Penat berprogram bersama orang asli. Mungkin ada yang akan pertikaikan. Apalah buat program dengan orang asli. Tapi bagi kami, kalau bukan kami siapa lagi? Dakwah tak semestinya perlu bersama hadis dan Al-Quran. Dakwah itu ialah mengajak orang melakukan kebaikan. Bukan mudah untuk membuatkan orang bukan islam memeluk islam. Tapi, kita boleh tunjukkan sikap, dan tauladan yang baik kepada mereka yang bukan Islam.
Actions speak louder than words.
Kadang-kadang cakap seribu kali belum tentu orang boleh ikut apa yang kita cakap. Tapi dengan contoh yang baik, mungkin lebih mudah untuk menjadi ikutan bukan?
Biar sikit yang kita ajar tetapi diamalkan berterusan. Tak perlu yang berat. Kita ajarkan mereka makan guna tangan kanan. Kita ajar dia menghormati orang tua. Macam ajar sivik dan kewarganegaraan pun boleh. Biar simple tapi melekat di hati dan di praktikkan.
Tahniah kepada semua yang menjayakan program besar yang mengumpulkan 4 buah Kampung Orang asli di Bagan Lalang semalam, 3-4 Disember 2011. Moga ukhuwwah antara kita kekal berpanjangan di sisi Allah.
Modul terakhir bersama orang asli : Kreatif dan inovatif |
Kanak-kanak telah menggunakan surat khabar untuk segmen kreatif dan inovatif dengan bertemakan fesyen kanak-kanak. Ada yang buat baju transformers, baju tradisi orang asli dan sebagainya. Apapun, mereka comel! Akak fasilitator module tu pun comel gak kan? hehe
Soon~ I will story from the beginning to the end of the program. Ni curi taip kejap-kejap. Tengah siapkan assignment sebenarnya. Jumpa lagi. :)
p/s: mana owner blog ni?
8 comments:
hahah owner blog hilang, betul tu. sebenarnya perbuatan itu lagi terkesan dari percakapan..
ade lah lia owner blog kat gambar tu...
best kan program ni... antara yg paling memenatkan tapi paling best..hehe
sape photographer pic ni kan...hehehe
Pssstt yunk, emsem yang sebelah kiri tu.. Kemsalam..
bestnye dpt join aktiviti cam tuh. :)
tahniah ye.. semoga org2 asli akan dapat ilmiah hasil daripada program bermanfaat ini.. kep it up
salam ukhuwah
bestnya :P
betul jugak tu. kalau byk2 sgt. nt pening. ckit2 pn pelan2 ikt. nt bila da seronok, akan tambah jadi banyak kan? :)
Post a Comment