Showing posts with label Pelajar Nakal. Show all posts
Showing posts with label Pelajar Nakal. Show all posts

January 22, 2012

Apa Nombor Antara 4 dan 6 Dik?



Pepagi Ahad ni memang keje lain tak adalah sebab tak ke mana kan. So, kita ajarlah anak buah ni kan.. Masalahnya budak sekarang memang pintar! Haizzz Terlebih advance!


"Ok, sekarang isi tempat kosong ni ikut arahan."


"Antara nombor 4 dan 6, ha apa nombornye dik?"


"Antara nombor 4 dan 6 ye usu?"





".......dan la usu!




grrr...SPEECHLESS!!!!! (-____-'')
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

October 4, 2011

PMR | Ragam #PMR

Ini kisah ragam pelajar #PMR. Selamat menduduki PMR kepada semua calon. Relax, jangan gelabah. Semoga sukses! Baca ni.. Rasanya menarik untuk dikongsi. ;)



PMR #1 :

Di pintu pagar besi sekolah
Aku lihat muka kawan-kawan aku pucat lesi
Aku dengan 'cool' memegang prinsip
'Kegagalan Mengajar Hati Lelaki Mendewasa'


PMR #2 :

Sebentar lagi kertas matematik
aku lihat ramai kawan sibuk mengira
Buku matematik di beg aku keluarkan
lalu aku 'baca' buku tersebut
kepala bana apa baca buku matematik?


PMR #3:

Kertas bahasa arab ada karangan
aku berjumpa ustazah
bertanya tentang soalan 'spot'
ustazah memandangku lalu bertanya
"kamu mahu meniru ya?"
kantoii sudaaaa....

EXAM TIME -_- by ~punyaan

PMR #4:

1 jam sebelum peperiksaan bermula
aku khusyuk menelaah sejarah
datang seorang kawan lalu berkata
"eh lepas ni paper geografi kan? kenapa kau baca sejarah?"


PMR #5:

selesai kertas sains
aku terserempak dengan cikgu sains
lalu dia bertanya
"senang soalan?"
aku menjawab dengan penuh konfiden
"senang! saya gerenti betul semua"
cikgu tersenyum bangga dan menasihati supaya jangan terlalu konfiden
aku mengangguk dan berkata
"jangan risau cikgu, bab reproduksi x mungkin saya salah. cuma yang lain saya x jawab"


PMR #6:

melihat kawan sibuk menelaah angka dan X Y
hairan lihat dia menghafal angka tersebut
dengan penuh tanda tanya aku bertanya
"weyh kau hafal formula math ape weyh?"
dengan selamba dia menjawab
"aku hafal jumlah kromosom la mangkok"


PMR #7 :

Zaman aku PMR cukop 'Cool'
tidak ada guru yang mendesak 9A
pesan setiap guru ialah buat yang terbaik.
kerana ilmu untuk dimanfaat bukan hanya terpahat
sebagai pameran dan perhatian
sebaliknya untok di amal
dan beramal


Idea asal : Ahmad Saiful Anwar Arrifin (Cikgu sejarah aku!)


p/s: rasa menarik? kongsikan ;)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 21, 2011

Memori Zaman Kanak-kanak : Sekolah


Pepagi ni, pas tengok anak-anak buah pi sekolah, teringat zaman-zaman kecik-kecik dulu pi sekolah. Haha sweet je. Bangun pagi abah mandikan, mak pakaikan baju. Memori terindah. Korang sekolah daripada umur bape? Nak tau? Aku dulu sekolah daripada umur 3tahun. [p/s:kalau rasa macam bosan, klik button X je la ye.]


school by shazie28

3 tahun, tahu apa? haha Tapi apakan daya, mak abah keje, abang kakak sekolah, aku? kenelah sekolah sekali kan..


Apa yang menyebabkan aku tak leh lupa sampai sekarang, aku pernah cuti selama 1bulan atas perintah raja diri sendiri. Masa ni aku 5tahun. haha lawak la. Kisahnya memula aku demam, lepas tu, tiap hari aku buat alasan tak nak pi sekolah. Sakit perutlah, nak demam lah, sakit matalah, macam-macam. Dah rasa boring. Budak-budak kecik kan? Kalau buat benda yang sama je, kan cepat boring. Tu lah yang jadi kat aku.


Kesian kat mak abah aku, pening dorang pujuk suruh gi sekolah. Mak aku nak gi kerja pun susah. Aku punya pasallah. Bila fikir-fikir balik, teruk gila perangai..


Pastu, bila dah sebulan, naik sekolah, cikgu tanya, kenapa lama tak datang sekolah ni? Nak tahu aku jawab apa? "Demam panas cikgu, tak baik-baik." Padahal demamnya sekejap je. Hailaaaaa


Nakal ke?? Alaaa biaselah tu, masa kecik-kecik, inilah masa paling FUN tahu?hehehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

March 19, 2011

Fenomena Persekolahan Pelajar Nakal

Assalamualaikum semua! :) Silent readers especially. I know, you are reading my story. Bila aku buka cerita yang ini, habis keesokan harinya, semua nak tegur, 'wah, ada orang kena pinang lah', 'wah, ada engineer kena reject lah' dan sebagainya. Korang, kalau bab gossip, LAJUUUUU ja!

Ok, kawan-kawan, hari ini, aku nak berkongsi fenomena pelajar sekolah pula. Ya, pelajar nakal, macam aku pastinya anda semua juga pernah mengalaminya. Cerita ini telah diadaptasi dari pelajar nakal yang comel ini.


Fenomena 1: Pelajar Nakal Terlebih Rajin Datang Awal, untuk?

Abu: Ali, nampak tak Cikgu Siti pagi tadi? 
Ali: Nampak, nampak.
Abu: Hah kau nampak? Alahhhh. Aku tengok kereta dia tak ada pun.
Ali: Ada laaaaa
Abu: Plat kereta dia ABC 123 kan? Aku tengok tak ada pun. 
Ali: Dia tak naik kereta dia yang tu hari ni. Dia datang dengan husband dia.
Abu: Oh, dia datang dengan suami dia eh? Alahhhh. Aku ingat dia tak datang tadi. Maknanya ada kelas dia lah nanti? Penat pagi-pagi aku pergi park kereta cari kereta cikgu.

Untuk Melihat Sama Ada Cikgu Hadir Atau Tidak Sahaja? 
[memang cukup nakal]


Fenomena 2: Pelajar Nakal Yang Rajin Membawa Buku Teks, Tapi..

Cikgu Siti: Saya ada mesyuarat pada pukul 9 pagi nanti. So, saya tak masuk kelas.
Murid-murid : ALA. APA NI CIKGU.. KAMI DAH BAWA BUKU DAH. DAH SEMANGAT NAK BELAJAR. CIKGU PULAK CANCEL KELAS. HAIH. MALAS AR CAMNI. APA NI APA NI. JANGAN LA CANCEL KELAS CIKGU. PLEASE. SEDIH AR CAM NI. CIKGU TAK SAYANG KITAORANG KE? ALAHH. MESYUARAT TU TAK PENTING KAN? KAMI NI LAGI PENTING. EXAM DAH DEKAT.
Cikgu : Saya suka dengan sikap kamu semua. Tapi saya terpaksa pergi kerana urusan yang penting.
Murid- Murid : Alaaa :(

Selepas cikgu keluar, semua murid sorak kegembiraan! 
[masa sekolah, siapa tak suka cikgu mesyuarat,kan kan kan?]

 
Iklan: pelajar nakal yang tetap comel.


Fenomena 3: Apabila Pelajar Nakal Terlebih Rajin?

Ali : Wehh. homework aku tak buat wehhh. Alamak.
Abu : Aku pun!
Kawan-kawan Abui dan Ali : Aku juge aku juge!
Murid skema : Aku buat! :P
Cikgu Siti : Okay. Saya rasa saya ada bagi kerja sekolah semalam. kan? Sila buka kerja itu.
Semua murid : Eh mana ada cikgu. Mana ada. Cikgu tak bagi pun.
Murid Nerd : .....
Cikgu : Oh. Maaf. Mungkin saya terlupa. Biasalah saya dah tua. Dah 20 tahun saya kerja sebagai cikgu ni. Macam-macam cabaran saya tempuhi. Macam-macam jenis pelajar saya jumpa. Dulu saya study di bla bla bla bla..

dan sesi pembelajaran bersama Cikgu Siti pun tamat..
Pelajar Gembira?
[ish ish ish.....]



Fenomena 4: Pelajar Nakal Tidak Suka Pulang Awal?

(Lagi 5 minit nak habis kelas)
Cikgu : Okay. Itulah apa yang tadi diperbicangkan dalam buku teks. Saya harap kamu semua faham.
Semua murid : Oh faham faham (sambil kemas buku, stationary simpan dalam beg)
Cikgu : Kenapa kamu semua simpan beg? Kita masih ada 5 minit lagi. Saya nak bagi latihan dan nak kamu semua siapkan harini juga.
Semua murid : T_T (Bawa keluar balik semua barang)

Padan Muka! Siapa suruh jadi pelajar nakal?? =p


Ada lagi 2 fenomena, boleh terus cari pelajar nakal yang comel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. hehehe

Dah masuk U, masih nakal lagi tak ya? Nantikan episod akan datang, hehehe Anda pula bagaimana? Pelajar skema atau pelajar nakal di sekolah? ;)


Nota pesanan ringkas:
1. Tuan tanah sedikit sibuk di penghujung Semester kerana ada banyak kerja yang belum selesai. Jejak akan dibalas kemudian. Terima kasih kerana membaca :)
2. Peperiksaan akhir tinggal beberapa hari sahaja lagi.
3. Akhirnya dapat bersama Saudara Bob Lokman tadi, mendengar ceritanya. May Allah bless him..
4. Dengar-dengar Fedtri Yahya pun nak ikut jejak langkah Bob, betul ke?
TERIMA KASIH SUDI BACA^^