Showing posts with label Cantik Itu Subjektif. Show all posts
Showing posts with label Cantik Itu Subjektif. Show all posts

April 6, 2012

Jom Jadi Cantik!

Siapa yang tak suka orang cantik? Tipulah tak suka. Tapi yang cantik tak semestinya dah cukup baik kan? Siapa suka orang handsome? Memanglah ramai orang perempuan yang suka dan kalau boleh nak pasangan yang handsome. Betul tak? Tapi handsome pun, tak semestinya dia berani ke hadapan jadi imam. hehe 

Jadi, ramai orang yang sanggup berhabis duit nak kelihatan cantik. Suntik sini dan sana. Pakai susuk. Eh ada lagi ke zaman ni? Tak payahlah, susuk ke sudu ke sudip ke, tu antara orang yang tak tahu nak bersyukur lah tu.

KECANTIKAN YANG ABADI TERLETAK PADA KEELOKAN ADAB DAN KETINGGIAN ILMU SESEORANG, BUKAN TERLETAK PADA WAJAH DAN PAKAIANNYA. (HAMKA)


Cantik tak kekal. Yang kekal amal.
Jasad tak kekal. Yang kekal ruh.
Harta tak kekal. Yang kekal amal jariah.


Hari ini, kita sebagai pemandu kenderaan kita. Ramai daripada kita yang tersilap. Kita sibuk berhabis duit nak sentiasa membuatkan kereta kita cantik, terjaga, bersih, modify sana modify sini. Tapi kita lupa, sepatutnya, kereta tu yang kita patut bawa ke arah jalan yang betul. Jalan yang kita nak tuju. Pemandu itu ialah ruh. Dan kenderaannya pula jasad. Dan nanti, sampai ke destinasi, amalan yang akan ditimbang.


Salam Jumaat semua! Dah baca Al-Kahfi untuk hari ni? :)



Antara Sunnah menyambut hari Jumaat ;
 
1) Mandi sunat hari Jumaat
2) Memakai pakain yang terbaik. Sunnah berpakaian putih.
3) Berwangi-wangian menggunakan haruman atar dan haruman lain.
4)Memotong kuku dan mencukur dan menggunting bulu yang dibolehkan.
5)Bersegera ke masjid
6)Perbanyakkan Zikir, Istighfar,selawat dan berdoa
7)Memberi perhatian kepada khutbah yang disampaikan.


Dan lelaki yang sangat sentiasa handsome ialah bila dia pergi awal ke masjid dan tak tinggal Solat Jumaat! Setuju? hehe :)


Jom like~ :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 20, 2011

Cantik Itu Subjektif. Cantik Yang Bagaimana Menjadi Pilihan Si Lelaki?

Assalamualaikum dan selamat petang. Ahaks. Tajuk tak boleh blaaa. Kih kih. Seperti mana yang kita tahu, ramai perempuan yang obses untuk cantik. Betul kan? Perempuan takut gemuk. Perempuan takut menjadi tua. Semuanya kerana apa? Ingin kelihatan cantik.


Another beautiful day by moroka323 from DeviantArt

Orang kata cantik itu subjektif. Ada yang kata yang bulu mata lentik itu cantik. Ada yang kata putih gebu itu cantik. Itu yang orang simpulkan cantik itu subjektif. Tapi ramai juga yang mengatakan cantik itu haruslah tinggi lampai, putih, rambut panjang, kurus. Oh, siapa punya angkara? Ini media punya angkara. Ini model punya angkara. Kerana kita terlampau terikut-ikutkan artis juga model.


Ada yang sanggup berhabis beribu nak cantik. Cucuk sini sana. Ahha. Tua itu fitrah, setiap orang akan tua. Sebab itu jangan pilih isteri sebab cantik sahaja, sebab kecantikan tak kekal lama. Betul, kecantikan antara kriteria. Tapi, agama kriteria yang lebih penting jangan tolak tepi. 

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Apapun, benarkah rupa itu yang menjadi seseorang itu kelihatan sangat cantik? Mari layankan~!

 

So? Setuju?
bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Setiap orang ada keistimewaannya yang tersendiri. :)


Share-share lah. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^