Showing posts with label Voucher Buku 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Voucher Buku 1 Malaysia. Show all posts

March 26, 2012

Penggunaan Baucar Buku Hingga 30 April 2012

Arghhh.. rasa macammmmm, ok, speechless =.=' Dah habis dah pun saya guna baucar tu. Dah nak hujung bulan 3 kannnn. Sampai hati not tell me early. Ni kawan-kawan dah tahu belum baucar buku ni diperlanjutkan? Ni ni ada kat sini..

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melanjutkan tempoh sah penggunaan Baucar Buku 1Malaysia (BR1M) yang berakhir pada 31 Mac ini dilanjutkan kepada 30 April depan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata lanjutan tempoh selama 30 hari diumumkan bagi memberi peluang kepada kira-kira 30,000 pelajar institusi pengajian tinggi yang baru mendaftarkan diri menikmati kemudahan terbabit.
Susulan pengumuman itu, sebanyak 292 kedai buku yang menyertai program berkenaan dikehendaki menerima baucar buku itu.

Baca kat berita harian tadi.



Ohh baucar buku. =.='


Siapa tak habis lagi? Seronok lah! boleh bawak pi pesta buku April nanti! Walaupun PTS nak bagi baucar .. tapi, huhu


Ok, cuba belajar menerima. Tak boleh nak patah balik pun. -.-


Satu klik anda bernilai buat saya, cuba klik sini. Terima kasih^^

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 26, 2012

Gara-gara Baucar Buku #1Malaysia

*****

Setibanya di Jaya Jusco Bukit Tinggi, terus laju menapak ke counter service untuk renew Jcard. Ok, done, next!!! POPULAR! waa ini masa yang ditunggu-tunggu! Tapi pelik, hari ni cuti apa? Ramai pulak orang. Tapi dalam Jusco tak ramai. Ermmmm


Melangkahkan kaki kanan ke POPULAR. Dalam hati ada taman! Nak borong buku lah sangat, dengan stationaries katanya! Masuk-masuk...mak aih! Apesal ramai sangat orang ni?? Orang beratur panjang kat kaunter! Masing-masing pegang bakul gaya macam nak shopping barang dapur je. (-_____-") Pegi kedai buku pun amik bakul ke?


Maka tetiba rasa, aisyyy nak guna baucar RM200 ni, baik amik bakul. Haha cakap orang lebih. Nak mula dari mana ni? Tengok sana sini ramai orang! Arghh pening!! Tak apa, mula dengan alat tulis dululah!


Setibanya di tempat alat tulis....


SPEECHLESS. CLUELESS. BLURLESS. This is SERIOUS SUPER NOT AWESOME! *menyesal tak ambil gambar keadaan kat dalam POPULAR tadi.


Habis semua lintang pukang. Kesian staff Popular yang berhempas pulas, punggah susun, susun punggah, alih-alih berterabur balik. Yang tak puas hati, tak banyak pilihan dah! Macam contoh kan contoh... ubat mechanical pencil, or pencil lead tu, selalu orang guna 0.5 kan? ada yang tinggal 0.7 tu pun tah jenama hape tah. Pastu nak beli pen ke highlighter ke, semua tinggal yang cam ta berape nak tahu la tu jename hape kan. adoyaii nasib. 


Ni kalau sampai akhir bulan Mac cenggini, tak berbaloi lah Baucar ni. Punyalah wishlists hebat berjela, alih-alih takde hape yang aku beli pun! Grrr.. Ade guna lah RM50 tu pun dah pening nak beli ape bagi cukup.


Baucar 1 Malaysia
Kena buat Plan B ni. Punyalah wishlists hebat kemain, bila tengok keadaan begini, down down down. Cer citer kat tempat lain camni jugak ke? 


p/s: kawan2 saye, please, Fiza, Jiha, plan kita camna ni? Tunggu balik U ke camna? huk3

p/s: Itulah..bila free kan... (.____.)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 25, 2012

My Wishlists

Men are from Mars and Women are from Venus by John Gray


Hafalan Solat Delisa by Habiburrahman El Shirazy


Ok, nak beli guna Voucher boleh? huhu

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 20, 2012

Senarai Kedai Yang Menerima Voucher Buku 1 Malaysia

Ramai kan kawan-kawan yang dapat voucher buku 1 Malaysia? RM200 lagi tu! Gunakanlah sebaiknya. Beli buku-buku dan alatan yang berfaedah dan bermanfaat. Kalau dah beli, jangan buat perhiasan je pulak! Baca, baca dan baca. ;)


So, kat mana boleh guna?


1. Syamoz Sdn Bhd

2. Sykt Muda Osman Sdn Bhd

3. BN Supplies & Trading

4. Dynamik

5. Popular Bookstore

6. Boarders

7. Arena Ilmu

8. A/C Book Sdn Bhd

9. Syarikat My Bookstore Sdn Bhd (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)

10. Uniworld Bookstore (Kota Samarahan) (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)

11. MPH

12. Kinokuniya

13. PTS

14. Kedai/koperasi universiti korang yang mengambil bahagian

Ape tunggu lagi? Sebelum expired, baik cepat-cepat guna. Yang belum ambil tu, cepat-cepat ambil daripada pihak universiti masing-masing! :)

Sumber: Budakbotak

TERIMA KASIH SUDI BACA^^