Assalamualaikum dan selamat malam buat semua pembaca jelita dan handsome macho! Sebelum tidur, izinkan saya mengupas lebih lanjut tentang "AWAK SUKA SAYA TAK?". Anda tahu kan kata-kata cinta seperti, I LOVE YOU. Juga kata-kata hilang cinta seperti I HATE YOU. Dalam suka terkadang boleh menyebabkan benci.
Setiap orang, lain citarasanya. Setiap orang, lain persepsinya. Jadi, ini pandangan saya. Novelog Melur Jelita yang bertajuk AWAK SUKA SAYA TAK memperkenalkan 2 watak yang menjadi idola ramai. Hilman Yong (Damien) juga Puteri Intan Zulaikha.
Pada mulanya hanya cuba untuk membaca, Jadi terus Google AWAK SUKA SAYA TAK PART 1. dan terus terbawa-bawa hinga ke PART 70. Sangat nak tahu ending dia. Nak tahu Intan dapat bersama Hilman atau tak.
Tertarik dengan Novelog ini kerana watak Hilman merupakan watak yang amat saya suka. hehe Danish Joseph Oh. Dia sangat handsome. Hehe Tapi, dalam novel ni, dia menjadi Orang Cina yang masuk Islam. Dan pada awalnya, dia seorang yang reborn. Dia betul-betul mendalami Islam. Bila baca rasa seperti, wah dia lebih hebat agamanya berbanding orang Islam yang sejak lahirnya Islam. Saya kagum dengan dia, dan terus membaca part seterusnya.
Tetapi tidak berapa suka watak Hilman bila dia menjadi Damien. waa Sedih. Kesian kat Intan.
Tapi memang adore sangat-sangat dengan watak Hilman. Dia betul-betul mencari Islam. Sangat kagum dengan dia.
Ada banyak conflict. Tetapi yang seronoknya, konflik cinta ini membuatkan mereka semakin dewasa dan matang. Bukan setakat dalam perhubungan, bukan setakat dalam kehidupan, juga dalam fahaman, kepercayaan agama mereka. Episod yang memaparkan kebangkitan Intan selepas kehilangan. Bagaimana dia bangkit dan menjadi kuat. Bagaimana dia hidup tanpa Hilman. Memang sangat adore. Intan is such a very pretty lady and optimistic. Walaupun dia agak keras kepala, tapi sebenarnya dia sangat berpendirian.
I am very impress with their way. Seperti Intan, dia tidak materealistik. Kasih sayang itu nampak luhur pada mereka berdua. Tapi sayangnya, ada duri-duri dalam mana mereka ingin menggapai bahagia. Sekarang dah part 96. Can't wait for the ending!!!!
So, buat yang suka dengan cerita cinta tapi tak lupa akan kehebatan cinta yang MAHA ESA. Saya rasa, novel inilah jawapannya. Kata kak Melur, akan di publish kan sebagai sebuah novel nanti! Waa, nak beli 1! hehe
So, jangan lupa kenali AWAK SUKA SAYA TAK?