Kisah Kami Sekawan : Nak Jimat Punya Pasal | fasihah.com


March 4, 2012

Kisah Kami Sekawan : Nak Jimat Punya Pasal

Situasi di Cafe waktu makan petang bersama.


"Eh eh ewah, ambik kuah aku pulak ko ye!"


"Apesal? Tak boleh ke?"


"Mana boleh! Aku kan nak jimat!"


"Oiiii! ko ape kena mengena nak jimat dengan aku tak boleh cicah kuah ko ni??"


"Haiz, mestilah, aku kenalah jimat, kan nak beli kereta!"


"Soo..ape kena mengena pun?"


"Yelah, nak jimat, aku kena makan sorang-soranglah."


"What???"


Ketawa pecah. hahaha. Itulah, bila bertiga. Nampak macam nak cari gaduh je kan ayat? Padahal.... tak ada pun nak bertinju bagai. Biasalah, bila kita dah biasa bersama, bergurau bersama. Kongsi masalah bersama, Bincang masalah negara. Masalah pembelajaran. Masalah politik. Fuhh, hebat perbincangan kami selalu ni. Tak lupa juga, masalah kawin cerai cinta kasih dan sayang. kih3. Yelah, semua dah jatuh hati dengan ke'sweet'an Farah Lee & Ally Iskandar. Sampai ada tu kan...


"Sweetnyaaa dorang..."


"Aku nak macam ni lah jugak...!"


Hehehe alaaaa menipulah kalau tak rasa sweet langsung pun tengok dorang kan! Menipu!! hehe Tapi nampak, dorang sempoi je. Pastu nampaklah, cinta baru nak berputik! haaa barulah best kan? Ok, bagi kami bertiga memang dorang sweet sangat. Tak caya? Cer tengok video dorang ni



Video Reception Perkahwinan Ally Iskandar & Farah Lee

Bukan menasihati supaya cepat berkahwin, tetapi sekadar berpesan supaya cepat mempersiapkan diri untuk berkahwin. Dua perkara yang berbeza :) -by Farah Lee

Jap, apesal dari jimat ke kahwin ni? Haizzzz. Nak cakap pasal jimat ni. Antara plan untuk berjimat adalah dengan mematikan atau terminate broadband maxis. Wajar tak agaknya? Adakalanya, demi mencapai suatu cita, memang kita perlu korbankan sesuatu. Mungkin wang ringgit. Mungkin masa. Mungkin tenaga. Tapi persoalannya, tega kah kita melepaskan sesuatu yang kita punya untuk perkara lain?


Teringat masa melihat sahabat bermain chess. Saya boleh terfikir..

Kita nak jaga agama Islam kat dunia ni, sama macam jaga King dalam perlawanan chess tu. Mungkin kita terpaksa umpan pihak lawan dengan queen. Adakalanya, terpaksa korbankan askar-askar kecil sebagai tawanan pihak musuh.

Sungguh mulia askar yang menjaga keselamatan negara. Tapi lebih mulia kalau kita sebagai hamba menjaga kedaulatan agama kita bukan? Agama Islam sudah tentu.


_____________
**bukan mudah untuk menjadi seorang penulis. Terkadang terfikir juga sensitiviti pihak lain. Bukan semua kita boleh tulis di sini dan kongsi semuanya kan? Semoga kamu semua baik-baik sahaja. :)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

1 comment:

Diana @ BKKC said...

mereka berdua memang comey...mcm akak..hehe...

agak2 dgn berjimat mcm tu..thn bila ek dpt beli kete?