Showing posts with label Minyak Naik. Show all posts
Showing posts with label Minyak Naik. Show all posts

May 4, 2011

Petrol RON 97 Naik Lagi 20 Sen Bermula 5 Mei 2011

Assalamualaikum to all my beloved readers! Nak tayang result sebenarnya. Tapi tak jadilah sebab result bukan 4flat! hehe So, tayang gambar ni lah. MEh tengok meh. =D


malaysiakini

Haha Minyak naik lagi ye RON97. Alangkah bagusnya kalau air boleh digunakan menggantikan petrol. RON97 dahlah pilihan pengguna. haiyaa..


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.
 
Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.-malaysiakini

Aku baru boleh mengundi tahun ni. Baru ingat nak pangkat tuttt. Tak jadilah macam ni, aku nak pangkah tettt je lah kalau macam ni. Haha gila politik aku. Apa-apa sahajalah. tak payah pakai motor atau kereta, pakai basikal. sihat. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 5, 2011

Harga Petrol RON 97 Naik Lagi?

Harga petrol RON 97 naik 10 sen seliter


2011/01/04

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON 97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter kepada RM2.40 dan RM2.50 seliter mulai tengah malam ini, menurut Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia. - BERNAMA 
 
Ahha...bila minyak naik lagi..Hmm, abang aku mesti tak nak hantar dan ambil aku kat u selalu dah pasni. Haila, tak boleh balik selalu lah macam ni. (-____-')
Ok, rasa baru sahaja 1 Dis 2010 (tahun lepas) Eceh, macam dah lama sangat kan? Baru tu. Baru sahaja cerita minyak naik, baru nak tutup buku cerita minyak naik, tiba-tiba, panas balik.

Maka? Penyelesaian?

  • Pakat ramai-ramai naik kenderaan awam. 
  • Berkongsi kenderaan pergi kerja.
  • Kurangkan perbelanjaan yang tak sepatutnya.
  • Kurangkan keluar melainkan ada urusan penting.

Ada orang kata, cakap senanglah. Kau tak rasa apa kitorang rasa. Kau bukan bawa kereta. Minyak kereta bukan kau isi. Apapun, itu antara cara, tak perlulah marah-marah. Kalau mereka bertindak bijak menaikkan harga, kita kenalah bertindak lagi bijak dalam mengatasinya. Bagaimana? Terpulang pada anda. Pilihan di tangan anda!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^