Assalamualaikum! Gigi dah gosok belum hari ni? Putih bersih berkilau tak? Nak tahu tak macam mana cara nak putihkan gigi? Confirm orang tengok memang sentiasa putih sahaja! Ini caranya!
SEJUMLAH orang memakai lampu bercahaya pada gigi yang kini menjadi trend di Jepun.
TOKYO - Senyuman yang bersinar kini menjadi trend terbaru di Jepun dengan pemakaian lampu pancaran diod (LED) pada gigi, lapor sebuah akhbar semalam.
Trend itu yang popular dalam kalangan remaja, melibatkan barisan lampu LED dilekatkan pada gigi seperti pemakaian pendakap gigi.
Gigi yang dipakaikan dengan lampu LED itu akan bercahaya setiap kali pemakainya membuka mulut.
Produk itu boleh digunakan bersama komputer bimbit yang boleh mengubah cahaya pada lampu tersebut daripada hijau kepada merah atau menjadikannya berkelip-kelip.
- Agensi
So, ada sesiapa nak ikut jejak mereka? ;)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^