Showing posts with label cantik. Show all posts
Showing posts with label cantik. Show all posts

April 6, 2012

Jom Jadi Cantik!

Siapa yang tak suka orang cantik? Tipulah tak suka. Tapi yang cantik tak semestinya dah cukup baik kan? Siapa suka orang handsome? Memanglah ramai orang perempuan yang suka dan kalau boleh nak pasangan yang handsome. Betul tak? Tapi handsome pun, tak semestinya dia berani ke hadapan jadi imam. hehe 

Jadi, ramai orang yang sanggup berhabis duit nak kelihatan cantik. Suntik sini dan sana. Pakai susuk. Eh ada lagi ke zaman ni? Tak payahlah, susuk ke sudu ke sudip ke, tu antara orang yang tak tahu nak bersyukur lah tu.

KECANTIKAN YANG ABADI TERLETAK PADA KEELOKAN ADAB DAN KETINGGIAN ILMU SESEORANG, BUKAN TERLETAK PADA WAJAH DAN PAKAIANNYA. (HAMKA)


Cantik tak kekal. Yang kekal amal.
Jasad tak kekal. Yang kekal ruh.
Harta tak kekal. Yang kekal amal jariah.


Hari ini, kita sebagai pemandu kenderaan kita. Ramai daripada kita yang tersilap. Kita sibuk berhabis duit nak sentiasa membuatkan kereta kita cantik, terjaga, bersih, modify sana modify sini. Tapi kita lupa, sepatutnya, kereta tu yang kita patut bawa ke arah jalan yang betul. Jalan yang kita nak tuju. Pemandu itu ialah ruh. Dan kenderaannya pula jasad. Dan nanti, sampai ke destinasi, amalan yang akan ditimbang.


Salam Jumaat semua! Dah baca Al-Kahfi untuk hari ni? :)



Antara Sunnah menyambut hari Jumaat ;
 
1) Mandi sunat hari Jumaat
2) Memakai pakain yang terbaik. Sunnah berpakaian putih.
3) Berwangi-wangian menggunakan haruman atar dan haruman lain.
4)Memotong kuku dan mencukur dan menggunting bulu yang dibolehkan.
5)Bersegera ke masjid
6)Perbanyakkan Zikir, Istighfar,selawat dan berdoa
7)Memberi perhatian kepada khutbah yang disampaikan.


Dan lelaki yang sangat sentiasa handsome ialah bila dia pergi awal ke masjid dan tak tinggal Solat Jumaat! Setuju? hehe :)


Jom like~ :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 26, 2011

Berhabis 2k Untuk Cantik, Berbaloi Ke?

1 tajuk yang sangat menarik untuk diperbincangkan. Saya paling tertarik bila persoalannya.. Ada ke lelaki yang tidak melihat rupa dalam memilih?


Saya rasa semua orang mesti melihat rupa dahulu dalam memilih pasangan. Salah ke? Tak rasanya. Sebab Rasulullah s.a.w pun ada bersabda kan pilihlah pasangan berdasarkan kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya.


Jadi cantik tu antara kritiria nya. Tapi berbaloi ke belanja 2k untuk kelihatan cantik?


Saya rasa cantik itu tak salah. Tapi biar bersederhana. Dan jangan sampai tahap bertabarruj.


Cantik itu kan subjektif. Jangan asyik fikir kalau cantik itu mesti macam artis.


Kena juga cantik. Kang suami cari lain camne? Kat umah asyik pakai baju kelawar dengan bedak sejuk je. Payah gak tu.


Air wudhuk tu kalau sempurna pun boleh nampak setinya di wajah kata orang. :)


Peace! No war^^
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 8, 2011

Cantik Yang Tak Berapa Menawan

Kalau cantik belum tentu menawan kan? Same goes to kalau cantik tak semestinya comel.


Cantik sinonim dengan perempuan kan? Tapi ramai perempuan cantik luaran semata.


Ada yang sanggup bersiap awal sejam sebelum keluar. Kadang tu lebih daripada sejam nak bersiap semata-mata nak kelihatan cantik. Saya tertarik dengan kesungguhan mereka yang nak kelihatan cantik. Tapi saya kecewa dengan kesungguhan mereka untuk melakukan suruhan Allah yang wajib.


Pada saat azan telah berkumandang. Diri siap berdandan. Sayangnya nak buka tudung tu. Sayangnya dekat shawl yang dah terlilit. Sayangnya mekap kat muka.


Nak jumpa orang kita boleh terkejar-kejar. Nak tepati janji. Tapi nak jumpa Allah kenapa kita buat sambil lewa?


Tak cantiklah macam tu. Kalau cantik pun tak menawan. Saya pelik betullah dengan orang macam ni. Habis tu nanti da keluar solat tak? Tunggu balik baru nak solat? Kalau dah habis waktu macam mana? Jamak ke? Ke jamak takyah?


Kalau masa keluar tu jadi apa-apa. Kalau Allah cabut nyawa. Tak solat lagi macammana? Siapa nak bayarkan hutang solat tadi?


Cuba renungkan bersama-sama..
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^