Showing posts with label Perempuan Pandai Masak. Show all posts
Showing posts with label Perempuan Pandai Masak. Show all posts

September 14, 2011

Lelaki Suka Perempuan Pandai Masak

lelaki suka perempuan pandai masak

keyword seperti ini sangat rajin singgah di blog ini. Perempuan kot yang cari ek? Risau tak kawin sebab tak pandai masak ek? hehe Aku agak je laaa


Kene buat bancian lah. Tapi rasanya memang lelaki suk aperempuan pandai masak. Takkan nak makan luar je kot? =D


Ok bai. nak gi uruskan macam2 urusan yang belum selesai di sini.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 27, 2011

Perempuan Wajiblah Pandai Masak?

Assalamualaikum dan selamat malam kawan! Sudah makan? Nah, kalau aku bagi yang ini percuma, kau orang mahu? Aku tahu, mesti mau punya, mana ada orang tak suka benda free kan?



Aku tengok, trend masyarakat sekarang suka makan luar. Yang hari-hari berasap dapur, confirm dapur restoran-restoran, warung-warung mamak tepi jalan, juga tak lupa kedai-kedai makanan fastfood seperti KFC, McD dan sebagainya. Aku tertarik dengan entri Perempuan Kalau Pandai Masak, Cepat Kawen... 


Apa yang aku setuju sebenarnya? Aku tak lah setuju sangat yang cepat kawin tu. Nanti ada yang sentap pulak. Aku setuju lah perempuan pandai masak tu. Dan aku tahu tetap ada yang akan sentap juga. Bagi mereka, habis, kalau tak pandai masak, tak laku lah? Katanya lagi, alah, orang sekarang semua sibuk kerjalah, suami kenalah faham. Masing-masing sibuk, makan luar lah, senang, jimat duit. Dan macam-macam lagi alasannya.


Kenapa aku kata perempuan wajiblah pandai masak kan? Sebab, seperti yang aku katakan dalam sembang-sembang hantaran rendah kalau perempuan tak pandai masak. Dan bila lelaki bersuara, dan aku suka ambil petikan seorang kawan aku yang memang tukang masak adalah kerjayanya dalam entri Semalam Cerita Hantaran Rendah Kalau Perempuan Tak Tahu Masak, Apa Kata Bakal Chef Tentang Hal Ini?

walaupun laki ni ada yang chef, yang pandai memasak, tapi still nak makan masakan isteri. sebab air tangan isteri dapat mencairkan hati suami, dapat mendidik anak2. dan tentunya air tangan isteri lebih baik berbanding air tangan bangla kat luar sana. -Faisal Arrifin

Tukang masak lelaki bersuara. Perempuan suka pertikai dan lelaki pula sangat suka kalau dapat isteri pandai memasak. Memang bonus lah untuk menambah pingat PJK selepas kahwin. Perut Jauh Kedepan.


Tapi bagi aku, konsepnya begini. Reti masak. Tak semestinya perempuan kena pandai masak Kari Kepala Ikan, Rendang Tok, Gulai Kawah, Nasi Beriani Gum, Nasi Mandi, Steak, Ikan Siakap Masak 3 rasa dan sebagainya. Tak salah kalau kita tahu basic. Tahu masak sayur. Tahu goreng ikan. Yang penting tahu masak nasi juga menjerang air. Jangan cuma tahu buat maggie segra yang letak air panas sahaja. Tak lama botak lah tu kang.


Kenapa wajib reti masak ni? Lagi-lagi untuk seorang perempuan. Sebab, air tangan ibu yang mencorakkan kehidupan anak-anak tu. Ce terang ce terangkan. Awok tak paham ler. Macam ni, kita kembali kepada fitrah ye? Setiap hari kita perlukan tenaga, dan kita akan dapat tenaga daripada apa yang kita makan. Orang Malaysia contohnya, makanan rujinya ialah nasi. Jadi setiap hari makan nasi. Nasi tu masuk perut untuk di hadam, ada yang jadi tenaga, ada yang jadi darah yang mengalir dalam tubuh, ada yang dibuang semula. Kan?


Jadi, konsepnya mudah. Kalau seorang ibu yang memasakkan anak dan suaminya. Maka terjaminlah kebersihannya juga kesihatan anaknya juga darah yang mengalir dalam tubuhnya. Kerana kita perlu mencari yang halalan toyyiban. Halal dan baik.




Cuba kita makan kat luar, ok, ada logo halal. Dah tentu halal, yang baiknya, tentu tak kebersihannya? Bukan tak boleh makan luar. Sesekali, bila memang dah tak sempat nak masak, sesekali bila nak jamu sekeluarga besar makan luar, apa salahnya kan?


Cumanya, kenapa perempuan tu memang wajib reti masak. Jangan tak tahu langsung. Laki ni, seminggu dua tahan lah kot nak diajak makan luar je kan? Sebulan, setahun? Mampu ke? Kang pasang satu lagi, siapa yang menangis tak berlagu?


Lagipun, seorang ibu yang memasak tu, keluar lah zat-zat yang baik daripada tangannya. Boleh mendidik anaknya mendengar kata insyaAllah. Kerana seorang ibu memasak bermula dengan bismillah kan? InsyaAllah antara cara lain melahirkan generasi yang lebih soleh dan solehah. tak gitu? Lagipun, ibu mana yang tak sayangkan anaknya kan?


Sesibuk mana pun, masaklah juga bila ada kelapangan. Jangan biarkan orang gaji sahaja yang memasak. Dan jangan asyik biarkan orang siam kat restoran-restoran tu yang masak untuk anak-anak ni. Lagi bonus, kalau suami isteri reti masak. Sebab, zaman sekarang, keduanya bekerja, kenapa harus isteri sahaja yang memasak? Kan baik kalau keduanya bersama memasak. Tidak pun, seorang memasak, seorang lagi membasuh. Tak gitu?


Jadi, janganlah hentam habis-habis kalau orang kata perempuan kena reti masak. Laki pun gitu juga. Reti jadi Imam. Bukan tahu nak jadi retis je. hehe 


Lagi satu, kenapa kena reti masak? walaupun hanya basic sahaja. Sebab, bila kita tahu basic, kita akan belajar untuk ke aras yang lebih tinggi. Contohnya, memula tahu goreng sayur je, nanti lama-lama tahulah nak buat kari ayam. Lagi pun, myresepi kan ada. Klik je. Zaman dah maju, semua tahu nak klik internet. Nak belajar masak, klik je lah. Ha, ikut je. Tak susah masak ni. Perlu belajar je. Tak menyesal pun kalau dah tahu. Lagi disayangi adalah. Tak gitu? ;)


Sebarang bantahan, sila letak kan komen, tak yah sentap-sentap. MAsing-masing ada hak bersuara. hehehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 9, 2011

Semalam Cerita Hantaran Rendah Kalau Perempuan Tak Tahu Masak, Apa Kata Bakal Chef Tentang Hal Ini?

Assalamualaikum to all my beloved readers! Hiyaa, sekarang aku seronok berblog dan berbicara dengan pendapat. Aku lebih suka mendengar pendapat orang lain dan kemudian aku cuba keluarkan pendapat aku sendiri. Ya, kini aku sudah tahu apa yang aku suka untuk blog ini. Identiti itu kan perlu? Tak gitu? Lagipun aku nak ber [dot] com ni. Mestilah perlukan identiti. Orang perlu tahu gaya penulisan dan apa skop aku. Huhu tak gitu? Ceh mengarut panjang lebau. Ok, jom baca status ni oleh bakal seorang chef.


Kalau lelaki pandai masak macam mana pulak? Kena bagi diskaun 50 % lah kan? hahaha -DCA Penang (Diploma Cullinary Art Penang)

Baik punya hujah kan? Haha Tiba-tiba aku rasa seronok pula. Apa tak nya. Tiba-tiba macam jual beli pulak nak kahwin. Mana yang ada skill boleh jual. Tak ada skill jangan sibuk nak tawar-menawar. haha


Tapi aku suka 1 pendapat ni. Cousin aku yang suka gebang sangat. Apa dia kata?

bagi aku...konsep reti masak sama je dengan reti imamkan semayang sebagai syarat untuk pilih calon hidup. apa kata kau?..jangan demand sangat der...hahaha -aTiKa aTeRkaH

Betul lah tu, bukan perempuan sahaja yang kena ada skill der. Lelaki pun perlu. Kalau lelaki baca surah al-Fatihah pun tak lepas. Solat 5 waktu pun kantoi, ada hati nak cari pasangan pandai masak. Aduyai. Itulah, kita kadang-kadang sibuk nak cari yang perfect walaupun memang tiada yang perfect, tapi diri sendiri pun tak perfect. Macam mana tu?


Sebab itulah, orang kata apa? Kalau nak isteri solehah, lelaki kenalah soleh dulu. Kalau nak pasangan yang baik, kita kenalah baik dulu. Tak gitu? Cermin-cerminlah diri sebelum menilik orang lain. :)


Tapi satu lah komen kawan aku yang aku memang tergelak baca. huhu


ak tak pandai masak tapi ak pandai jahit. cano seha? haha. ;p -nurul hazirah muhammad

Kan ada orang persoalkan? haa, bukan masak sahaja aspek yang perlu diketengahkan dalam memilih pasangan. tak gitu? Dalam hadis kriteria memilih pasangan tak cakap pun pandai masak. =p Kebolehan orang lain-lain. Kau tengok, kawan aku pandai menjahit walaupun tak pandai masak. Adoii didi, kau tipu tak pandai masak kan? Masak nasi, goreng telur sudah tentu lesen P competent dalam tangan. huhu Tapi serius didi, upah menjahit pun mahal. Gila beruntung siapa dapat kau!


Yang penting kena pilih berdasarkan apa? Paras rupa, keturunan, harta dan paling penting agama. Aku ada terbaca status kawan aku kat FB yang mengatakan.

Jangan pilih pasangan yang tahu agama sahaja sebaliknya pilihlah pasangan yang beragama. Kerana yang tahu agama belum tentu mengamalkan apa yang dia ketahui. Tetapi yang beragama dah tentu mengamalkan suruhan agamanya.

Well done! I like it the most! betul apa dia cakap. Status siapa? huhu aku pun tak pasti. Sorry kawan-kawan. Status anda di FB sentiasa diperhatikan. huhu


Jadi bagaimana? Nak tutup kes hantaran tinggi ke rendah ni ke belum? Tapi betullah kata bakal chef. I mean, my friend. Dia kata..

walaupun laki ni ada yang chef, yang pandai memasak, tapi still nak makan masakan isteri. sebab air tangan isteri dapat mencairkan hati suami, dapat mendidik anak2. dan tentunya air tangan isteri lebih baik berbanding air tangan bangla kat luar sana. -Faisal Arrifin

Last sentence tu best. hehehe apapun, ala kerja mudah je masak tu. (Bajet pandai masak) Aku kan ada cakap, kalau tak tahu masak, suami pandai masak, suami lah ajar. habis cerita. Kalau tak pun, internet ada wey, search je lah nak masak apa. Macam tadi pagi, aku dengan kakak aku nak masak pajeri terung, tak tahu. Search je lah. Ape der hal der..huhu

Pinjam daripada Teratak Nurkasih. hehe


TERIMA KASIH SUDI BACA^^