April 10, 2012

Panjang Sangat ....

Ok, dah lama tak online. Notification banyak kat fb! haha poyo kan? Tapi sangat berterima kasih kepada incik Google yang sangat selalu membawa pelawat dan pembaca ke blog yang tak seberapa ni dengan kata-kata kunci yang berkaitan dengan blog ni. Dah lama rasa tak update. Tadi tengok keyword, rasa macam lawak pula. senyum sorang-sorang. Meh tengok 1 keyword ni..

keyword panjang sangat

Motif?? huhu siapa yang cari ni? ayat sebijik-sebijik dalam entri kot..huhu kat enri Perempuan tapi menipu, hipokrit!!

Perempuan tak lawa tak apa, tapi baik hati budi bicara akhlak memang 1 aset kecantikan sepanjang zaman. Mencuri, menipu, memukau tu langsung tak comel ok! -.-''

Tak tahulah, kenapa dicari, ade yang buat status ke? hehe poyo betul =D
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

April 6, 2012

Jom Jadi Cantik!

Siapa yang tak suka orang cantik? Tipulah tak suka. Tapi yang cantik tak semestinya dah cukup baik kan? Siapa suka orang handsome? Memanglah ramai orang perempuan yang suka dan kalau boleh nak pasangan yang handsome. Betul tak? Tapi handsome pun, tak semestinya dia berani ke hadapan jadi imam. hehe 

Jadi, ramai orang yang sanggup berhabis duit nak kelihatan cantik. Suntik sini dan sana. Pakai susuk. Eh ada lagi ke zaman ni? Tak payahlah, susuk ke sudu ke sudip ke, tu antara orang yang tak tahu nak bersyukur lah tu.

KECANTIKAN YANG ABADI TERLETAK PADA KEELOKAN ADAB DAN KETINGGIAN ILMU SESEORANG, BUKAN TERLETAK PADA WAJAH DAN PAKAIANNYA. (HAMKA)


Cantik tak kekal. Yang kekal amal.
Jasad tak kekal. Yang kekal ruh.
Harta tak kekal. Yang kekal amal jariah.


Hari ini, kita sebagai pemandu kenderaan kita. Ramai daripada kita yang tersilap. Kita sibuk berhabis duit nak sentiasa membuatkan kereta kita cantik, terjaga, bersih, modify sana modify sini. Tapi kita lupa, sepatutnya, kereta tu yang kita patut bawa ke arah jalan yang betul. Jalan yang kita nak tuju. Pemandu itu ialah ruh. Dan kenderaannya pula jasad. Dan nanti, sampai ke destinasi, amalan yang akan ditimbang.


Salam Jumaat semua! Dah baca Al-Kahfi untuk hari ni? :)



Antara Sunnah menyambut hari Jumaat ;
 
1) Mandi sunat hari Jumaat
2) Memakai pakain yang terbaik. Sunnah berpakaian putih.
3) Berwangi-wangian menggunakan haruman atar dan haruman lain.
4)Memotong kuku dan mencukur dan menggunting bulu yang dibolehkan.
5)Bersegera ke masjid
6)Perbanyakkan Zikir, Istighfar,selawat dan berdoa
7)Memberi perhatian kepada khutbah yang disampaikan.


Dan lelaki yang sangat sentiasa handsome ialah bila dia pergi awal ke masjid dan tak tinggal Solat Jumaat! Setuju? hehe :)


Jom like~ :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^