuasa VETO nya sebagai seorang suami terhadap Nora. Sebenarnya Seth risau dengan keselamatan Nora, tapi Nora tak tahu apa sebenarnya yang terjadi.


Seth sudah pandai marah ya sekarang. hehe Seth sangat marah apabila Kak Pah memanggilnya dan memberitahu tentang kedatangan Yvonne. Punya mengada-ngada Yvonne sengaja nak menghancurkan rumah tangga orang dengan menangis di dada Seth. Sedih kerana boyfriend punya pasal. apdahal, no boyfie lah. It is all acting sahaja. Dan dan..dan Nora jelous! haa, mana ada isteri tak jelis lelaki peluk pempuan lain kan? Cuma Nora tak nak mengaku.


Nora nak pergi jumpa Adila dan terjumpa Inspektor Amir. Ada sedikit pergaduhan antara Nora dan Amir, dan..... Amir telah memberitahu Nora tentang duduk perkara sebenar bahawasanya Nora dalam bahaya. Yang membuatkan Adila sedih apabila terdengar Amir cakap 'Saya tahu Seth sayangkan awak dan saya juga sayangkan awak, izinkan kami menjaga awak'. Huhu hancur luluh hati Adila. Kesian dia, dia mengharapkan cinta daripada Amir, tapi sayang, cinta tak berbalas.


Oklah, aku masih ternanti-nanti, bila lah part yang paling aku tunggu nak keluar. TAhu tak part apa? Part perogol sebenar Nora Elena lah. Korang tahu tak sapa? Ala...mesti dapat teka punya. Oklah, malas cerita panjang, nak tengok, boleh lah download kat link atas tu. Tq :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 6, 2011

Nora Elena Episod 17 | Download Link

Assalamualaikum semua. Hai pencinta slot Akasia Tv3. Apa perasaan hari ini? Tak terlampau romantik bukan? Tetapi risau. Siapa yang menghantar sms itu tadi? Aku pun ada lah juga membuat analisis. Haha entah betul entah kan tidak. =p Apapun nah download link Nora Elena Episod 17. Kalau yang baru berminat dengan cerita Nora Elena ni, nak tengok daripada 1st episode, boleh klik sini untuk download daripada mula. Bagi mereka yang mahu mencari dan mendownload kesemua lagu dalam cerita ini boleh ke Lagu-lagu Dalam Drama Nora Elena. Untuk mengetahui bioadata Siti Saleha yang memegang watak Nora Elena pula boleh klik biodata.


Review Episod 17
Kalau minggu lepas semua terpegun dengan jambakan bunga segar di but kereta Seth. Semua kata romantiknya. Suweetnya. Bertuahnya. Baiknya dan macam-macam lagi lah yang dikagumi. Tetapi hari ini bagaimana? Orang kata apa, kapal mana tidak dilanda ombak kan? Apatah lagi rumah tangga.


Bunga-bunga daripada Seth yang ramai penonton cair melihantnya. Untuk dapatkannya, sila ke kedai-kedai bunga berdekatan. ;)

Romantik sangat lah ya? Dulu sungguh-sungguh, bila dah dapat, lain pula ceritanya. Mana taknya, dulu sanggup balik cepat nak jumpa isteri, tapi bila isteri dah mula sayang dia, dia pulak berubah arah. Well, betul ke Seth berubah arah? Rasa macam tak best je kan bila Nora ajak Seth lunch, Seth pulak tak nak. Kesian Nora. Tapi, pepatah arab kata, what u give, u get back. Dulu Seth ajak lunch pun Nora banyak excuses. So Nora pulak kena rasa. hehe jahat gila pereview untuk episod kali ni. hehe


Itulah, bahagia itu tak lama orang kata. Saat bunga baru mekar, kumbang datang merosakkan bunga. Habis bunga yang lawa jadi buruk. Maka akan bertukar dengan yang baru nanti. Itulah kehidupan manusia. Rasa macam banyak 'orang kata' pulak. Ok, tapi, yang mengejutkan, dan yang membuatkan bahagia itu tak lama adalah... mesej daripada unknown! 'Sila ceraikan Elena!' haa, ini sebab bahagia yang baru muncul goyah semula.


Bila aku tengok fanpage Slot Akasia Nora Elena tadi, macam-macam orang buat tekaan. Haha Aku pun tadi ada juga fikir-fikir masa tengok cerita tu. Siapa pulak yang hantar mesej. Takkan Eid kot? Aku teka Yvonne lah. Haha Watak yang paling tidak digemari ramai. Asyik-asyik MC je! DAh tu, aku suka bila Seth tunjuk gambar honeymoon kat Yvonne. Padan Muka. hehe Opss, teremo pulak. Tak lah, kenalah bagi feel sikit kan. hehe


Tapi, bila ada adengan Yvonne jumpa seseorang yang tidak dikenali. Muka macam harimau lapar nak membaham orang. Tetiba aku cam rasa tekaan aku tu betul. Kenapa aku tak rasa Eid? Memanglah, dia ada mesej Malik kat Fb cakap dia tak boleh lupakan Nora semua tu kan? Tapi, aku tak rasa Eid sebab entah. For unknown reason. Haha Sebab nampak Eid tu, baik sikit kot? hehe


Dan tengah hari yang waktu lunch tu, yang Seth tak jadi lunch dengan Nora, sebab Seth nak jumpa Inspektor Amir! Nak tunjuk mesej tu kat Amir. haa, Yvonne lupa agaknya kawan Seth tu polis. Ok, sambung, keesokan harinya pula, polis datang pejabat untuk membuat further investigation. Terkejut Yvonne! haaa, habisla, tak lama lah kau Yvonne.


Oh ya, kesian Nora, disebabkan dia betul-betul nak terima Seth, dia masakkan makan malam untuk Seth. Tapi Seth balik lambat pula. Masakkan asam pedas kurang pedas lagi tu. Yelah, sayang suami lah katakan. hehe Tapi bila Seth balik nampak benar risaunya. Almaklumlah, Seth tak beritahu Nora pun pasal mesej tu.


Yang menakutkan? eh, ada ke? Ha, ada bayang-bayang orang kat luar rumah kan? Suspen je. Agak-agak apa orang tu nak buat? Aku agak ni pun kerja Yvonne ni. Dia upah orang buat kacau lah tu kot? Tunggu je lah episod esok, apa akan jadi nanti..


Oh lagi 1, Nora nak sangat tahu dalam bilik bacaan rahsia Seth tu ada apa. Huhu tapi belum berjaya masuk lagi. Dun worry, there will be an episode yang Nora dapat masuk dan jumpa..jeng jeng jeng. Agaknya lah, sebab ceritanya not 100% from novel. Apapun, nak tahu sangat cerita penuh hari ini. Pergi download! hehe Jumpa esok! ;)



Psst... yang menarik hari ini! Harus baca!

HANGUS : pergi mati la sama ADAT!


Novel Kasih Suci di blog Penulis Novel Meen Zulaikha

TERIMA KASIH SUDI BACA^^